Melangkah Ke Peringkat Pengajian Tinggi

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…

(Gambar Arkib – Sambutan 40 Tahun IB/MTT)

Tahniah diucapkan kepada semua graduan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) 2016 yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi #SoaringUpwards. Ada diantara mereka turut menerima lebih daripada satu tawaran untuk menyambung pengajian ke beberapa institusi di Malaysia. Keputusan yang dibuat adalah hasil istikharah dan perbincangan bersama keluarga dan guru membantu mereka membuat keputusan yang terbaik. Maklumat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

  1. Nur Athirah Yasmin binti Mohd Azmi (UniSZA – Diploma Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam))
  2. Nurul Iffah bt Mohd Affendy (UniSZA – Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah))
  3. Nurul Aishah bt Mohamad Fadzli (UniSZA – Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah))
  4. Sofwatunnajah binti Zulkifli (UniSZA – Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah))
  5. Ahmad Syauqi Irfan Mohd Afendi (UniSZA – Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah))
  6. Aisyah Mardhiah Che Azahar (Kolej Matrikulasi Perlis – Program Satu Tahun Perakaunan)
  7. Nur Amira Imani bt Rosman (Kolej Matrikulasi Perlis – Program Satu Tahun Perakaunan)
  8. Nor Intan Baizura bt Zulkifli (Kolej Matrikulasi Perlis – Program Satu Tahun Perakaunan)
  9. Muhammad Zul Fahmi bin Pauzi (Kolej Matrikulasi Perlis – Program Satu Tahun Perakaunan)
  10. Muhammad Khairan bin Azhar (Kolej Matrikulasi Perlis – Program Satu Tahun Perakaunan)
  11. Abdurrahman bin Abdul Hadi (Kolej Matrikulasi Pahang – Program Satu Tahun Sains)
  12. Siti Aisyah binti Mohd Salleh (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan – Program Satu Tahun Sains)
  13. Khalid Jauhar bin Bani Amin (Universiti Teknologi Mara Jengka – Diploma Sains)
  14. Aliff Aiman bin Yusoff
  15. Abdul Aziz bin Othman (Kolej Universiti Islam Selangor – Asasi Pengajian Islam)
  16. Muhammad Nazhan bin Muhammad Zamil (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Asasi Bahasa Inggeris)
  17. Luqman Hakim bin Ramlan (Universiti Teknologi Mara, Chendering – Diploma Sains Komputer)
  18. Asmaa’ bt Ahmad Tirmizi (Darul Quran JAKIM – Diploma Tahfiz Al-Quran)
  19. Fakhrul Islam bin Yaakob (Akademi Islam Maahad Tahfiz – Sijil Tinggi Agama Malaysia)
  20. Anis Nasuha binti Salim (Politeknik Nilai – Diploma Pengurusan Peruncitan)
  21. Balqis Najwa bin Zukni (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin – Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)
  22. Hassan bin Mamat
  23. Husain bin Mamat
  24. Muhammad Sufi bin Suhairi (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin – Diploma Kejuruteraan Mekatronik)
  25. Usamah bin Alauddin (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif))
  26. Muhammad Amirul Ilmy bin Adnan (Kolej Komuniti Kuala Terengganu – Sijil Teknologi Senibina)
  27. Azhad Hakim bin Kamarudin (Kolej Komuniti Bagan Serai – Sijil Pengoperasian Perniagaan)
  28. Nor Ikhwan bin Zulkifli (TATI University College – Graphic Design & Creative Media)
  29. Muhammad Fadhil bin Biyamin (Kolej Komuniti Ledang (Sijil Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara)
  30. Muhammad Asyraf bin Zaini (Kolej Komuniti Ledang – Sijil Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara)
  31. Muhammad Hafizzuddin bin Abdul Rahim (Kolej Komuniti Rembau – Sijil Agro Teknologi)
  32. Ahmad Khusairi bin Ahmad Jaram (Kolej Komuniti – Sijil Teknologi Pembuatan)
  33. Nurul Amira bt Nor Effendi (Kolej Universiti Islam Melaka – Diploma Tahfiz Qiraat)

 

Advertisements

19/09/2016 : Gerak Kerja Pembinaan Bangunan Pentadbiran Baru MTT

Alhamdulillah, 19 September 2016, pembinaan Bangunan Pejabat Pentadbiran Baru Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) diteruskan lagi. Pembinaan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM150,000.00 sangat memerlukan dana segera dan perlu diselesaikan menjelang permulaan sessi persekolahan bagi tahun 2017.

