Ustaz Solehan Dalam Kenangan

Alfatihah untuk almarhum…

Ust Solehan

Hari ini saya kehilangan seorang sahabat yg rapat ketika kami sama sama mengajar di Institut Berakan Kuala Terengganu (IBKT). Ust Solehan Abd Ghafar.

Jam 11.30 pagi tadi saya dihubungi oleh Johari Abdul Wahid memaklumkan pemergian beliau akibat semput.

Anak kelahiran Kedah ini adalah bekas tahanan ISA yg merengkok lebih daripada 5 tahun. Seorang yg ceria dan menceriakan sahabat sahabat sepanjang di IBKT. Tak kering gusi kami dibuatnya bila beliau bersama.

Sebaik bebas dari tahanan dia muncul menziarahi saya di Kuantan. Saya kata padanya “patutnya aku yg ziarah hang”
Dia jawab sambil bergurau “aku ziarah bakal tahanan” kami sama sama ketawa.

Takziah untuk Suklia Jusoh atas pemergian Ust Solehan

Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Amin. انا لله وانا اليه راجعون

Nukilan : Cikgu Suhaimi Saad.

Ziarah Keluarga Ustaz Solehan (07072015) 1

Advertisements

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Lawatan Maahad Tahfiz Wal Ta’lim Matlail Badrain

Pada 19 Ogos 2014 yang lalu, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sekali lagi dikunjungi tetamu. kali ini giliran Maahad Tahfiz Wal Ta’lim Matlal Badrain yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Suhaimi Mohamad bersama ahli lawatan yang lain. Alhamdulillah, semoga lawatan dan perkongsian kedua-dua pihak mampu membuka peluang kepada sesuatu yang lebih baik dimasa akan datang bagi kedua-dua institusi.

 

Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan rahmatnya, Majlis Haflatul Quran Ma’ahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman bagi tahun 1434H / 2013M berjaya disempurnakan. Program yang dianjurkan setiap tahun itu adalah sebagai meraikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, hafazan dan juga kokurikulum. Selain itu, ia juga memupuk jiwa pengorbanan dan kerjasama antara guru dan pelajar dalam menjayakan Majlis Haflatul Quran MTT 1434H/2013M ini. Tidak dilupakan, ia juga sebagai medium untuk mengukuhkan ukhuwah bersama masyarakat sekitar yang sering membantu dan memberikan sokongan terhadap institusi pendidikan ini.

Majlis Haflatul Quran ini dimulakan dengan acara perasmian pada 9 September 2013 oleh YB Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud. Beliau sebelum itu sempat meluangkan masa untuk sessi makan malam bersama pimpinan kampung Tok Jiring pada malam yang sama. Seterusnya, beliau bersama dua lagi panelis iaitu Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik dan Cikgu Suhaimi Saad mengisi slot Ceramah Perdana sekitar jam 9.00 malam. Program tersebut berjaya menarik antara 800 – 1000 orang penduduk sekitar Kuala Terengganu ke ceramah tersebut.

Ceramah Perdana Haflatul Quran

Ceramah Perdana Haflatul Quran

 

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Majlis Haflatul Quran MTT 2013 diteruskan lagi pada 11 September 2013 dengan pertandingan Hafazan Al-Quran di dewan Masjid Tahfiz Darul Iman (MTT) seawal jam 10.00 pagi. Perkarangan MTT juga dimeriahkan dengan pameran dan gerai jualan pelajar Kokurikulum MTT, Fisabilillah MTT dan juga NGO luar seperti Management & Science University (MSU), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kolej Inforana dan lain-lain sepanjang Ihtifal berlangsung. Menjelang petang, pihak MTT telah menjemput Jabatan Pertanahan Awan Malaysia (JPAM) untuk slot Demonstrasi Ular. Guru-guru dan pelajar juga berpeluang untuk turut serta dalam demonstrasi ular tersebut.

Ustaz Khairul 'Jinakkan' Ular

Ustaz Khairul ‘Jinakkan’ Ular

Peserta Pertandingan Hafazan

Peserta Pertandingan Hafazan

Kuliah maghrib oleh Ustaz Ahmad Syarifuddin bin Ibrahim Al Hafiz, Mudir Ma’ahad Darul Syifa’ memulakan slot program waktu malam Majlis Haflatul Quran MTT 2013 di Masjid Tahfiz Darul Iman. Setelah selesai solat isyak, tibalah waktu untuk majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Graduasi Pelajar STAM pada jam 9.00 malam. Antara pengisian utama ialah penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang PMR, SPM & STAM tahun 2012 dan juga graduasi pelajar STAM 2012. Pengisian lain majlis tersebut adalah majlis Khatam Al-Quran, Persembahan Nasyid, Bacaan ayat Al-Quran bertarannum dan penyampaian hadiah Pertandingan Hafazan Al-Quran. MTT berbesar hati kerana majlis tersebut telah dirasmikan oleh Sheikh Ali Abdul Rahman Sauti dari Universiti Al-Iman, Sanaa’, Yaman.

Anugerah Kecemerlangan & Graduasi

Anugerah Kecemerlangan & Graduasi

 

Antara Penerima Anugerah

Antara Penerima Anugerah

Antara Penerima Anugerah

Antara Penerima Anugerah

Ustaz Muzaihar, Ustaz Abu Bakar Chik, Sheikh Ali

Ustaz Muzaihar, Ustaz Abu Bakar Chik, Sheikh Ali

Bacaan Bertarannum

Bacaan Bertarannum

Nantikan Siri 2 dimana kami akan perincikan mengenai malam anugerah graduasi dan juga senarai pemenang Pertandingan Hafazan pada sessi pagi tersebut.

Wakil MTT Juara Nasyid Peringkat Maahad Negeri Terengganu.

Kump An-Nasry Juara Nasyid Antara Maahad Negeri Terengganu

Kump An-Nasry Juara Nasyid Antara Maahad Negeri Terengganu

Pada khamis lalu bertarikh 29 Ogos 2013, Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menghantar wakil bagi Festival Nasyid sempena Majlis Ihtifal Idul Ilmi di Maahad Darul Quran Rusila (MDQ).

Tidak mengecewakan apabila kumpulan yang diberi nama An-Nasry muncul juara bagi pertandingan tersebut. Manakala tempat kedua disandang oleh tuan Rumah, Maahad Darul Quran (MDQ).  Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) pula menduduki tempat ketiga dalam festival nasyid tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.