Meraikan Kecemerlangan Dalam Idul Ilmi MTT 2018 (Bahagian 1)

Alhamdulillah… Ucapan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ucapan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah menerima anugerah dalam Majlis Idul Ilmi dan Anugerah Kecemerlangan 2018 yang berlangsung pada 07 September 2018 yang lalu di Dewan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).

Majlis yang bermula kira-kira jam 9.00 malam itu dihadiri kira-kira 500 orang pelajar, para guru dan ibu bapa untuk bersama-sama meraikan kejayaan putera puteri mereka di MTT. Berikut disenaraikan senarai penerima anugerah pada malam tersebut.

  1. Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun (Subjek Tahfiz) 2018
    • Hafs 2 A
      • Qurrotul Aien binti Sukri (Syafawi Al-Quran)
      • Muhammad Arif bin Baihagi (Tahriri Al-Quran)
      • Aisyah Rodhiah binti Aminuddin (Tajwid)
    • Hafs 2 B
      • Awwab Adli bin Zakaria (Syafawi Al-Quran)
      • Wan Muhammad Amirun Aiman bin Wan Azmi (Tahriri Al-Quran)
      • Muhammad Amir bin Alias Nor (Tajwid)
    • Hafs 3
      • Safanah binti Mohd Asri (Syafawi Al-Quran)
      • Wan Yasmeen Khadeeja binti Wan Khairul Rijal (Tahriri Al-Quran)
      • Ahmad Syazwan Hafiz bin Ahmad Kamaruddin (Tajwid)
    • Tingkatan 1
      • Maryam binti Ahmad Tirmizi (Syafawi Al-Quran)
      • Raja Nu’man bin Raja Adnan (Tahriri Al-Quran)
      • Raja Sofiyyah Umairah binti Raja Rostam (Tajwid)
    • Tingkatan 2
      • Nur Sofia Zahirah binti Mohd Azaha (Syafawi Al-Quran)
      • Muhammad bin Ahmad Tirmizi (Tahriri Al-Quran)
      • Ainul Sakinah binti Mohd Shaiful Ambia (Tajwid)
      • Nusaibah binti Nazri (Syafawi Al-Quran) – 2 Imam Ibnu Zakwan
      • Siti Nurfatehah binti Sukri (Tahriri Al-Quran) – 2 Imam Ibnu Zakwan
      • Nur Fatihah binti Jalaluddin (Tajwid) – 2 Imam Ibnu Zakwan
    • Tingkatan 3
      • Siti Nurshakirah binti Sukri (Syafawi Al-Quran)
      • Nukman Hanifah bin Bukhari (Tahriri Al-Quran)
      • Nur Muhammad Alamin bin Azizul Nazri (Tajwid)
    • Tingkatan 4
      • Muhammad Syafiq bin Mohd Shaharul Anwar (Syafawi Al-Quran)
      • Nur Athirah binti Malek (Tahriri Al-Quran)
      • Nur Liyana Faqihah binti Mansor (Tajwid)
    • Tingkatan 5
      • Nur Najihah binti Nazaruddin (Syafawi Al-Quran)
      • Hassan Naaseh bin Bani Amin (Tahriri Al-Quran)
      • Muhammad Khairul Sabirin bin A.Jalil (Tajwid)
    • Orang Kelainan Upaya (OKU) Masalah Penglihatan
      • Muhammad Ifram in Ab Rahman (Syafawi Al-Quran)

Advertisements

Rangkuman 22/10/2014 ~ 30/10/2014

Alhamdulillah… walaupun sessi persekolahan bagi tahun 2014 menuju ke penghujungnya. Namun, beberapa program telah diatur rapi untuk semua pelajar memastikan waktu persekolahan mereka dimanfaatkan sebaik mungkin dalam bidang akademik, kerohanian dan softskill. Selain itu , persediaan peperiksaan akhir tahun juga sedang giat diatur.

Kursus Pengurusan Jenazah 26 (20102014)

Sebahagian pelajar masih terlibat dengan Peperiksaan Tahriri dan Syafawi al-Quran. Bagi pelajar lepasan PT3 mereka banyak terlibat dengan program-program yang mengasah kemahiran mereka selain dari keperluan akademik dan hafazan mereka yang tidak dilupakan. Mereka telah terlibat dengan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH, PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA, GOTONG ROYONG PERDANA. Mereka juga akan terlibat dengan beberapa program mendatang seperti KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM, KURSUS KEWARTAWANAN dan KURSUS KERJAYA. Semoga semua perancangan yang diatur dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

DSCN0616 IMG_20141029_134631 IMG_20141029_130818

Bagi pelajar SPM pula, mereka terlibat dengan program SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN pada setiap pagi. Selain itu, kursus-kursus persediaan SPM dan masa hadapan juga telah diatur termasuk KURSUS MOTIVASI, KELAS INTENSIF SPM dan juga CERAMAH KERJAYA untuk membantu mereka menilai halatuju mereka selepas ini.

Program-program lain yang telah dianjurkan sepanjang minggu lalu adalah seperti PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH JUARA NASYID & JAMUAN ASRAMA, JAMUAN AKHIR TAHUN MTT 2014 dan JAMUAN KEPIMPINAN QUDWAH & PERMATA

Selain itu, Pihak MTT juga telah mengadakan TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR 2015 yang pertama pada 25 Oktober 2014 yang lalu yang menyaksikan sambutan baik dari ibu bapa dan pelajar yang berminat untuk mendaftar masuk ke MTT bagi sessi akan datang. InsyaAllah… Semoga diberi kemudahan kepada semua yang cintakan ilmu dan pengajian Al-Quran.