Jambori Umum MTT 2017

Alhamdulillah… Jambori Umum Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) 2017 usai dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 2 Mac yang lalu. Program yang menghimpunkan keseluruhan pelajar MTT berjumlah 560 orang itu telah berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah disusun atur bagi merealisasikan tema Usaha! Fokus! Berjaya!.

Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan gerak kerja dan perjalanan program yang telah direncanakan. Antara aktiviti para peserta adalah mendirikan khemah, menyediakan hidangan, aktiviti berkumpulan termasuk taaruf bermodul, ice-breaking, pertandingan kawad kaki, pertandingan memasak, mencipta gadgetexplorace, membina monumen dan memastikan keadaan khemah sentiasa dalam keadaan ceria, kemas dan menarik. Mereka juga telah diberikan tanggungjawab sebagai imam dan bilal bertugas sepanjang program mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain pengisian berbentuk aktiviti fizikal, ikatan kerjasama dan ukhuwah para peserta turut didedahkan dengan slot-slot tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dan juga para pendidik dari MTT.  Pada hari pertama program, para peserta telah disegarkan dengan topik Peranan & Cabaran Seorang Pejuang yang telah disampaikan oleh Cikgu Razali bin Mohd Yunus. Penyampaian yang memberi kesegaran dan semangat kepada para pelajar untuk tidak mudah berputus asa dan membina perkaderan diri pelajar.

Beberapa slot tazkirah yang turut diselitkan dalam program pada kali ini termasuklah tazkirah Al-Quran Pemangkin Kejayaan Pelajar yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Aruddin Nawi,  Kearah Membina Generasi Rabbani oleh Ustaz Ahmad Fakhrul Azizi dan Sembang Pagi bersama pengarah program Jambori Umum MTT 2017, Ustaz Mohd Nafizul Ismail.

Selain itu, elemen kerohanian dan penyucian jiwa turut diselitkan dalam program pada kali ini. Antaranya, bacaan surah Al-Mulk pada setiap malam, qiamullail, solat hajat, solat tahajjud dan solat taubat. Pihak penganjur turut menjemput Qudwah Legacy Training Consultant untuk sessi munajat pada malam terakhir program..

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YM Cikgu Raja Endon Raja Abdul Rahman pada hari Khamis, 2 Mac 2017, kira-kira jam 11.30 pagi.

Advertisements

Himpunan Ukhuwah Serasi Bersama (HUSBE).

Alhamdulillah… usai sudah program anjuran pelajar Diploma Syariah, Fakulti Kontemporari Islam (FKI) Semester Tiga, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama pelajar-pelajar Tahfiz Khas, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) pada 26 Mac 2015 (Sabtu) yang lalu. Program yang dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan kursus Individu dan Komuniti (IAF 1012) yang merupakan subjek fakulti yang dipelajari mereka.

12442707_524820851022711_660282101_n

Pengarah program HUSBE, Muhammad Azamuddin Mohd Noh menyatakan, program tersebut mempunyai objektif yang tersendiri iaitu merapatkan ukhuwah sesama pelajar, merehatkan minda dan dalam masa yang sama menguji minda para pelajar, mengekalkan identiti dan peribadi pelajar sebagai seorang muslim serta membina jati diri pelajar.

12910306_524820861022710_1400023721_n

Program selama sehari tersebut telah berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring bermula kira-kira jam 8.00 pagi hingga 6 petang sambil diiringi beberapa orang pelajar. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program HUSBE  pada kali ini.

12919033_524820847689378_920508630_n

Lawatan Kepimpinan Qudwah 2015

Alhamdulillah… Kepimpinan Qudwah bagi tahun 2015 telah berkesempatan mengunjungi beberapa buah institusi pendidikan dibawah  Kumpulan Maahad Al Tahfiz Wa Al Tarbiyyah (KMTT) pada hujung minggu yang lalu. Pelajar turut dibawa meninjau aktiviti yang sedang berlangsung di PetrosainsKuala Lumpur pada hari terakhir lawatan bersama beberapa orang guru pengiring termasuklah Ustaz Mohd Khairul Nizam dan Cikgu Siti Nadzirah.

sambutan MTTDE

Peserta bertolak dari perkarangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) pada hari Jumaat 24 April 2015 menuju ke Markaz Tahfiz Wal Tarbiah Darul Ehsan (MTTDE), Selangor dan dijadualkan untuk solat subuh di Masjid Jamek Bandar Kajang. Ketibaan peserta disambut meriah oleh warga pelajar di MTTDE. Kesempatan itu diisi dengan sessi ramah mesra dan berukhuwah bersama warga MTTDE. Peserta bersarapan pagi di MTTDE ebelum meneruskan lawatan ke Puchong.

20150427081926

Di Puchong, mereka mengunjungi Maahad Tahfiz Aman Bestari (MTAB) atau kini dikenali sebagai Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari yang juga salah sebuah institusi yang bernaung dibawah KMTT. Di MTAB, peserta diberi peluang untuk turut serta dalam demonstrasi masakan selain meninjau kegiatan pelajar-pelajar di MTAB termasuklah bidang kulinari dan juga jahitan.

20150427074708

Destinasi seterusnya adalah Komples Al-Quran Sofiuddin di Klang (KOMTAS), Selangor. Perjalanan dimulakan kira-kira jam 4.30 petang daripada MTAB. Peserta diberi peluang untuk berehat dan mempersiapkan diri untuk menunaikan solat maghrib (jama’ taqdim). Selain daripada sessi suaikenal dan ramah mesra antara kedua-dua institusi, pihak KOMTAS juga telah mengadakan perlawanan persahabatan bagi acara ping pong sebagai mengukuhkan ukhuwah sesama mereka. Majlis penutup turut dilangsungkan di KOMTAS sebelum pelajar meneruskan sessi lawatan ke destinasi seterusnya.

