Rehlah & Himpunan Pendidik Islam 2016

Alhamdulillah…. Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) terus memberikan komitmen jitu terhadap program Himpunan Pendidik Islam Peringkat Kebangsaan bagi tahun keempat berturut-turut. Edisi 2016 telah berlangsung di Dewan Tuan Guru Mu’allim Haji Abd Wahid di Bukit Katil, Melaka pada 21 Mei 2016. Program tahunan anjuran Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ini pernah dianjurkan di Kedah (2015), Kelantan (2014) dan Selangor (2013)

13254450_1753751894870618_3111811892152815572_n

Bersempena PENDIDIK 16′, pihak MTT telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan rehlah guru & kakitangan ke Singapura serta beberapa tempat menarik di sekitar negeri Melaka. Perjalanan ke PENDIDIK 16′ bermula jam 6.00 petang khamis, 19 Mei 2016 dengan dua buah bas yang membawa kira-kira 80 orang warga kerja MTT menuju ke Singapura. Setelah selesai urusan imigresen, peserta terus menuju ke Muhammadiyah Association of Singapore yang terletak di Jalan Selamat Kembangan.

IMG-20160520-WA0007

Sepanjang perjalanan kami di Kota Singa, kami telah diberi penerangan panjang lebar oleh Puan Juli dan En Rashid mengenai negeri yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian daripada negara kita, Malaysia. Peserta sempat singgah di beberapa lokasi menarik termasuk Masjid Sultan. Rombongan keluar dari negara Singapura kira-kira jam 5.00 petang dan terus menuju ke Johor untuk menunaikan solat dan makan malam.

IMG-20160521-WA0023

Seterusnya, kami bergegas ke negeri Melaka untuk menyertai PENDIDIK 16′ di Bukit Katil, Melaka. Rombongan tiba di penginapan kira-kira jam 2.30 pagi dan semua peserta mengambil peluang untuk beristirehat secukupnya sebelum menghadiri PENDIDIK 16′ yang dijadualkan bermula jam 9.00 pagi yang diadakan berdekatan dengan penginapan kami.

IMG-20160521-WA0032

Pendidik 16 dimulakan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Taman Cempaka, slot motivasi oleh Pencetus Ummah Fakhrul dan bacaan ayat suci al-Quran daripada hafiz cilik, Adik Haikal Firdaus bin Mohd Jaafaruddin Al-Hafiz. Penonton nyata mengkagumi dengan kebolehan seorang anak cilik yang berusia sepuluh tahun itu mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Program, Mudir Maahad Ar-Rahmah yang merupakan penganjur bersama PENDIDIK 16′ dan juga Cikgu Normala Sudirman selaku presiden Pendidik.

IMG-20160522-WA0013

Ketibaan YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Dato’ Dr Hj Haron Din nyata membangkitkan semangat warga pendidik yang hadir dalam PENDIDIK 16′ yang dianggarkan lebih daripada 1000 orang. Kemuncak PENDIDIK 16′ adalah Majlis Penganugerah Tokoh & Tokoh Murabbi Ummah 2016 yang disampaikan oleh TGHH berlangsung kira-kira jam 11.45 pagi. Berikut adalah senarai penerima anugerah bagi tahun 2016 :

13263840_10154216808427002_5898910685462019564_n

TOKOH MURABBI UMMAH
Tuan Guru Dato’ Dr Haron bin Din

TOKOH PENDIDIK KEBANGSAAN 2016
Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh

TOKOH ANUGERAH KHAS
Tuan Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid

TOKOH PENDIDIK ISLAM NEGERI MELAKA
Tuan Guru Ustaz Haji Jalaluddin bin Haji Abdul Wahid

TOKOH PENDIDIK MUDA
Tuan Haji Hashan Aladi bin Haji Ahmad.

13256487_1361078190586103_308637852628419785_n

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan Pidato Tokoh Murabbi Ummah 2016, iaitu Tuan Guru Dato’ Dr Haji Haron bin Din. Walaupun masih kurang sihat sepenuhnya, beliau nyata memberikan yang terbaik dalam menyampaikan bingkisan ilmu kepada hadirin yang merasa sayu melihat sesusuk tubuh di pentas utama itu. Majlis diakhiri dengan ucapan dan perasmian penutup oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

IMG-20160520-WA0009

Usai majlis, kami semua bersiap untuk check-out dari penginapan dan meninjau lokasi menarik di sekitar bandaraya bersejarah itu. Antara lokasi yang sempat ditinjau adalah Menara Taming Sari, Jongkong Walk, Dataran Pahlawan dan Pantai Klebang untuk menikmati hidangan makan malam. Peserta tiba di perkarangan MTT pada jam 6.15 pagi setelah mengharungi perjalanan hampir 12 jam dari kota Melaka. Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan Allah SWT. Sesungguhnya perancangan Dia adalah yang terbaik. 🙂

IMG-20160522-WA0012

Warga kerja Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu kami sepanjang perjalanan kami ke Melaka pada kali ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Advertisements

Kunjungan Persatuan Kebajikan Wanita Islam Taman Melawati Ke MTT

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, pada hari ini, 21 Februari 2016, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) amat berbesar hati untuk menerima kunjungan daripada Persatuan Kebajikan Wanita Islam, Taman Melawati Kuala Lumpur kira-kira jam 9.15 pagi.

