Pelajar Cemerlang Percubaan SPM & STAM 2015

Nyata, minggu yang agak padat bagi warga guru dan pelajar di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sekembalinya dari cuti hari raya Aidiladha 1436H. Beberapa program telah berlangsung sepanjang minggu lalu dimana pada hari Ahad 27 September 2015, pelajar-pelajar berkesempatan melihat sendiri ibadah Qurban yang dijalankan di perkarangan asrama muslimin MTT sambil diberikan taklimat ringkas mengenai ibadah yang dijalankan.

20150926210829 (1)

Hari berikutnya (isnin) pula telah diadakan majlis penyampaian slip BK 9, PT3 2015 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Manakala bagi slip peperiksaan percubaan SPM dan STAM 2015 pula diadakan dalam majlis berbeza pada hari Khamis, 1 Oktober 2015. Antara pengisian dalam kedua-dua program adalah ucapan wakil guru subjek, SPM dan STAM,  analisa peperiksaan oleh naib mudir akademik Cikgu Nor Effendi Mahyiddin, ucapan mudir MTT iaitu Ustaz Haji Muzaihar Kamal Mustapa Kamal. Berikut dilampirkan pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan SPM & STAM 2015.

12029695_10153773351478738_8092783116950261849_o

Tahfiz Sains Tulen : Nik Norhafizah Nik Zubir
Tahfiz Perakaunan : Muhd Hazim Mohammad
Tahfiz Pengajian Islam : Fatihah Zahidah Mat Rohim

Sijil Tinggi Agama Malaysia : Fathullah Ashaari Muhamad

12045665_10153773348933738_599241508881147344_o

Selain kelas tambahan, pelajar-pelajar turut terlibat dengan program solat hajat dan bacaan surah Yaasin menjelang musim peperiksaan yang semakin hampir.

Manakala sebagai promosi kemasukan ke MTT bagi tahun 2016, pihak MTT juga telah mengadakan beberapa siri motivasi dan kesedaran di beberapa buah sekolah terpilih. Pada kali ini, sekolah yang telah dikunjungi adalah Madrasah Darussalam (Losong) pada 30 Oktober 2015 dan Madrasah Darul Iman (Bukit Payong) pada hari berikutnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nafizul bin Ismail

20150930235714 (4)

Alhamdulillah, semoga setiap usaha yang dijalankan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Advertisements