Team Building Kepimpinan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Team Building Kepimpinan dan saf jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam penganjuran edisi kali ini. Program ini hanya melibatkan kempimpinan pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang terdiri daripada Qudwah, AJK Asrama dan juga pengawas PERMATA yang telah dilantik pada penghujung sessi persekolahan 2014 yang lalu berjumlah 80 orang.

4

Semua peserta mula mendaftarkan diri pada petang 5 Januari 2015 dan diberi taklimat ringkas pengisian dan disiplin dalam program ini. Sepanjang tiga hari program, peserta terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan, ceramah dan juga pengisian rohani. Antaranya program yang disertai adalah Kawad Kaki, praktikal menjadi seorang pengerusi majlis dalam 3 bahasa (Arab, Melayu, Inggeris), tugasan kepimpinan dalam bidang yang diamanahkan serta demonstrasi isu.

8

tamrin

Selain itu, pelajar juga terlibat dengan pengisian kerohanian termasuklah Qiamullail, tazkirah subuh dan bacaan ayat suci al-Quran sebelum tidur. Bagi slot pengisian dan ceramah pula diisi oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia (Visi dan Misi MTT), En. Ahmad Izzuddin bin Yusof (Media Teknologi Maklumat Sebagai Dunia Dakwah) dan Ustaz Wan Shamsudin dengan tajuk Mewajahkan MTT Dengan 5’s.

9

Dalam usaha meningkatkan daya kepimpinan pelajar, mereka turut terlibat dalam slot penyampaian tazkirah selepas solat jemaah. Peserta juga dikehendaki menunjukkan demonstrasi lakonan mengenai situasi yang sering berlaku dan cara mengatasinya sesuai dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, bagaimana cara apabila terserempak dengan pelajar yang melakukan gejala vandalisme di asrama.

11

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Mudir MTT, Ustaz Haji Muzaihar Kamal selepas bacaan ikrar oleh peserta Team Building Kepimpinan pada kali ini. Semoga mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. InsyaAllah….

Advertisements

Kursus ‘Team Building’ Guru & Kakitangan

1

InsyaAllah, sessi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula tidak lama lagi. Dalam usaha memastikan gerak kerja dan persediaan sessi 2015 dapat dijalankan dalam suasana ukhuwah dan kerjasama sepasukan yang erat, pihak pengurusan telah tampil dengan inisiatif menganjurkan kursus Guru & Kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Berbeza dengan siri kursus pada tahun terdahulu, kursus pada kali ini tertumpu kearah memupuk dan mengukuhkan kerjasama sepasukan.

2

Kursus selama dua hari itu telah dikendalikan oleh konsultan dari Akademi Sinergi iaitu Encik Fazrul Ismail sambil dibantu tiga rakan yang lain. Sedikit pengenalan, Encik Fazrul merupakan lulusan dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Amerika Syarikat. Beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang Bahasa Arab. Selain memfokuskan kepada team-building. sessi dua hari tersebut telah memberi sudut pandang berbeza kepada warga MTT dalam menghadapi situasi sebagai seorang pendidik yang mencabar dari tahun ke tahun.

3

Terkadang kita terlepas pandang unsur-unsur dan hubungan kita dengan Maha Berkuasa apabila kita terlalu bergantung harap kepada diri dan orang lain berbanding kepada Allah SWT. Konsep Pendidik A+ atau lebih tepat lagi Pendidik yang bersifat dengan Ibadur-rahman juga diterapkan. Beberapa surah dari al-Quran telah dipetik sebagai peringatan dan panduan kepada semua bahawa semua yang berlaku ada hujah dan alasan yang telah dinyatakan didalam al-Quran. Antaranya, Surah Ar-Ra’du ayat ke 27 dan 28 yang menceritakan tentang kejayaan dan petunjuk kearah mencapai kejayaan. Selain itu, surah-surah lain yang berkaitan seperti surah al-Furqan, surah al-Mukminun dan surah al-Alaq.

4

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih bersifat interaksi dengan al-Quran dimana peserta akan berfikir mengenai keagungan dan “rahsia” yang dinyatakan Allah SWT didalam al-Quran yang berkait dengan perkara dalam kehidupan seharian.

IMG_20141215_163309[1]

Alhamdulillah, kursus selama dua hari tersebut telah memberi respon positif kepada peserta apabila mereka mampu menganalisa dan membuat penilaian dengan lebih baik terhadap sesuatu perkara. Sessi diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sessi bergambar kenangan bersama semuua yang terlibat. InsyaAllah, ukhuwah dan hubungan erat mampu diperkukuh selagimana kita menjaga hubungan dengan Allah SWT.

 

Usai Kem Tahfiz Anak Soleh Edisi Ke 10.

Alhamdulillah…. Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Kem Tahfiz Anak Soleh (KEMTAS 2014) yang berlangsung selama 7 hari di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah melabuhkan tirainya pada hari sabtu yang lalu bersamaan 29 November 2014. KEMTAS edisi ke-10 ini telah berjaya menarik jumlah peserta sekitar 170 orang yang berusia antara 10 hingga 14 tahun. Majoriti peserta berasal dari negeri Terengganu dan sebilangan kecil dari yang lain datang dari pelbagai negeri lain di Malaysia.

Bersama Kumpulan Usrah

Pendaftaran peserta dibuat pada 23 November 2014 di ruang terbuka Masjid Jamek Tok Jiring. Setelah sessi pendaftaran diselesaikan, peserta dibawa ke ruang masjid untuk menunaikan solat asar secara berjemaah dan taklimat awal mengenai kem yang akan mereka lalui sepanjang seminggu. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan usrah. Kumpulan usrah ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan peserta sepanjang program. Sessi taaruf turut dijalankan selepas pembahagian kumpulan bagi memperkenalkan barisan fasilitator dan peserta kem. Pada sebelah malamnya, peserta didedahkan dengan slot Teknik Hafazan dan dibahagikan kepada beberapa kelas untuk agenda harian mereka sepanjang kem.

Sessi Kelas Hafazan

Sessi Kelas Hafazan

Setiap pagi, peserta akan solat subuh secara berjemaah di Masjid Jamek Tok Jiring dan mendengar tazkirah subuh. Selepas selesai sarapan pagi, mereka akan terlibat dengan kelas hafazan yang dibahagikan kepada dua sessi iaitu 8.00 hingga 10.00 pagi dan 10.30 hingga 12.00 tengahari. Itu merupakan rutin harian peserta KEMTAS yang salah satunya bermatlamatkan kelas “Intensif Hafazan Al-Quran”. Pada sebelah malam pula, mereka akan mengikuti kelas hafazan antara waktu Maghrib dan Isyak.

10806222_887933367884857_4324974664391728595_n

Slot “Kembara di Bumi Anbiya'” menyusul selepas solat Zohor. Slot ini akan membawa peserta mengenali dan mendalami suasana di negara-negara yang dikenali sebagai Bumi Anbiya’. Tiga buah negara Anbiya’ yang dipilih pada KEMTAS 2014 ini adalah Syria (Isnin), Yaman (Selasa), Palestin (Rabu). Elemen multimedia turut digunakan bagi menarik minat peserta yang rata-rata masih berusia awal belasan tahun. Pada hari Khamis, program Kembara Desa akan mengambil tempat. Peserta akan melalui kawasan disekitar dengan pemantauan fasilitator bertugas. Mereka dikehendaki menyelesaikan tugasan di checkpoint-checkpoint tertentu. Aktiviti team-building mengambil tempat pada hari jumaat yang dikendalikan oleh fasilitator bertugas. Turut berlangsung pada hari Jumaat adalah Bersama Imam Muda Fakhrurazi.

DSC_0260

DSC_0496

DSC_0688

Aktiviti berkuda, berkereta kuda dan memancing dimulakan sebagai riadah selepas solat Asar. Alhamdulillah, cuaca yang baik memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menaiki kuda dan memancing.  Manakala pada waktu malam pula, satu lagi acara dewan mengambil tempat. Slot yang bertemakan kerohanian, kehidupan dan keajaiban Allah SWT ini disampaikan dengan penuh hikmah oleh fasilitator bertugas. Slot tersebut adalah Mukjizat Al-Quran (Ustaz Manan), Kealam Baligh (Ustaz Nafizul dan Ustazah Sakinah, Quran dan Sains (CIkgu Nadzirah). Manakala pada hari terakhir pula diisi dengan slot Sentuhan Qalbu.

Kem Tahfiz Anak Soleh (2)

Sebagai mengakhiri program, ibu bapa dijemput untuk bersama-sama dalam slot Motivasi bersama Ibu Bapa pada hari Sabtu, 29 November 2014. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat pada tahun ini. Alhamdulillah… ada antara mereka yang mampu menghafaz beberapa surah selain daripada ayat lazim.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat dalam KEMTAS pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan fasilitator yang bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program. InsyaAllah. berjumpa lagi ditahun 2015.

Gambar-Gambar

Menyingkap Tirai 19 November 1991

Sudah lebih 20 tahun detik hitam yang menimpa Institut Berakan (IB) apabila bangunan tersebut diruntuhkan oleh kerajaan memerintah pada ketika itu. Detik yang memberi kesan mendalam kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan pelajar di IB. Cubaan merobohkan bangunan IB telah beberapa kali dibuat, namun ia hanya berhasil pada tanggal 19 November 1991.

ib39

Kembali mengimbas detik awal operasi pada 12 Januari 1991 apabila sebuah bulldozer telah diarahkan untuk merobohkan bangunan IB sekitar jam 5.00 petang. Namun ia digagalkan oleh tindakan dan semangat juang guru dan pelajar yang merebahkan badan dan berbaring dihadapan bulldozer tersebut.

ib57 ib51

Namun begitu, usaha perobohan tidak terhenti setakat disitu apabila, pada Mac 1991, struktur asas tiang bangunan tambahan berjaya dirobohkan dalam masa 15 minit telah diranapkan oleh mereka. Itu belum cukup memuaskan hati mereka apabila operasi ketiga, 19 November 1991, mereka sekali lagi bertindak diluar kewarasan fikirian dengan meranapkan Institut Berakan.

ib44

Kerja-kerja awal perobohan dipercayai dimulakan seawal jam 2.00 pagi dengan pelbagai organisasi lain turut memainkan peranan dengan sekatan jalanraya, penutupan jalan dan pelbagai lagi organisasi yang terlibat dalam memastikan operasi itu berjaya. Amat memilukan apabila hanya tinggal beberapa hari sahaja sessi persekolahan baru akan dimulakan.

ib37 Piket - Bantah usaha roboh Institut berakan(1991)

Tetapi ia bukanlah penamat kepada Institut Berakan. Dengan kerjasama masyarakat dan doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Institut Berakan terus mengorak langkah hingga ke hari ini dalam melahirkan generasi huffaz dan tenaga kerja professional dalam pelbagai bidang.

MTT DARUL IMAN

MTT DARUL IMAN

Himpunan Pendidik Islam 2014

Alhamdulillah… Selesai sudah HIMPUNAN PENDIDIK ISLAM KALI KE-2 yang telah berlangsung di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Kelantan pada 15 November 2014. Ini merupakan kali kedua yang mana kali pertama telah dilangsungkan di Selangor pada 2012.

Antara pengisian program adalah Wacana Perdana oleh bekas Rektor UIAM, Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal bin Hassan yang bertajuk “Beberapa Isu dan Cabaran Umat Islam Masa Kini“. Selain itu, hadirin juga turut diperdengar alunan ayat suci al-quran dari adik Haikal Firdaus Jaafaruddin Al-Hafiz yang baru berusia 9 tahun.

Enam anugerah telah diberikan dalam majlis tersebut iaitu; Anugerah Tokoh Pendidik Muda yang diberi kepada Yusaini Yahya (Kangar), Tokoh Ilmuan Muslimat, Ustazah Mariam Omar (Kubang Kerian), Tokoh Penggerak Pendidik, Noh Ahmad (Perak), Tokoh Pendidik Ummah telah diberi kepada bekas anggota EXCO Kerajaan Negeri iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Tokoh Tok Guru Pondok iaitu Ustaz Wan Mohamad Wan Osman dari Pondok Pasir Tumbuh.

Kemuncak himpunan ini adalah, penganugerahan Tokoh Murabbi Negara kepada Allayarham Ustaz Abu Bakar bin Chik. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yacob kepada balu Allayarham To’ Puan Zaiton binti Salleh.

Dalam program yang sama pada 2012, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diberi Anugerah Tokoh Ulama Nusantara.

Sumber Gambar Tambahan : Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan

Idul Ilmi MTT 2014 [Bah 4] – MELEBARKAN SAYAP….

sisbakti

 

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah swt dengan limpah dan kurnia serta inayahNya, pelajar-pelajar ini diberi peluang untuk melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi didalam dan luar negara. Moga mereka terus tabah dan berjaya menempuh halangan yang berliku dihadapan mereka. Harapan kami di MTT untuk mereka berjaya dan kembali menabur bakti bersama kami di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. Amin…InsyaAllah….

SENARAI LEPASAN PELAJAR MTT YANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

STAM & SPM 2012

  • Thalhah Ubaidillah bin Ab. Rahim (Universiti Mu’tah, Jordan)
  • Ahmad Hamdani bin Mukhtar (Universiti Mu’tah, Jordan)
  • Muhammad Aslam bin Abd Mutalib (Universiti Yarmouk, Jordan)
  • Mohammad Badrul bin Othman (Universiti Iman, Yaman)
  • Ahmad Rabbani bin Abdul Rahim (Universiti Iman, Yaman)
  • Muhammad Ikhmal bin Abdul Manaf (Universiti Iman, Yaman)
  • Ahmad Naim bin Abdul Movin (Universiti Iman, Yaman)
  • Abdul Hakim bin Samiun (Universiti Iman, Yaman)

STAM & SPM 2013

  • Siti Nur Amirah binti Musa (Universiti Al-Bait, Jordan)
  • Nur Farah Wahida binti Amran (Universiti Cadi Ayyad, Morocco)
  • Halimatul Saadiah binti Abdullah (Universiti Darul Zahra, Tarim, Yaman)

SENARAI LEPASAN PELAJAR MTT YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI

SPM 2012

  • Muhammad Syafiq bin Mat Zin (KIPSAS, Pahang)
  • Amirul Aiman bin Yusof (KUIM, Melaka)
  • Muhammad Syarifuddin bin Mohd Nasir (KUIM, Melaka)
  • Ahmad Rifai’e bin Mohammad (TATI, Kemaman)
  • Abdul Halim bin Mat Yani (INSPI, Kemaman)
  • Muhammad Ridhuan bin Rahmat (INSPI, Kemaman)
  • Hisyamuddin bin Zakaria (INSPI, Kemaman)
  • Muhammad Aiman bin Muhammad Asri (INFORANA, Kuala Terengganu)
  • Muhammad Nafis bin Shaikh Azahari (KKTM, Kemaman)
  • Nurul Nazurah bt Mohd Fadli (USIM, Nilai)
  • Tengku Nur Nadiah Liyana bt Tengku Hasim (UniSZA, Kuala Terengganu)
  • Nailah binti Abdul Aziz (KUIS, Selangor)
  • Siti Sakinah bt Zakaria (UNISEL, Selangor)

SPM 2013

  • Muhammad Isyraf bin Wahab (Kolej Matrikulasi Pahang)
  • Siti Solehah binti Shaikh Azahari (UiTM Arau, Perlis)
  • Ahmad Nazirul Ariff bin Mazlan (UiTM Dungun, Terengganu)
  • Muhammad Ashraf Alauddin bin Embong (TATI)
  • Siti Farhah binti Shaikh Mohd Firdaus (Kolej Sime Darby)
  • Nor Akma binti Ismail (KIAS, Kelantan)
  • Siti Hajar binti Abu Hassan (KUIS, Selangor)
  • Meor Muhammad Syahir bin Abdul Latif (KUIS, Selangor)
  • Ayub Asnawi bin Kamaruddin (INSPI, Kemaman)
  • Muhammad Nasrullah bin Mohd Noor (INSPI, Kemaman)
  • Ahmad Najmuddin bin Razali (INSPI, Kemaman)
  • Hanan binti Rosli (INSPI, Kemaman)
  • Nurul Izyani binti Rahmat (KUIM, Melaka)
  • Nazif Al-Qudsi bin Nawi (Politeknik Pahang)
  • Aida Nadhirah binti Zainal (PTPL)

Idul Ilmi MTT 2014 [Bah 3] – PENERIMA ANUGERAH PERCUBAAN PT3 & SPM 2014

IMG_2768

Berikut dilampirkan senarai penerima Anugerah bagi Peperiksaan Percubaan PT3, SPM dan STAM bagi tahun 2014 yang telah berlangsung sebelum cuti persekolahan baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, Moga dapat meneruskan kejayaan didalam peperiksaan sebenar kelak. InsyaAllah…

A) PERCUBAAN PT3 2014

  • Muhammad Aiman bin Mohd Zulkifli
  • Nor Intan Baizura bt Zulkifli
  • Nurul Aisyah binti Mohamad Fadzli
  • Abdurrahman bin Abdul Hadi
  • Khalid Jauhar bin Bani Amin

B) PERCUBAAN SPM 2014

  1. TAHFIZ SAINS
    • Abdurrahman Hafiz bin Zulkepli
    • Nurul Aida Najihah bt Che Alwi
    • Ahmad Thaqaufi bin Awang
    • Abdullah Mubarak bin Fauzi
    • Wan Ahmad Muaz Nurruddin bin Wan Muliyadi
  2. TAHFIZ AKADEMIK
    • Nurusy Syuhada binti Ibrahim
    • Alyaa Adibah binti Zaid
    • Aisyah binti Abdul Rahman
    • Nurul Fakhirah binti Nasruddin
    • Nursaibah binti Nordin

C) PERCUBAAN STAM

  • Hasanah binti Sim
  • Siti Nur Amirah binti Musa
  • Ahmad Furqan Ariffin
  • Siti Khadijah binti Anuar
  • Ahmad Naim bin Abu Bakar.