Tahniah! SPM 2015, MTT.

Alhamdulillah… sekalung tahniah diucapkan kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang telah memberikan yang terbaik dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Usah leka dengan kejayaan kini, dan usah kecewa dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Kita sentiasa berpeluang untuk membaiki dan mendalami ilmu.

Pelajar Cemerlang SPM MTT 2015

Tahfiz Sains Tulen :
Muhammad ‘Asimuddin Analis (8 Juzuk)

Tahfiz Perakaunan :
Nursakinah Khasim (5 Juzuk)

Tahfiz Pengajian Islam :
Tuan Nassirudin Tuan Mohammad (3 Juzuk).

Advertisements

Majlis Penyerahan Slip TOV PT3

Alhamdulillah… selesai Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan TOV PT3 pada petang tadi. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah memberi yang terbaik dalam Peperiksaan tersebut.

Afiq Syahmi bin Zuraidi
Abdul Rahman bin Ahmad Shaharuddin
Busyra binti Mohd Afif
Farzana Shahirah binti Zakaria

8b69f55e-b9e7-487a-b110-530e4c5ce23e 13bfb4d0-0f5d-4825-963d-f718ede7d2ef 2053a34b-e24e-4ad0-80cc-6f2940ce02d3 f2fd0083-7dfc-44d9-994e-181eaa0c16a6 75d552a5-fc08-4867-b06c-0f9c6d6f0098

Pelajar Cemerlang Percubaan SPM & STAM 2015

Nyata, minggu yang agak padat bagi warga guru dan pelajar di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sekembalinya dari cuti hari raya Aidiladha 1436H. Beberapa program telah berlangsung sepanjang minggu lalu dimana pada hari Ahad 27 September 2015, pelajar-pelajar berkesempatan melihat sendiri ibadah Qurban yang dijalankan di perkarangan asrama muslimin MTT sambil diberikan taklimat ringkas mengenai ibadah yang dijalankan.

20150926210829 (1)

Hari berikutnya (isnin) pula telah diadakan majlis penyampaian slip BK 9, PT3 2015 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Manakala bagi slip peperiksaan percubaan SPM dan STAM 2015 pula diadakan dalam majlis berbeza pada hari Khamis, 1 Oktober 2015. Antara pengisian dalam kedua-dua program adalah ucapan wakil guru subjek, SPM dan STAM,  analisa peperiksaan oleh naib mudir akademik Cikgu Nor Effendi Mahyiddin, ucapan mudir MTT iaitu Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal. Berikut dilampirkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan SPM & STAM 2015.

12029695_10153773351478738_8092783116950261849_o

Tahfiz Sains Tulen : Nik Norhafizah Nik Zubir
Tahfiz Perakaunan : Muhd Hazim Mohammad
Tahfiz Pengajian Islam : Fatihah Zahidah Mat Rohim

Sijil Tinggi Agama Malaysia : Fathullah Ashaari Muhamad

12045665_10153773348933738_599241508881147344_o

Selain kelas tambahan, pelajar-pelajar turut terlibat dengan program solat hajat dan bacaan surah Yaasin menjelang musim peperiksaan yang semakin hampir.

Manakala sebagai promosi kemasukan ke MTT bagi tahun 2016, pihak MTT juga telah mengadakan beberapa siri motivasi dan kesedaran di beberapa buah sekolah terpilih. Pada kali ini, sekolah yang telah dikunjungi adalah Madrasah Darussalam (Losong) pada 30 Oktober 2015 dan Madrasah Darul Iman (Bukit Payong) pada hari berikutnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail

20150930235714 (4)

Alhamdulillah, semoga setiap usaha yang dijalankan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Agenda MTT 02 Mac 2015 hingga 04 Mac 2015

Alhamdulillah… beberapa program yang melibatkan warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah berlangsung pada pada 02 Mac 2015 hingga 04 Mac 2015 yang lalu.

Bijak Jauhi Zina 5 (03032015)

Pertamanya, pada 2 Mac 2015, Bicara Wara bersama Ustazah Syadiya Abbas (Personaliti TV9) yang bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina selesai dilangsungkan. Program yang melibatkan pelajar dan guru Muslimat MTT ini telah diadakan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Pada sebelah petang pula, satu ceramah Cabaran Keluarga Di Era Siber mengambil tempat dengan dua orang moderator undangan iaitu Ustazah Syadiya Abbas dan suami Ustaz Khairul Azman. Program ini adalah anjuran sebuah NGO Muslimat Kuala Terengganu.

Bijak Jauhi Zina 9

Majlis penyampaian slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 telah berlangsung pada 3 Mac 2015. di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Alhamdulillah, pencapaian yang baik dari calon-calon Tahfiz Sains dan Tahfiz Pengajian Islam MTT 2014. Pelajar Terbaik bagi Tahfiz Pengajian Islam adalah Nurusy Syuhada binti Ibrahim dan bagi Tahfiz Pengajian Islam menjadi milik Nurul Aida Najihah Che Alwi. InsyaAllah, pada tahun 2015 merupakan calon sulung Tahfiz Perakaunan MTT dalam peperiksaan SPM.

Saringan Debat Daie Muda (03032015) 4

Peringkat saringan Daie Muda mengambil tempat pada sebelah petang dengan peringkat saringan bagi acara Debat yang telah menampilkan beberapa kumpulan. Pasukan terbaik akan dipilih untuk peringkat akhir Daie Muda yang akan berlangsung pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Program Hijaukan Asrama (04032015) 1

Di peringkat asrama pula, program Hijaukan Asrama telah berlangsung pada hari Rabu, 4 Mac 2015. Semua pelajar asrama bergotong-royong membersihkan asrama dan mengindahkan landskap di asrama (muslimin dan muslimat). Sebahagian yang lain pula terlibat dengan Raptai Perbarisan Ijtima’ Alami di Rusila. Pada hari yang sama juga telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan YAKEP kali ke 15 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring.

GALERI GAMBAR