Tamrin Guru & Kakitangan di Merantau Inn

Alhamdulillah… selesai sudah program Tamrin Guru & Kakitangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang telah diadakan di Merantau Inn, Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Program sehari yang berlangsung pada 17 September 2015 itu telah melibatkan penyertaan kira-kira 70 orang warga MTT. Sebelum bergerak menuju ke lokasi program dijalankan, peserta tamrin sempat menziarahi almarhumah isteri Ustaz Zahib Mohd Zain yang meninggal dunia kira-kira jam 8.00 malam, 16 September 2015. Peserta muslimin juga sempat untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah allayarham di Masjid Kampung Banggol Donas.

10534077_10152507257419178_3066111782824803434_n

Perjalanan bermula kira-kira jam 10.30 pagi ke Kuala Abang yang melibatkan 4 buah kenderaan (Bas, Van, Innova, Serena) ke lokasi yang dirahsiakan daripada pengetahuan peserta. Sebaik sahaja tiba di Merantau Inn pada jam 12.07 tengahari, peserta diberi peluang untuk untuk berehat seketika sambil menikmati hidangan ringan sebelum terus ke acara tamrin.

20150920171144

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada mudir, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal penerangan ringkas mengenai program yang bertemakan To Complete, Not To Compete. Ia sebagai langkah memperkasa setiap jabatan di MTT untuk lebih berdaya saing dan meningkatkan kualiti sessi pengajaran dan pembelajaran di MTT itu sendiri. Tamrin pada kali ini juga turut menampilkan keistimewaan tersendiri dengan lagu rasmi tamrin yang disampaikan oleh saudara Mohamad Ajmain bin Ali bersama-sama peserta tamrin yang lain.

Merantau INN Kuasla Abang Dungun 110712 (5)

Program dibahagikan kepada tiga slot utama iaitu sessi diskusi bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa. Sessi ini dilangsungkan sebelum solat Zohor. Manakala slot selepas solat Zohor pula adalah bersama Jabatan Tahfiz oleh Ustazah Norfaizan Nordin dan Jabatan Akademik bersama Cikgu Nor Effendi Mahyiddin. Turut diselitkan adalah slot bersama Cikgu Siti Nadzirah Mohd Aziz yang berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh semua guru dan kakitangan MTT.

20150919230618

Ternyata, banyak input yang telah diperolehi hasil diskusi yang telah dibuat. Pelbagai cadangan dan saranan telah diutarakan dalam program sehari itu bagi memastikan impian melahirkan pelajar yang cemerlang dan sejajar dengan misi dan visi yang diterapkan oleh MTT. Menjelang acara penutup, Cikgu Saliza Ismail dan Ustazah Hafizah Jaya telah dijemput untuk melantunkan sebuah puisi bertemakan guru dan pelajar. Program berakhir kira-kira jam 5.45 petang dengan ucapan dari Cikgu Safinah Jusoh selaku Pengerusi Eksekutif MTT. Selepas minum petang, peserta berangkat untuk menunaikan solat Asar di Masjid Kuala Abang. Sebelum tiba ke Kuala Nerus, mereka singgah untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Rusila dan tiba di perkarangan MTT kira-kira jam 8.25 malam.

Advertisements

Perhimpunan & Pelancaran Program

Seperti yang dirancangkan pada tahun 2014, setiap hari Selasa, minggu ketiga setiap bulan akan diadakan perhimpunan kokurikulum di Padang MTT.  Pada 20 Januari 2015 yang lalu, perhimpunan kokurikulum pertama telah diadakan.

10906033_581440081991756_6463050056416217189_n

Dalam program tersebut, Ustaz Zahib bin Mohd Zain telah diberi mandat untuk pemeriksaan perbarisan Unit Amal dan Nisa’ MTT sambil diiringi Ustaz Muzaihar Kamal dan Ustaz Shaiful Ambia di padang MTT.

10377255_581440215325076_405776927963722022_n

Dalam perhimpunan tersebut juga telah diadakan pelancaran beberapa program iaitu program Jabatan Fisabilillah, Pelancaran Tabung Di Premis Perniagaan Fasa II, Kempen Makanan Sunnah dari Jabatan Tahfiz dan juga Pelancaran Kokurikulum MTT 2015.

10896935_581440325325065_2067983592379247160_n

10943866_581440645325033_6733722582264570989_n

Untuk makluman, Program Tabung di Premis Perniagaan Fasa I telah dimulakan pada tahun 2014 dengan tumpuan sasaran adalah premis perniagaan di sekitar Kuala Terengganu dan premis perniagaan milik penjaga pelajar MTT.  Alhamdulillah, respon yang diterima dari pemilik premis dan pelanggan sangat baik. Diharapkan, dengan penambahan tabung bagi Fasa II ini diharap dapat membantu meningkatkan dana yang diperlukan untuk program pembangunan dan kebajikan di MTT. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah binti Jusoh.


10413352_581440541991710_1894761432223982646_n (1)

10411205_581441138658317_636393870771355771_n