14329904_1244804015572383_2246968089682804179_n

Berdasarkan perangkaan yang dibuat dari tahun ke tahun, kapasiti pelajar MTT dijangka mencecah sehingga 650 orang pelajar berbanding jumlah pelajar sedia ada pada tahap 550 hingga 600 orang pelajar. Dengan fasiliti kelas yang sangat terhad, ruang pejabat pentadbiran sedia ada akan diubahsuai untuk dijadikan kelas bagi menampung permintaan pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

14370074_1244804598905658_1904960157297935834_n

MTT merupakan sebuah institusi pendidikan yang menggabungkan sistem pengajian TAHFIZ & AKADEMIK, dimana pengambilan pelajar bermula seawal usia 11 tahun bagi aliran TAHFIZ AKADEMIK hingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia. Dari aspek penilaian dan persijilan, MTT menggunakan sistem peperiksaan peringkat kementerian yang merangkumi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan juga Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi mereka yang berkelayakan. Bagi pelajar lepasan PT3, tiga aliran ditawarkan iaitu, (i) Tahfiz Sains Tulen, (ii) Tahfiz Perakaunan, (iii) Tahfiz Wa Ulumul Qiraat. Maklumat lanjut sistem pengajian di MTT, boleh layari : http://mttdaruliman.edu.my (KLIK DISINI)

14322576_1244803052239146_6358446168018040361_n

Justeru, kami merayu sumbangan daripada sahabat-sahabat dermawan sekalian untuk sama-sama membantu kami menyediakan fasiliti yang terbaik dalam usaha melahirkan generasi ilmuan islam yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :

MAYBANK : 5630 6412 7667
CIMB : 8602 1544 84

atas nama Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah

Pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Cikgu Abdullah Embong.
014-212 4909
abdi_em@yahoo.com

14364703_1244803718905746_9026040645234893629_n

14355557_1244801682239283_4651297893919002019_n

danapembangunan2016

A5 (1)

Where Are They Now… (Ex MTT 2014)

Alhamdulillah… tahniah untuk anak-anak pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang sentiasa tekun, rajin dan sabar dalam menuntut ilmu demi meneruskan legasi bidang pendidikan islam. Syabas juga untuk anak-anak kerana pada masa yang sama, anda juga mampu menghafaz al-Quran dengan baik. Kami di MTT berbesar hati untuk berkongsi kejayaan lepasan MTT bagi tahun 2014.

tahniahspm2014v2

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2014

  1. Siti Khadijah binti Anuar Al-Hafizah (Universiti Al-Azhar)
  2. Abdullah Hakimi bin Zahid (Universiti Al-Azhar)
  3. Ahmad Naim bin Abu Bakar (Universiti Al-Azhar)
  4. Abdur Rasyid bin Othman (Universiti Al-Azhar)
  5. Hafiz Ilmiawan bin Hamdanni (Universiti Al-Azhar)
  6. Najibah binti Omar (Universiti Al-Azhar)
  7. Fatimah Zahra binti Mohamad Zainal Abidin (Universiti Al-Azhar)
  8. Muhammad Musa bin Tajaldin (Universiti Al-Azhar)
  9. Ahmed Furqan bin Ariffin (International University Of Africa, Khartoum, Sudan)

