Iftar Amal & Infaq MTT 2019

Alhamdulillah… Usai sudah program Iftar Amal & Infaq Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) sempena Ramadhan Al Mubarak 1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi. Antara objektif program adalah mengumpulkan Dana Kebajikan Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) MTT dalam menghadapi persiapan bulan Ramadhan & Sambutan Aidilfitri. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengimarahkan majlis ilmu dan berinfaq terutamanya di bulan yang mulia ini. Disamping itu ia dapat memperkukuh jalinan ukhuwah antara MTT dan masyarakat yang sentiasa bersama-sama dalam program yang dianjurkan.

Iftar Amal & Infaq Bersama Ustaz Azhar Idrus telah berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam pada 21 Mei 2019 bersamaan 16 Ramadhan 1440H (Selasa). Program yang berkonsepkan jualan tiket bernilai RM100.00 tersebut telah mengumpulkan hampir 600 orang tetamu. Turut bersama-sama dalam majlis tersebut adalah Al-Fadhil Dr Mohd Hamdan bin Mohamad selaku Yang Dipertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar bin Abdullah juga Al Fadhil Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad.

Manakala, program kedua diadakan dengan kerjasama Masjid Jamek Tok Jiring dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jiring telah berlangsung pada 26 Mei 2019 bersamaan 21 Ramadhan 1440H (Ahad) bertempat di Masjid Jamek Tok Jiring. Al-Fadhil Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan Padang telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah sebelum berbuka pada hari tersebut. Sambutan baik diterima daripada masyarakat setempat yang bersama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ilmu tersebut disamping berukhuwah warga kerja MTT dan Masjid Jamek Tok Jiring.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan tetamu yang memberi sokongan terhadap program yang telah dianjurkan tersebut. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan mendapat keberkatan dan balasan yang berlipat kali ganda dari Allah SWT. InsyaAllah.

Advertisements

Team Building Kepimpinan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Team Building Kepimpinan dan saf jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam penganjuran edisi kali ini. Program ini hanya melibatkan kempimpinan pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang terdiri daripada Qudwah, AJK Asrama dan juga pengawas PERMATA yang telah dilantik pada penghujung sessi persekolahan 2014 yang lalu berjumlah 80 orang.

4

Semua peserta mula mendaftarkan diri pada petang 5 Januari 2015 dan diberi taklimat ringkas pengisian dan disiplin dalam program ini. Sepanjang tiga hari program, peserta terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan, ceramah dan juga pengisian rohani. Antaranya program yang disertai adalah Kawad Kaki, praktikal menjadi seorang pengerusi majlis dalam 3 bahasa (Arab, Melayu, Inggeris), tugasan kepimpinan dalam bidang yang diamanahkan serta demonstrasi isu.

8

tamrin

Selain itu, pelajar juga terlibat dengan pengisian kerohanian termasuklah Qiamullail, tazkirah subuh dan bacaan ayat suci al-Quran sebelum tidur. Bagi slot pengisian dan ceramah pula diisi oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia (Visi dan Misi MTT), En. Ahmad Izzuddin bin Yusof (Media Teknologi Maklumat Sebagai Dunia Dakwah) dan Ustaz Wan Shamsudin dengan tajuk Mewajahkan MTT Dengan 5’s.

9

Dalam usaha meningkatkan daya kepimpinan pelajar, mereka turut terlibat dalam slot penyampaian tazkirah selepas solat jemaah. Peserta juga dikehendaki menunjukkan demonstrasi lakonan mengenai situasi yang sering berlaku dan cara mengatasinya sesuai dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, bagaimana cara apabila terserempak dengan pelajar yang melakukan gejala vandalisme di asrama.

11

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal selepas bacaan ikrar oleh peserta Team Building Kepimpinan pada kali ini. Semoga mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. InsyaAllah….

“Majlis Amal Berbuka Puasa”, Kuliah Petang Ekslusif Bersama Ustaz Azhar Idrus

"Majlis Amal Berbuka Puasa", Kuliah Petang Ekslusif Bersama Ustaz Azhar Idrus

“Majlis Amal Berbuka Puasa”, Kuliah Petang Ekslusif Bersama Ustaz Azhar Idrus

MAKLUMAT TERKINI!, Rujuk : http://danamasjidtahfiz.blogspot.com/

“Majlis Amal Berbuka Puasa”
Kuliah Petang Ekslusif Bersama Ustaz Azhar Idrus

Tarikh : 21 Julai 2013 / 12 Ramadhan 1434H
Tempat : Kompleks Belia & Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam.

RM100 Seorang, 1 Meja = 10 Orang.
Pendaftaran “walk-in” : 2.00PM – 4.00PM

SIAPA CEPAT DIA DAPAT, TEMPAT ADALAH TERHAD
ORANG RAMAI DIGALAKKAN HADIR MENDENGAR KULIAH.