Khidmat Komuniti Pelajar Imam Terawih

Beberapa tahun kebelakangan ini, warga Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) semakin banyak melibatkan diri dalam program khidmat komuniti. Program-program yang disertai adalah secara sukarela dan juga jemputan dari pihak luar untuk bekerjasama dalam melaksanakan program. Mengambil contoh, pada tahun 2013, warga MTT telah terlibat dalam khidmat komuniti membantu mangsa banjir di Kemaman. Manakala, ketika Kelantan dilanda banjir besar, skuad dari MTT turut bersama-sama membantu di Pondok Sungai Durian yang mengalami kerosakan yang teruk pada ketika itu. Tidak ketinggalan jemputan para asatizah untuk menyampaikan tazkirah dan motivasi kepada anak-anak pelajar.

Pada tahun 2016, MTT sekali lagi mengorak langkah dengan program Khidmat Komuniti Imam Terawih di beberapa buah surau dan masjid di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Selain dijemput sebagai imam Terawih, mereka juga berpeluang menyampaikan tazkirah ringkas Ramadhan sebagai pengisian malam tersebut. Mereka yang terpilih untuk program tersebut adalah :

  1. Mohd Hafiz b A. Bakar (STAM)
  2. Wan Zulkarnain b Wan Daud (STAM)
  3. Che Engku Khairul Ahmad b Che Engku Rozali (STAM)
  4. Abdul Aziz b Othman (5IIA)
  5. Amirul Abrar b Hasbullah (4IA)
  6. Ahmad Husainil Hafiz b Mohd Azam (5IA)
  7. Muhd Harith Fitri b Mohamad (4IK)
  8. Mohd Hibatul Jihadi b Mad Daud (3IN)
  9. Ahmad Zulkhairi b Mohd Safie (3IN)

InsyaAllah, program-program sebegini akan ditambah baik dengan harapan agar ia dapat memberi peluang kepada para pelajar melibatkan diri bersama komuniti. Ia merupakan satu pengalaman berharga kepada mereka selain meningkatkan keyakinan diri dan belajar melalui penglibatan aktiviti-aktiviti bercorak sedemikian.

Advertisements

Program Dapur Rakyat MTT

03 Januari 2015, seawal jam 6.30 pagi, sebahagian besar warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah bersama-sama berkumpul di perkarangan MTT untuk Program Dapur Rakyat MTT untuk membantu membersihkan Pondok Sungai Durian (PSD) dan mengagihkan makanan kepada mereka yang terjejas banjir disana.

10898190_793398537396782_628868716023366410_n

Mereka terdiri daripada para guru, kakitangan, pelajar dan lepasan pelajar MTT sama-sama turun membantu meringankan beban yang ditanggung mereka. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar membantu kami tiba lebih awal dari yang dijangkakan iaitu sekitar jam 11.15 pagi. Sebagai maklumat, PSD telah ditubuhkan pada 4 Jun 1958 bersamaan 10 Safar 1378H oleh al-Marhun Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman.

10888072_759307254137554_933275602_n

 

 

Operasi pembersihan dan pengagihan makanan dilakukan secara bersama dengan warga kerja lain yang turut sama hadir membantu warga di Pondok Sungai Durian. Program Dapur Rakyat MTT mengundur diri sekitar jam 4.00 petang.

10904225_759307080804238_333456270_n

 

InsyaAllah, doa kami di MTT agar PSD akan terus maju disebalik ujian yang melanda. Masih banyak yang perlu dibantu dalam usaha baik pulih bangunan dan persekitaran di PSD Sebarang sumbangan untuk pembangunan semula PSD, boleh rujuk :

10176037_1035168153176485_3848917469555335603_n