1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014

  1. Nurusy Syuhada Ibrahim
    • Tahmidi Syariah dan Undang-Undang (USIM)
  2. Ahmad Thaqaufi Awang
    • Asasi Seni Bina & Reka Bentuk Alam Sekitar (UIA)
  3. Fatin Syatirah Ahmad Ridzuan
    • Diploma Pengajian Islam Al-Quran & As-Sunnah (UniSZA)
  4. Nusaibah Nordin
    • Diploma Pengajian Islam Al-Quran & As-Sunnah (UniSZA)
  5. Nurul Fakhirah Nasruddin
    • Diploma Pengajian Islam Bahasa & Kesusasteraan Arab (UniSZA)
  6. Abdullah Mubarak Faizi
    • Diploma Kewangan (UniSZA)
  7. Nurul ‘Izzati Mohd Salleh
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (UniSZA)
  8. Muhammad Nur Afifi Abdul Rahman
    • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, (PSMZA, Dungun)
  9. Muhammad Al-Fateh Khairul Azlan
    • SPE Pemasangan Elektronik (KK-Kuala Terengganu)
  10. Muhammad Aiman Asri
    • SPE Pemasangan Elektronik (KK-Kuala Terengganu)
  11. Ahmad Idris Mohd Sabri
    • Sijil Automotif (KK-Kuala Terengganu)
  12. Alif Najmi Azman
    • SPE Pemasangan Elektronik (KK-Kuala Terengganu)
  13. Muhammad Ikhwanursalam Muslidar
    • Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat (KUIS)
  14. Ahmad Syirazi Mohamad
    • Dipoma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  15. Ahmad Zharfan Mohamad
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  16. Muhammad Hakim Azaki
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  17. Muhammad Hafizi Zilani
    • Diploma Tahfiz Al-Quran (KUIS)
  18. Alyaa Adibah Zaid
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIS)
  19. Nurul Syafiqah Abdullah
    • Diploma Pengajian Islam Dengan Pembangunan Sumber Manusia (KUIM)
  20. Nur Syafiqah Abdul Halim
    • Diploma Tahfiz Qiraat (KUIM)
  21. Luqman Hakim Nor Effendi
    • Diploma Tahfiz Qiraat (KUIM)
  22. Zulkifle Mamat
    • Diploma Pengajian Islam Syariah (KUIM)
  23. Muhammad Firdaus Anuar
    • Diploma Tahfiz (KUIM)
  24. Muhammad Abdul Rahim
    • Diploma In Occupational Safety And Health (Kolej Universiti Sains Perubatan, Cyberjaya)
  25. Wan Ahmad Muadz Nuruddin Wan Muliyadi
    • Diploma In Occupational Safety And Health (Kolej Universiti Sains Perubatan, Cyberjaya)
  26. Muhammad Hairi Azaki
    • Diploma in Computer Networking (TATIUC)
  27. Muhammad Luqman Ismail
    • Diploma Kejuruteraan Kimia – Proses (UniKL, MICET Melaka)
  28. Nurul Aida Najihah Che Alwi
    • Diploma Tahfiz Al-Quran (Darul Quran, Selangor)
  29. Aisyah Abdul Rahman
    • Diploma Tahfiz Al-Quran (Darul Quran, Selangor)
  30. Abdurrahman Hafiz Zulkepli
    • Diploma Tahfiz (Ma’ahad Tahfiz Pahang)
  31. Intan Sabrina Affendi
    • Diploma Pengajian Islam Syariah Dan Undang-Undang (KIPSAS)
  32. Aina Syuhada Affendi
    • Diploma Pengurusan Kewangan Islam (KIPSAS)
  33. Siti Ruqaiyah Azahari
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KIAS)
  34. Muhammad Hazwan Mohamad
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kolej Teknologi Darul Naim)
  35. Muhammad Hamdan Safwan Maidin
    • Sijil Oil & Gas
  36. Muhammad Azizi Mohd Nasir
    • Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian SKM Tahap 2 & 3
  37. Ku Nur Syaza Ku Musthafar
    • ITMAM Persijilan Pengajian Islam (INSPI)
  38. Hayati Mardhiyyah Ramli
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (INSPI)
  39. Nur Mardhiyah Mohd Sabri
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (INSPI)
  40. Uzair Amin Ubaidillah
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (SMASZA)
  41. Ahmad Muhammad Mustafa
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  42. Aiman Mu’az Muhammad Fadzillah
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  43. Muhammad Arif Hakimi Mohamad Kamel
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  44. Nik Mohamad Hafizi Nik Li
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  45. Muhamad Khalid Sunyoto
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)
  46. Muhammad Salahuddin Md Lazim
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (MTT)

Kami para guru dan kakitangan di MTT senantiasa mendoakan dan berharap agar para pelajar dapat terus istiqamah dalam menuntut ilmu agar tidak terpesong dari ajaran agama Islam yang murni. Semoga terus beroleh kecemerlangan dimasa hadapan. InsyaAllah….

SAYAP PERJUANGAN TERDAHULU (SILA KLIK)

Ringkasan Suku Tahun 2015 Program MTT (Bah 2)

Sebagai permulaan bahagian kedua Ringkasan Suku Tahun MTT, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2015) yang telah berusaha sebaik mungkin dalam mencapai keputusan terbaik. Nurusy Syuhada binti Ibrahim adalah Pelajar Cemerlang SPM 2014 dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), juga di MTT. Beliau merupakan pelajar aliran Tahfiz Pengajian Islam.

