SISTEM PENGAJIAN
SISTEM PENGAJIAN MA’AHAD TAHFIZ WALTARBIYYAH (MTT) DARUL IMAN
(Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas)
1. Tahfiz I’dadi
- Tahfiz Sepenuh Masa
- Pelajar Berusia 12 Tahun
- Menyambung pengajian ke Tingkatan 1
2. Tahfiz Akademik
- Bermula usia 13 Tahun dan keatas
- Hafazan 30 juzuk serta akademik dan Pra STAM
- Peperiksaan dan Pentaksiran Berkaitan + Pra STAM & SPM + Pra STAM
- Aliran Tingkatan 4 :
- 1. Tahfiz Sains Tulen
- 2. Tahfiz Perakaunan
- 3. Tahfiz Pengajian Islam
- Program TVET Dengan Kerjasama Kolej Komuniti (Tingkatan 4)
3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Pelajar berusia 18 Tahun – 24 Tahun
- Tidak bekerja dan belum berkeluarga.
- Tempoh pengajian selama 1 Tahun
- Berpeluang melanjutkan pengajian didalam dan luar negara seperti di Timur Tengah
Ko-Kurikulum
- Khidmat Masyarakat
- Sukan & Rekreasi
- Latihan Kepimpinan (Imamah & Khitobah)
- Khemah Ibadat (Latihan Fardhu Ain & Ibadat)
- Khemah Kemahiran Hidup (Latihan Pendedahan)
- Persatuan & Badan Beruniform
- Usrah & Tamrin
- Dan lain-lain
Assalamualaikum sekali lagi……..masuk lewat sikit boleh Tak?
Wslm wbt… Kemasukan selepas sesi temuduga rasmi adalah tertakluk kepada kekosongan semasa kelas yang terlibat.
assalamualaikum… anak sy ingin memasuki pusat pengajian di tempat ini…masih ada kekosongan? anak sya berumur 12 tahun bersekolah di SK tahun 2022..
Wslm… boleh rujuk : http://emohon.mttdaruliman.edu.my untuk permohonan (senarai menunggu)
Assalamualaikum…..nak Tanya yuran dikenakan berapa ringgit?Dan Ada barang2 yang kena beli sendiri Tak?
Assalamualaikum.. Boleh tk yng lpasan tahfiz untuk msuk ke sini bgi peperiksaan spm.. Umur 17
Wslm wbt…
Terima kasih atas minat yang ditunjukkan, Ya, dengan beberapa pra syarat seperti pernah menduduki subjek Bahasa Arab Tinggi dan lulus temuduga. Sentiasa rujuk laman web kami di http://mttdaruliman.edu.my atau sertai group TELEGRAM/WHATSAPP kami seperti dibawah :
TELEGRAM : @mttdaruliman
WHATSAPP : https://chat.whatsapp.com/DBJY9P1ix2DLh6en3GPLQ5
Assalamualaikum… Kelayakan memohon dan syarat..
Anak berusia 15tahun 2018.
Wassap 0195797155
Wslm…
Pertamanya mohon maaf kerana lambat memberi maklum balas atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Secara asasnya, kemasukan ke Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) adalah melalui proses temuduga. Temuduga meliputi aspek bacaan al-Quran, akademik, sahsiah diri dan beberapa item lain yang berkaitan.
Bagi kemasukan ke Tingkatan 4, aliran ditawarkan termasuklah Tahfiz Pengajian Islam, Tahfiz Perakaunan, Tahfiz Sains Tulen dan Tahfiz Wa Ulumul Qiraat. Semua pemohon perlu mempunyai Bahasa Arab.
Kemasukan selain usia 11 tahun, tingkatan 1 dan tingkatan 6 (STAM) adalah tertakluk kepada kekosongan kuota semasa.
Assalam, ade tak kemasukkan bg pelajar lepasan tahfiz yg berumur 18 untuk menduduki spm?
Wslm… boleh rujuk iklan yang kami lampirkan :
Untuk makluman, kemasukan ke MTT adalah melalui proses temuduga. Namun, buat masa ini, sessi temuduga & pengambilan ditutup untuk memberi tumpuan kepada kemasukan bagi sessi 2017.
Terima Kasih.🙂
Sy pelajar lepasan spm..bila tarikh daftar nak masuk ke sini bagi STAM 2016?
Wslm… Asasnya, kemasukan STAM ke MTT adalah melalui proses temuduga. Namun, buat masa ini, tarikh temuduga khusus untuk STAM belum dibuka, jadi, tuan boleh tinggalkan NAMA & NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI ke :
mtt_trg@yahoo.com
011-2554 7398 (SMS/WhatsApp)
Kami akan hubungi untuk hebahan mengenai tarikh temuduga yang akan dijalankan. InsyaAllah.
