Kumpulan Ammar Ditabal Juara AJN 2018

Alhamdulillah… syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Ammar (Dorm Ammar) yang telah ditabalkan sebagai Johan Anugerah Juara Nasyid (AJN) 2018. Program edisi kali ini telah berlangsung di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring pada 7 September 2018 yang lalu dengan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu terdiri daripada pelajar, tenaga kerja MTT dan ibu bapa pelajar.

Majlis yang bermula kira-kira jam 2.30 petang itu telah diadili oleh alumni Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang terdiri daripada Saudara Mohd Hafizi bin Zalani, Saudara Effendi Wahhab dan Ustaz Muhammad Hamizan Hamzah selaku ketua juri.

Empat buah kumpulan telah melayakkan diri ke peringkat akhir bagi AJN2018. Mereka telah diberi tugasan untuk dua buah lagu bagi setiap kumpulan. Setiap pasukan telah memberikan persembahan yang terbaik bagi memikat hati juri pada pertandingan kali ini. Di akhir pertandingan menyaksikan Kumpulan Ammar tiga kategori anugerah yang dipertandingkan.

Sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, mentor, ketua dorm dan semua jawatankuasa yang telah terlibat dalam menjayakan AJN 2018.


JUARA AJN 2018 : Kumpulan Ammar

NAIB JUARA AJN 2018 : Kumpulan Khalid

TEMPAT KETIGA AJN 2018 : Kumpulan Umar

TEMPAT KEEMPAT AJN 2018 : Kumpulan Abu Bakar

Persembahan Terbaik : Kumpulan Ammar

Vokal Terbaik : Muhammad Syakir Ali bin Zamzuri Arifin  (Kumpulan Ammar)

Advertisements

Daurah Syari’iyyah & Agenda Ogos 2015 MTT

Alhamdulillah… pada pertengahan Ogos 2015 yang lalu, pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta beberapa orang guru telah menyertai program anjuran World Assembly Of Muslim Youth (WAMY) iaitu Daurah Syari’iyyah Lissyabab Al-Islami’  bersama Syeikh Abdul Aziz Abdul Ghani Ahmad AsSyilfi dan Syeikh Maulana Asy’ari Mustofa di Sekayu, Terengganu. Nyata, peluang menyertai program tersebut dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh peserta terlibat.

20150822174746 (1)

Beberapa program yang lain turut berlangsung dalam bulan Ogos 2015 ialah :

  • Seminar Teknik Menjawab Soalan BM (10 Ogos 2015)
  • Hari Buah-Buahan MTT (11 Ogos 2015)
  • Peperiksaan Percubaan STAM
  • Gotong Royong Dewan Makan

20150822180100

20150822172059

Kunjungan Syeikh Abdul Aziz Abdul Ghani AsShifi (Riyadh) – WAMY

Alhamdulillah…pada hari ini, 13 Ogos 2015, kami telah menerima kunjungan dari wakil World Assembly Of Muslim Youth (WAMY)  bersempena dengan program “Daurah Syar’iyyah LisSyabab Al Islami” bersama Syeikh Abdul Aziz Abdul Ghani Ahmad AsSyilfi dan Syeikh Maulana Asy’ari Mustofa pada 14 & 15 Ogos 2015 bersama beberapa guru & pelajar yang turut sama dijemput untuk program tersebut bertempat di Sekayu.

11866422_942796279076482_5676197238037892772_n

Pada tengahari tadi, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman & Masjid Jamek Tok Jiring amat berbesar hati atas kesudian Syeikh Abdul Aziz Abdul Ghani AsSyilfi atas kesudian menyampaikan tazkirah Zohor. Berikut merupakan beberapa perkara yang disebut dalam tazkirah beliau. Semoga para hadirin yang bersama-sama dalam majlis tersebut mendapat pedoman dan pengajaran dari tazkirah yang disampaikan.

11855650_942796339076476_7353685977173738056_n

– Berkebetulan dengan hari (khamis) adalah salah satu hari yg diangkat amalan manusia (selain hari isnin)
– Kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW dan Kemuliaan Saidina Abu Bakar yang mana 6 daripada 10 sahabat yg dijamin syurga yang memeluk Islam menerusi Saidina Abu Bakar.
– Kisah 2 anak muda yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta izin bersama-sama pergi berperang.
– Kisah anak muda yang membunuh Abu Jahal dalam perperangan Badar
– Kemuliaan orang yang mgajar Al-Quran walaupun sekadar mengajar surah Al-Fatihah.

Semoga perkongsian ringkas ini mampu memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

20150812235501