8630e60a-d6f9-446b-a823-edd96a16f4a9

Delegasi berjumlah 30 orang itu diketuai Dato’ Muhammadiyyah Munir B Razali dan Datin Aisyah Abdullah yang juga merupakan pengerusi persatuan disambut mesra oleh pihak pengurusan MTT sebaik sahaja ketibaan mereka. Mereka kemudiannya dibawa ke Dewan Seminar untuk sessi ramah mesra, tayangan video korporat MTT serta penyampaian cenderamata kepada tetamu yang hadir. Cenderamata telah disampaikan oleh YM Cikgu Raja Endun bin Raja Abd Rahman kepada Datin Aisyah.

e26b42b8-b172-45ad-8e84-348a91bf2186

Kami di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas sumbangan yang telah disampaikan oleh Datin Aisyah Abdullah kepada Mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapha Kamal. InsyaAllah, semoga ukhuwah yang terjalin akan terus diperkukuhkan.

20160220182953

Usai Kem Tahfiz Anak Soleh Edisi Ke 10.

Alhamdulillah…. Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Kem Tahfiz Anak Soleh (KEMTAS 2014) yang berlangsung selama 7 hari di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah melabuhkan tirainya pada hari sabtu yang lalu bersamaan 29 November 2014. KEMTAS edisi ke-10 ini telah berjaya menarik jumlah peserta sekitar 170 orang yang berusia antara 10 hingga 14 tahun. Majoriti peserta berasal dari negeri Terengganu dan sebilangan kecil dari yang lain datang dari pelbagai negeri lain di Malaysia.

Bersama Kumpulan Usrah

Pendaftaran peserta dibuat pada 23 November 2014 di ruang terbuka Masjid Jamek Tok Jiring. Setelah sessi pendaftaran diselesaikan, peserta dibawa ke ruang masjid untuk menunaikan solat asar secara berjemaah dan taklimat awal mengenai kem yang akan mereka lalui sepanjang seminggu. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan usrah. Kumpulan usrah ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan peserta sepanjang program. Sessi taaruf turut dijalankan selepas pembahagian kumpulan bagi memperkenalkan barisan fasilitator dan peserta kem. Pada sebelah malamnya, peserta didedahkan dengan slot Teknik Hafazan dan dibahagikan kepada beberapa kelas untuk agenda harian mereka sepanjang kem.

Sessi Kelas Hafazan

Sessi Kelas Hafazan

Setiap pagi, peserta akan solat subuh secara berjemaah di Masjid Jamek Tok Jiring dan mendengar tazkirah subuh. Selepas selesai sarapan pagi, mereka akan terlibat dengan kelas hafazan yang dibahagikan kepada dua sessi iaitu 8.00 hingga 10.00 pagi dan 10.30 hingga 12.00 tengahari. Itu merupakan rutin harian peserta KEMTAS yang salah satunya bermatlamatkan kelas “Intensif Hafazan Al-Quran”. Pada sebelah malam pula, mereka akan mengikuti kelas hafazan antara waktu Maghrib dan Isyak.

10806222_887933367884857_4324974664391728595_n

Slot “Kembara di Bumi Anbiya'” menyusul selepas solat Zohor. Slot ini akan membawa peserta mengenali dan mendalami suasana di negara-negara yang dikenali sebagai Bumi Anbiya’. Tiga buah negara Anbiya’ yang dipilih pada KEMTAS 2014 ini adalah Syria (Isnin), Yaman (Selasa), Palestin (Rabu). Elemen multimedia turut digunakan bagi menarik minat peserta yang rata-rata masih berusia awal belasan tahun. Pada hari Khamis, program Kembara Desa akan mengambil tempat. Peserta akan melalui kawasan disekitar dengan pemantauan fasilitator bertugas. Mereka dikehendaki menyelesaikan tugasan di checkpoint-checkpoint tertentu. Aktiviti team-building mengambil tempat pada hari jumaat yang dikendalikan oleh fasilitator bertugas. Turut berlangsung pada hari Jumaat adalah Bersama Imam Muda Fakhrurazi.

DSC_0260

DSC_0496

DSC_0688

Aktiviti berkuda, berkereta kuda dan memancing dimulakan sebagai riadah selepas solat Asar. Alhamdulillah, cuaca yang baik memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menaiki kuda dan memancing.  Manakala pada waktu malam pula, satu lagi acara dewan mengambil tempat. Slot yang bertemakan kerohanian, kehidupan dan keajaiban Allah SWT ini disampaikan dengan penuh hikmah oleh fasilitator bertugas. Slot tersebut adalah Mukjizat Al-Quran (Ustaz Manan), Kealam Baligh (Ustaz Nafizul dan Ustazah Sakinah, Quran dan Sains (CIkgu Nadzirah). Manakala pada hari terakhir pula diisi dengan slot Sentuhan Qalbu.

Kem Tahfiz Anak Soleh (2)

Sebagai mengakhiri program, ibu bapa dijemput untuk bersama-sama dalam slot Motivasi bersama Ibu Bapa pada hari Sabtu, 29 November 2014. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat pada tahun ini. Alhamdulillah… ada antara mereka yang mampu menghafaz beberapa surah selain daripada ayat lazim.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat dalam KEMTAS pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan fasilitator yang bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program. InsyaAllah. berjumpa lagi ditahun 2015.

Gambar-Gambar

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Iftar Bersama Takaful Ikhlas & Penyampaian Sumbangan

Syukur diucapkan kehadrat Allah s.w.t, pada 13 Jun 2014, Majlis Berbuka Puasa bersama Takaful Ikhlas selesai dilaksanakan. Majlis tersebut yang telah diadakan di ruang Masjid Jamek Tok Jiring turut dihadiri beberapa orang guru dan kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah untuk memeriahkan bersama-sama memeriahkan majlis.

Dalam majlis yang sama turut diadakan pemberian sumbangan dari Takaful Ikhlas kepada 10 orang pelajar MTT yang terdiri daripada anak yatim, miskin dan juga saudara baru. Sambil menunggu masuknya waktu berbuka puasa, Ustaz Ahmad Kamal bin Mansor, salah seorang guru di MTT telah menyampaikan tazkirah ramadhan.

Sumbangan dari Syarikat Takaful Ikhlas telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaidin bin Kamaruddin, Pengurus Cawangan Terengganu kepada 10 orang pelajar terpilih itu.

1. Siti Lailah Khairiah bt Musa
2. Nur Fatihah Ee bt. Abdullah
3. Ahmad Dasuqi b. Romli @ Ramli
4. Muhammad Fajaruddin b. Alias
5. Wan Muhammad Luqman Hakim b. Wan Asri
6. Wan Muhammad Imran Haiqal b. Wan Mohd Asri
7. Mohamad Abdul Rahim Bin Mohamad
8. Ahmad Solihin bin Zuhairi
9. Mohamad Izzat Al-qushairi b. Ismail
10. Muhd Faris Iqbal b. Muda

Galeri : Iftar Bersama Takaful Ikhlas & Penyampaian Sumbangan 2014

Galeri : Iftar Bersama Takaful Ikhlas & Penyampaian Sumbangan 2013

Sumbangan Ramadhan Untuk Guru & Kakitangan

Alhamdulillah… Rezeki dibulan Ramadhan, Dalam usaha meringankan beban kos perbelanjaan harian guru dan kakitangan, Pihak MTT telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada semua guru & kakitangan MTT.

Tuan puan juga dialu-alukan menyampaikan sumbangan dan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak pelajar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dalam bentuk tunai dan juga bahan mentah. Kos dianggarkan RM1600.00 untuk kira-kira 320 orang pelajar termasuk kakitangan bertugas diperlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke :

Akaun MAYBANK : : 5630 6412 7667 (Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah)

Pertanyaan Lanjut :
Cikgu Abdullah Embong (Ketua Jabatan Fisabilillah MTT) :
Telefon : 013-9898267
Email : abdi_em@yahoo.com

Che Mohd Firdaus (S/U Fisabilillah MTT):
Telefon : 019-9118372

http://mttdaruliman.edu.my
http://fisabilillahmtt.com

 

Sumbangan Kek Hari Guru MTT

Syukur Alhamdulillah, pada 18 Mei 2014 yang lalu, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) menerima sumbangan dua biji kek sempena Hari Guru 2014 daripada dua individu berikut :

1. Daripada Ust Ustaz Hishamuddin (YB Tepoh) dan Ustaz Khairudin (YB Kuala Nerus)
2. Daripada ADUN Bukit Tunggal,Dr Alias Razak.

Syukran Jazeelan diucapkan kepada penyumbang-penyumbang. Untuk makluman, Sambutan Hari Guru 2014 peringkat MTT hanya akan dianjurkan pada 25 Mei 2014 bersamaan hari Ahad.