Rujuk Email untuk iklan pengambilan STAM2016
Assalamualaikum . .ank sy br mendapat keputusan pt3..berminat utk masuk ke pusat tahfiz ni..masih ada kekosongan ke.?
Wslm… Terima kasih atas minat yang ditunjukkan, namun, buat masa ini, tarikh untuk sessi temuduga yang dijalankan telah pun berakhir. Justeru, permohonan ditutup buat masa ini. Terima Kasih. 🙂
Assalamulaikum Anak saya dalam tahun 3 ..saya sangat berminat untuk menghantar anak belajar tahfizh apakah persedian yang perlu saya buat supaya dia boleh belajar tahfiz
Wslm wbt…
Alhamdulillah atas minat yang ditunjukkan, berikan semangat dan didikan dalam mendalami ilmu al-Quran. InsyaAllah, pengambilan pelajar di MTT adalah seawal usia 11 tahun. Namun begitu, puan boleh mendaftar untuk KEM TAHFIZ ANAK SOLEH 2015 yang akan diadakan pada cuti hujung tahun ini. Tarikh spesifik akan dimaklumkan kemudian. Semoga dipermudahkan urusan semua nya.
Terima Kasih.
Assalamualaikum… ana pelajar lepasan spm..
Adakah Permohonan kemasukan ke stam masih dibuka??
Wslm. Ya. tarikh tutup adalah pada 31 Januari 2015. Terus hubungi pejabat MTT untuk maklumat lanjut.
09-6670102
Asalammualaikum.. Boleh saya bertanya, Pemohonan STAM perlukan sijil SPM ke?
Wslm. Mohon maaf atas kelewatan maklumbalas atas faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Permohonan STAM bagi pelajar yang tidak mempunyai SPM boleh dibuat dengan pra syarat umum :
Lulus Temuduga
Berusia 19 – 22 Tahun
Pernah Mengikuti Aliran Pengajian Bahasa Arab.
Terus ikuti tarikh temuduga melalui laman web rasmi di : http://mttdaruliman.edu.my atau TELEGRAM/WHATSAPP kami seperti berikut :
TELEGRAM : @mttdaruliman
WHATSAPP : https://chat.whatsapp.com/DBJY9P1ix2DLh6en3GPLQ5
Assalamualaikum..
saya pelajar lepasan PT3..
saya berminat nak sambung sains tulen agama..
bolehkah saya masuk ke MTT Darul Iman ??
Wslm… untuk makluman, semua permohonan ke MTT perlu melalui proses temuduga. Namun, dukacita dimaklumkan, tarikh-tarikh temuduga telah tamat. Disamping itu, kuota bagi tingkatan 4 juga telah mencapai kuota yang ditetapkan. 😥
Assalamualaikum, Saya berusia 13 tahun pada 2015. Dan saya Ingin memasuki Pusat pengajian ini atas minat yang mendalam. Masih berpeluang lagikah saya?
Wslm… saya sudah memberi maklumbalas menerusi email
assalam..anak sy ingin memasuki pusat pengajian di tempat ini…boleh tak anak sy memohon dengan result exam upsr 3A2B..t.kasih
Wslm… InsyaAllah.
Tuan/Puan boleh membawa anak untuk sessi temuduga pada ketetapan berikut :
Tarikh : 6-9 Disember 2014
Masa : 8.30 Pagi – 2.30 Petang.
Boleh rujuk iklan di :
https://mttdaruliman.wordpress.com/iklan-mtt/
Assalamualaikum, sy murid tingkatan dua smk st.thomas kuantan, pada thun 2015 sy akan berpindah ke terengganu, dan insyallah pda 2016 sy nk melanjutkan pelajaran ke maahad tahfiz ini, soalan sy, apakah kelayakkan nk msuk thfiz ni?
Wslm wbt.. maaf lambat balas.
Pertamanya, terima kasih atas minat yang ditunjukkan. Secara ringkas, kemasukan ke MTT adalah melalui proses temuduga. Temuduga ini kebiasaannya akan dilakukan pada suku akhir tahun antara OKT, NOV, DIS.
Antara yang diuji adalah mengaji al-quran, pengetahuan asas, personaliti diri dan lain2 bergantung kpd kemasukan ke mana2 tingkatan.
Kelulusan akademik juga turut diambil kira.