tahniahspm2014v2

Best Student PT3 MTT pula menjadi milik Fakhrul Islam bin Yaacob dengan keputusan 6A 4B. Beliau juga sudah menghabiskan sejumlah 8 juzuk hafazan al-Quran. Alhamdulillah, doa kami semoga terus istiqamah dalam menuntut ilmu.

tahniahpt32014 (1)

Manakala bagi keputusan peperiksaan TOV PT3 dan TOV SPM 2015 pula, senarai pelajar terbaik adalah seperti berikut :

Pelajar Terbaik TOV PT3 :
Kamil Arif bin Baihagi

Pelajar Terbaik TOV SPM
Tahfiz Sains : Anwar Fitri bin Salim
Tahfiz Perakaunan: Nur Sakinah binti Khasim
Tahfiz Pengajian Islam : Najwa Syakirah binti Abdul Aziz

Dari sudut perjalanan program pula, kelas terancang bagi pelajar asrama telah dimulakan sejak Januari 2015 dan kelas Tuisyen PT3 dan SPM pula sudah dimulakan pada Mac 2015. Pertandingan Piala Itqan untuk 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) juga telah dilaksanakan bermula pada Februari 2015.

20150404191832 (3)

Dalam usaha mendidik kesedaran dan kecaknaan terhadap buku teks, majlis watikah perlantikan Pengawas Buku Teks telah disempurnakan pada 5 April 2015. Setiap kelas akan diwakili oleh 2 orang pelajar yang akan memastikan pelajar menjaga buku teks dengan baik, menulis nama dan membalut kulit buku teks dengan kemas serta tidak meletakkannya dimerata-rata tempat.

11099754_842499429153359_1804515362_n

Jabatan Tahfiz juga ada menganjurkan beberapa program iaitu Kempen Pemakanan Sunnahpada 20 Januari 2015 dengan pengisian tazkirah dan ceramah mengenai konsep dan kelebihan pemakanan sunnah. Program motivasi hafazan peringkat menengah bawah (MB) dan menegah atas (MA) turut dijalankan. Motivasi bagi pelajar MB telah berlangsung pada 21 Januari 2015 dan pelajar MA pada 3 Mac 2015. Program yang sedang dirancangkan adalah Rehlah Huffaz yang dijangka berlangsung pertengahan bulan April 2015.

11095334_842499422486693_2096001270_n

Untuk memastikan kelancaran jadual seliaan malam, beberapa orang guru telah ditugaskan mengikut hari dan masa yang ditetapkan. Mereka juga turut dibantu oleh beberapa orang Guru Muda Hafazan yang terdiri daripada pelajar STAM 2015.

InsyaAllah, semoga dengan segala gerak kerja dan program yang telah dianjurkan serta yang akan berlangsung akan memberi manfaat kepada semua pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan ketika berada di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) ini.

Perhimpunan & Pelancaran Program

Seperti yang dirancangkan pada tahun 2014, setiap hari Selasa, minggu ketiga setiap bulan akan diadakan perhimpunan kokurikulum di Padang MTT.  Pada 20 Januari 2015 yang lalu, perhimpunan kokurikulum pertama telah diadakan.

10906033_581440081991756_6463050056416217189_n

Dalam program tersebut, Ustaz Zahib bin Mohd Zain telah diberi mandat untuk pemeriksaan perbarisan Unit Amal dan Nisa’ MTT sambil diiringi Ustaz Muzaihar Kamal dan Ustaz Shaiful Ambia di padang MTT.

10377255_581440215325076_405776927963722022_n

Dalam perhimpunan tersebut juga telah diadakan pelancaran beberapa program iaitu program Jabatan Fisabilillah, Pelancaran Tabung Di Premis Perniagaan Fasa II, Kempen Makanan Sunnah dari Jabatan Tahfiz dan juga Pelancaran Kokurikulum MTT 2015.

10896935_581440325325065_2067983592379247160_n

10943866_581440645325033_6733722582264570989_n

Untuk makluman, Program Tabung di Premis Perniagaan Fasa I telah dimulakan pada tahun 2014 dengan tumpuan sasaran adalah premis perniagaan di sekitar Kuala Terengganu dan premis perniagaan milik penjaga pelajar MTT.  Alhamdulillah, respon yang diterima dari pemilik premis dan pelanggan sangat baik. Diharapkan, dengan penambahan tabung bagi Fasa II ini diharap dapat membantu meningkatkan dana yang diperlukan untuk program pembangunan dan kebajikan di MTT. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah binti Jusoh.


10413352_581440541991710_1894761432223982646_n (1)

10411205_581441138658317_636393870771355771_n