Kumpulan Ammar Ditabal Juara AJN 2018

Alhamdulillah… syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Ammar (Dorm Ammar) yang telah ditabalkan sebagai Johan Anugerah Juara Nasyid (AJN) 2018. Program edisi kali ini telah berlangsung di Dewan Terbuka Masjid Jamek Tok Jiring pada 7 September 2018 yang lalu dengan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu terdiri daripada pelajar, tenaga kerja MTT dan ibu bapa pelajar.

Majlis yang bermula kira-kira jam 2.30 petang itu telah diadili oleh alumni Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang terdiri daripada Saudara Mohd Hafizi bin Zalani, Saudara Effendi Wahhab dan Ustaz Muhammad Hamizan Hamzah selaku ketua juri.

Empat buah kumpulan telah melayakkan diri ke peringkat akhir bagi AJN2018. Mereka telah diberi tugasan untuk dua buah lagu bagi setiap kumpulan. Setiap pasukan telah memberikan persembahan yang terbaik bagi memikat hati juri pada pertandingan kali ini. Di akhir pertandingan menyaksikan Kumpulan Ammar tiga kategori anugerah yang dipertandingkan.

Sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang, mentor, ketua dorm dan semua jawatankuasa yang telah terlibat dalam menjayakan AJN 2018.


JUARA AJN 2018 : Kumpulan Ammar

NAIB JUARA AJN 2018 : Kumpulan Khalid

TEMPAT KETIGA AJN 2018 : Kumpulan Umar

TEMPAT KEEMPAT AJN 2018 : Kumpulan Abu Bakar

Persembahan Terbaik : Kumpulan Ammar

Vokal Terbaik : Muhammad Syakir Ali bin Zamzuri Arifin  (Kumpulan Ammar)

Advertisements