Salam Tuan,
Anak saya berumur 8 tahun, sedang bersekolah rendah agama di sini (Kedah). Dia sgt2 berminat untuk ke sekolah Tahfiz (hampir setiap hari meminta saya mendaftarkannya ke sekolah tahifz).
Soalan saya, bolehkan anak diusia beliau mendapatkan pengajian di MTT?
Atau, saya kena tunggu sehingga beliau berusia 11 tahun?
Wslm… Terima kasih dan syukur atas minat yang ditunjukkan. Di MTT, pengambilan bermula dari usia 11 tahun. Ini kerana fokus kami kepada Tahfiz dan Akademik, bukan pada tahfiz sahaja.
InsyaAllah, bila tiba masanya, kami alu-alukan kehadiran warga pencinta ilmu.
assalamualaikum..
saya ingin bertanya sekiranya anak saya ingin menyambung pelajaran di MTT Darul Iman. saya sedang mencari pusat tahfiz yang ada aliran akademik dan saya harap di MTT Darul Iman adalah tempatnya. bagaimana caranya. saya mohon penjelasan.
Anak saya berusia 16 tahun dan sekrang bersekolah di sekolah menengah kerajaan di tingkatan 4. sebelum ini anak saya bersekolah di sekolah menengah agama dari ting. 1 hingga 3.
Wslm wbt…
Pertama-tamanya, terima kasih atas minat yang ditunjukkan oleh puan. Untuk makluman, kemasukan pelajar bagi tahun 2014 telah ditutup. MTT merupakan sebuah pusat pengajian yang menggabungkan Tahfiz & Akademik bermula dari pelajar berusia 11 tahun hingga ke tingkatan 6 (STAM). Bagi tingkatan 4, MTT ada menawarkan 3 aliran iaitu :
i. tahfiz sains
ii. tahfiz perakaunan
iii. tahfiz pengajian islam.
Kemasukan ke MTT adalah melalui sessi temuduga. Bagi kemasukan tahun 2015, beberapa siri temuduga akan diaturkan antara bulan Oktober, November dan Disember. InsyaAllah. Kami akan war-warkan menerusi media akhbar dan juga media sosial :
http://mttdaruliman.edu.my
https://mttdaruliman.wordpress.com
http://facebook.com/maahad.tahfiz.9
Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda.
assalamualaikum…saya ingin bertanya..adakah pendaftaran untuk stam masih lagi dibuka?
Wslm… bole cuba berhubung dengan Ustaz Hasmizie di talian 019-9160471.
assalammualaikum , buleh tany kemasukan di sekolah nie terhad ka ? , ataupun tidak ??
Wslm…
Maaf, agak kurang jelas dengan maksud “terhad” disitu.
Pelajar yang ingin mendaftar masuk ke MTT perlu melalui sessi temuduga yang ditetapkan. Kuota pengambilan juga adalah terhad untuk tidak menjadikan suasana kelas agak padat sekaligus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin tuan/puan boleh buat pertanyaan lebih jelas menerusi email ke mtt_trg@yahoo.com atau hubungi 09-6670102 pada hari Ahad – Khamis.
aslkm.untuk sambung pengajian lepasan SPM ada tak?
Wslm… untuk menyambung pengajian lepasan SPM, boleh mendaftar untuk STAM2014. Kelas telah pun bermula sejak Januari lalu, insyaAllah boleh mendaftar. Rujuk Link Iklan dibawah :
saya plajar thfiz dan ingin ambil spm di MTT..ada temuduga x??
Sila hadir pada tarikh yang ditetapkan seperti dilampirkan didalam iklan :
cara untuk memohon kemasukan tahun 2014
Boleh hadir pada temuduga pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut :
18-21 November 2013
23 & 24 November 2013
7-11 Disember 2013
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
Pejabat : 09-6670102
Email : mtt_trg@yahoo.com
Dh trlrps trikh temuduga..
Saya brmnt untuk mgmbil bdg agama..
Skrg ni sy jga mghfl, tpi tk la igt mna,, klau tebuk psti brlubg..sy ign mmntpkn hfln.. Tringin msuk sklh mcm ni… Slain MTT ada lg tmpt yg mnwrkn bdg spt ini….
InsyaAllah… berlum terlepas temuduga… Dilampirkan tarikh temuduga seterusnya seperti berikut :
22-26 November 2014
6-9 Disember 2014
Masa temuduga ~ 8.30AM – 2.30PM.
InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan hambaNya yang bersungguh-sungguh. Mungkin dengan susunan jadual yang teratur, anda boleh memperbaiki kualiti hafazan. 🙂
Pingback: Pengambilan Pelajar STAM 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman