Jambori Umum MTT 2015

1613865_10153174407043738_7874966569660906882_n

Terlaksana salah satu program tahunan pelajar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), iaitu Jambori Umum MTT 2015. Alhamdulillah, semuanya dengan keizinan dari Allah SWT. Program tersebut berlangsung dari 15-17 Februari 2015 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin. Kuala Terengganu. Program pada tahun ini melibatkan keseluruhan pelajar MTT berjumlah 560 orang yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti yang dirancangkan sepanjang program berlangsung.

AroSoMkzDV6E_3ZQNFu98XwN1OKE_CH-pIJEPWBkzP4Z

Bagi pelajar berulang, mereka akan terus ke tapak kem dan membuat pendaftaran. Manakala bagi pelajar asrama pula, mereka mula bertolak ke kem seawal jam 7.00 pagi. Selepas selesai sessi pendaftaran dan taklimat ringkas kepada peserta, mereka mula bergerak untuk tugasan mendirikan khemah dan persiapan makan tengahari.

AvVUH9-tb5c8lXGCtMXZa-1yyx29Yj_QqXev5WEJxA31 AhmFeJLfLyrGPDkd13xkU2fznQF2ESAEVsDe62VSB_hZ

Selepas menunaikan solat Zohor, program diteruskan dengan sessi ice-breaking untuk taaruf sesama peserta yang melibatkan beberapa aktiviti seperti kad nama, sepanduk, nama kumpulan dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. Seperti kebiasaannya, slot riadah akan mengambil tempat selepas selesai menunaikan solat asar. Masih dengan tema taaruf, kali ini ia lebih berbentuk riadah sesama mereka.

AsDQCz69x-Cc5YoOm0fWRRg6gzcZKgCSPGOhSpiFoVsQ

Slot Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustazah Norfaizan mengambil tempat diikuti dengan ceramah dari Ustaz Zul Amani berkaitan tajuk Eratkan Ukhuwah, Mantapkan Tarbiyyah. Sebelum pelajar berehat untuk hari pertama, Ustaz Nafizul mengambil alih tugas dalam slot Tadabbur dan Tazakkur surah al-Mulk.

An7eSVVlGPQHJGNXkK5SbZkSYprBs94U3G3uZ65stnZy

Rutin pagi hari kedua dimulakan dengan qiamullail, solat subuh, tazkirah dan kawad melibatkan semua pelajar sebelum mereka menjamu selera untuk sarapan pagi. Aktiviti seterusnya agak mencabar iaitu Explorace yang melibatkan semua kumpulan dan beberapa checkpoint yang perlu diharungi untuk mendapat hadiah kemenangan. Aktiviti ini nyata menguji daya ketahanan diri dan mental serta kerjasama sepasukan yang erat dalam matlamat mencapai kejuaraan. Pada sebelah petang pula, mereka terlibat dalam aktiviti pantai dan juga pertandingan memasak yang dikenali dengan nama Panggang Rimba.

Kuliah Maghrib Ustaz Fauzi Yusoh (16022015)

Slot kuliah maghrib pada hari kedua telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Yusoh dan ceramah umum yang disampaikan oleh Cikgu Nur Effendi yang berlangsung selepas menunaikan solat isyak. Slot tadabbur dan tazakkur surah al-Mulk pada hari kedua dipimpin oleh Ustaz Abdullah Basri.

Program Kembara Sufi mengambil tempat pada awal pagi sebelum diteruskan dengan aktiviti rutin iaitu solat subuh, tazkirah dan senaman pagi untuk memberi kecergasan kepada semua peserta. Peserta kemudiannya perlu menyiapkan diri dan berkumpul untuk majlis penutup Jambori 2015 yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah Jusoh.

AgHRTnBDU520cPX-rw8HkFfZ64GW34bYbgl8-FT7uNCK

Majlis penutup diserikan dengan ucapan dari pengarah program dan ucapan dari mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sebelum diserahkan kepada Cikgu Safinah untuk merasmikan majlis penutup Jambori Umum MTT 2015. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sessi bergambar kenang-kenangan semua peserta. Program berakhir dengan rasminya sekitar jam 12.00 tengahari.

AkUUxvV5kq75L2EwlD0VYdJhZFzQNPbzS2f00VxixdX6

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang berjaya menganjurkan program ini untuk kesekian kalinya. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan pelajar yang sama-sama menjayakan Jambori Umum MTT pada tahun ini.

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 1)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 2)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 3)

Advertisements

Asrama Dihatiku….

Assalamualaikum…

Seperti yang dinyatakan dalam post terdahulu, salah satu program yang dianjurkan sempena menyambut warga baru MTT adalah program Asrama Dihatiku yang telah dikelolakan oleh Cikgu Abdullah Embong selaku Penyelia Asrama.

Program bermula selepas selesai urusan pendaftaran pelajar, iaitu pada petang 28 Disember 2013. Setelah ucapan ringkas membuka majlis, slot pertama adalah untuk mendidik dan memupuk sifat setiakawan dalam kehidupan terutama diasrama iaitu slot Kawan Itu Hilangkan Sepi. Setelah menunaikan solat asar berjemaah, mereka dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti padang dan riadah. Turut diselitkan adalah tayangan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang untuk pelajar-pelajar. Program pada 28hb diakhiri dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai.

Program diteruskan lagi pada hari kedua, 29 Disember 2013 dengan aktiviti rutin seperti bersuci, tadarus dan sarapan. Pelajar ditayangkan dengan tatacara kekemasan diri, persekitaran dan peraturan diasrama menerusi slot Kemas dan Rapi Amalanku. Pelajar seterusnya melakukan praktikal berdasarkan tayangan yang telah dibuat dan diperiksa tahap kekemasan oleh Penyelia Asrama dan Mudir MTT.

Hari kedua diteruskan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan sesama pelajar baru dan AJK asrama. Selepas solat Asar, pelajar dibimbing untuk bersama-sama membacakan Ma’athurat sebelum meneruskan acara sukaneka. Sebagai pengakhiran kepada program, satu sessi motivasi yang dibimbing oleh Cikgu Nawi bertajuk Aku Seorang  Yang Bersungguh dan Semangat.

Moga berjaya menjadi pelajar yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.