Anugerah SAR / Sekolah Terlama Di Terengganu – IB/MTT

TAHNIAH! Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) atau dikenali dengan nama Institut Berakan (IB) diawal penubuhannya telah menerima satu pengiiktirafan dalam Himpunan Pendidik Terengganu yang berlangsung pada 26 Disember 2015 yang lalu iaitu Anugerah Sekolah Agama Rakyat (SAR) / Sekolah Swasta Terlama di Terengganu.

anugerahsar2015

Inspirasi penubuhan Institut Berakan (IB) adalah hasil cetusan idea lima orang pimpinan pelajar Terengganu dari Institusi Pengajian Tinggi dan Kolej Islam Klang (KIK). Mereka bersepakat untuk menubuhkan satu institusi pendidikan Islam Swasta yang beroperasi di negeri Terengganu Darul Iman. Mereka adalah Ustaz Haji Abu Bakar Chik, Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah, Cikgu Safinah Jusoh, Cikgu Raja Endun Raja Abd Rahman, dan Ustaz Abdul Rashid Omar. Mereka merupakan pengasas kepada penubuhan Institut Berakan. Nama berakan memberi erti berkawan atau dalam dialek terengganu, bersain.

IB ditubuhkan pada 20 September 1976 dan didaftarkan secara rasmi dengan Pejabat Pelajaran Terengganu pada 16 Januari 1977. IB mula beroperasi secara rasminya pada 4 April 1977.

Menelusuri detik hitam dalam lipatan sejarah IB, pada 19 November 1991, kira-kira 800 orang pelajar dan puluhan guru serta kakitangan telah kehilangan tempat menuntut ilmu dan mencari rezeki apabila bangunan IB yang telah beroperasi sejak 1977 itu telah dirobohkan. Namun, atas semangat dan kesungguhan yang tinggi, IB telah berpindah dan memulakan operasi terbaru di sebuah bangunan yang disewa di Hiliran.

Masa terus berlalu, pihak pentadbiran Institut Berakan telah menerima sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Haji Salleh bin Mat Zin,iaitu bapa mertua kepada Ustaz Abu Bakar Chik untuk dijadikan tapak baru IB yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).

MTT terus bergerak seiring dengan sistem pendidikan kebangsaan yang terus mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Perubahan yang secara tidak langsung menaikkan imej dan nama IB/MTT dalam memartbatkan sistem aliran tahfiz dan akademik di Terengganu amnya dan di Malaysia khususnya.

Alhamdulillah… semoga dengan pengiktirafan yang diberi akan terus memberi suntikan semangat kepada para pendidik di MTT untuk terus menabur bakti dan bersama-sama meningkatkan kualiti dan nama IB dan MTT secara keseluruhannya.

Advertisements

Gerai Fisabilillah di Muktamar dan Ijtima’ SISBAKTI.

Syukur Alhamdulillah, program-program yang dirancangkan selesai dilaksanakan dengan bantuan dari-Nya. Pertamanya, gerai jualan Fisabilillah MTT di Muktamar Dewan Ulama sempena majlis pelancaran buku “Permata Ramadhan” hasil karya Dr Hamdan Muhammad mendapat sambutan baik dari pengunjung yang hadir. Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Ybhg Tuan Guru Dato Dr Harun Din pada 3 Jun 2015.

20150608184936

Kemudiannya, gerai Fisabilillah MTT turut dibuka di Muktamar Tahunan Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, bermula 4 hingga 6 Jun 2015. Pelbagai produk yang dipasarkan antaranya jualan lot tanah wakaf, buku-buku terbitan Pustaka Damai, produk air bacaan 30 juzuk & solat hajat, Mosha Koko, Madu Stick dan beberapa lagi produk lain.

20150603182318

Seterusnya, pada 5 Jun 2015 pula telah dianjurkan program Ijtima’ Lepasan Pelajar & Bekas Guru Institut Berakan / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (SISBAKTI) yang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Agama Saujana Utama pada jam 4.00 petang.

20150605065502

Galeri Gambar 

Iftar Jami’e & Majlis Pecah Tanah

Asslamualaikum…. Alhamdulillah, pada 15 Julai 2014, Majlis Pecah Tanah Pembinaan Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan telah berjaya disempurnakan.

Simbolik kepada acara tersebut telah dilakukan secara bersama oleh Ustaz Dr Abu Bakal Abdullah selaku Yang Dipertua Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), Encik Abdul Hadi Mohamad (Ketua Pembangunan MTT), Mohamad Faisal Che Yusof, Presiden Pertubuhan Cacat Penglihatan Islam Semalaysia (PERTIS), Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal (Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman) dan Encik Azhan Atan sebagai orang yang memulakan perbincangan mengenai Tahfiz OKU Buta ini bersama Allahyarham Ustaz Abu Bakar bin Chik.

Pada hari yang sama turut diadakan Iftar Jami’e di Masjid Jamek Tok Jiring bersama penduduk setempat. Persiapan program pada hari tersebut telah dibuat sejak awal pagi dengan penglibatan masyarakat setempat sambil dibantu guru dan kakitangan yang berkelapangan. Turut sama membantu adalah pelajar Tingkatan 4 yang diberi pengecualian kelas untuk program pada hari tersebut.

Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama terlibat dan membantu dalam menjayakan program tersebut. InsyaAllah, pihak kami masih memerlukan sumbangan dari saudara/i sekalian untuk menampung kos pembinaan bangunan tersebut.

 

Sumbangan Boleh Disalurkan ke :
MAYBANK: 5630 6412 7667 atas nama MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH

Sebarang pertanyaan sila rujuk :
Cikgu Abdullah Embong
013 9898267
abdi_em@yahoo.com