20150427075244 (1)

Pada hari Sabtu, 26 April 2015, peserta bertolak ke Petrosains di Kuala Lumpur. Peluang yang diberikan kepada pelajar untuk mendalami keindahan dan kecanggihan teknologi yang ada di Petrosains. Selepas menunaikan solat Zohor di Pusat Islam dan makan tengahari, peserta bertolak pulang ke MTT.

20150427081928 (2)

Kunjungan Mahabbah SMIDB ke MTT

Pada hari sabtu, 28 Mac 2015, pihak Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) telah mengadakan Kunjungan Mahabbah ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) sebagai medium mengeratkan ukhuwah antara kedua-dua buah sekolah.

20150328172512

Dalam kunjungan tersebut, beberapa siri perlawanan persahabatan telah diatur antara kedua-dua pasukan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Takraw dan Bola Tampar. Semoga dengan program sebegini dapat meningkatkan ukhuwah dan persaudaraan antara kedua-dua buah institusi pendidikan ini. InsyaAllah…

20150328172535

GALERI AKTIVITI

Jambori Umum MTT 2015

1613865_10153174407043738_7874966569660906882_n

Terlaksana salah satu program tahunan pelajar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), iaitu Jambori Umum MTT 2015. Alhamdulillah, semuanya dengan keizinan dari Allah SWT. Program tersebut berlangsung dari 15-17 Februari 2015 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin. Kuala Terengganu. Program pada tahun ini melibatkan keseluruhan pelajar MTT berjumlah 560 orang yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti yang dirancangkan sepanjang program berlangsung.

AroSoMkzDV6E_3ZQNFu98XwN1OKE_CH-pIJEPWBkzP4Z

Bagi pelajar berulang, mereka akan terus ke tapak kem dan membuat pendaftaran. Manakala bagi pelajar asrama pula, mereka mula bertolak ke kem seawal jam 7.00 pagi. Selepas selesai sessi pendaftaran dan taklimat ringkas kepada peserta, mereka mula bergerak untuk tugasan mendirikan khemah dan persiapan makan tengahari.

AvVUH9-tb5c8lXGCtMXZa-1yyx29Yj_QqXev5WEJxA31 AhmFeJLfLyrGPDkd13xkU2fznQF2ESAEVsDe62VSB_hZ

Selepas menunaikan solat Zohor, program diteruskan dengan sessi ice-breaking untuk taaruf sesama peserta yang melibatkan beberapa aktiviti seperti kad nama, sepanduk, nama kumpulan dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. Seperti kebiasaannya, slot riadah akan mengambil tempat selepas selesai menunaikan solat asar. Masih dengan tema taaruf, kali ini ia lebih berbentuk riadah sesama mereka.

AsDQCz69x-Cc5YoOm0fWRRg6gzcZKgCSPGOhSpiFoVsQ

Slot Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustazah Norfaizan mengambil tempat diikuti dengan ceramah dari Ustaz Zul Amani berkaitan tajuk Eratkan Ukhuwah, Mantapkan Tarbiyyah. Sebelum pelajar berehat untuk hari pertama, Ustaz Nafizul mengambil alih tugas dalam slot Tadabbur dan Tazakkur surah al-Mulk.

An7eSVVlGPQHJGNXkK5SbZkSYprBs94U3G3uZ65stnZy

Rutin pagi hari kedua dimulakan dengan qiamullail, solat subuh, tazkirah dan kawad melibatkan semua pelajar sebelum mereka menjamu selera untuk sarapan pagi. Aktiviti seterusnya agak mencabar iaitu Explorace yang melibatkan semua kumpulan dan beberapa checkpoint yang perlu diharungi untuk mendapat hadiah kemenangan. Aktiviti ini nyata menguji daya ketahanan diri dan mental serta kerjasama sepasukan yang erat dalam matlamat mencapai kejuaraan. Pada sebelah petang pula, mereka terlibat dalam aktiviti pantai dan juga pertandingan memasak yang dikenali dengan nama Panggang Rimba.

Kuliah Maghrib Ustaz Fauzi Yusoh (16022015)

Slot kuliah maghrib pada hari kedua telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Yusoh dan ceramah umum yang disampaikan oleh Cikgu Nur Effendi yang berlangsung selepas menunaikan solat isyak. Slot tadabbur dan tazakkur surah al-Mulk pada hari kedua dipimpin oleh Ustaz Abdullah Basri.

Program Kembara Sufi mengambil tempat pada awal pagi sebelum diteruskan dengan aktiviti rutin iaitu solat subuh, tazkirah dan senaman pagi untuk memberi kecergasan kepada semua peserta. Peserta kemudiannya perlu menyiapkan diri dan berkumpul untuk majlis penutup Jambori 2015 yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah Jusoh.

AgHRTnBDU520cPX-rw8HkFfZ64GW34bYbgl8-FT7uNCK

Majlis penutup diserikan dengan ucapan dari pengarah program dan ucapan dari mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sebelum diserahkan kepada Cikgu Safinah untuk merasmikan majlis penutup Jambori Umum MTT 2015. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sessi bergambar kenang-kenangan semua peserta. Program berakhir dengan rasminya sekitar jam 12.00 tengahari.

AkUUxvV5kq75L2EwlD0VYdJhZFzQNPbzS2f00VxixdX6

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang berjaya menganjurkan program ini untuk kesekian kalinya. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan pelajar yang sama-sama menjayakan Jambori Umum MTT pada tahun ini.

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 1)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 2)

GALERI JAMBORI UMUM MTT (ALBUM 3)