TAZKIRAH

TAZKIRAH 2015 : DISINI

Perkongsian 2 November 2014.

Tips menghadapi Peperiksaan :

1. Sempurnakan solat taubat, hajat & istikharah agar hati murni & mudah jwb exam dgn cemerlang.
2. Doakan ibubapa, guru2 & kwn2 agar cemerlang dlm exam.
3. Pagar diri dgn fatehah & 3 Qul & tidur mengiring kekanan agar nyenyak tidur & terangsang minda.
4. Bangun tidur dgn senyuman, angkat tgn berdoa agar tenang & cemerlang dlm menjalani pepriksaan.
5. Sarapan pagi dgn sempurna agar cukup tenaga utk hadapi peperiksaan.
6. Bersalaman dgn ibubapa, mohon restu & melangkah keluar rumah dgn KAKI KIRI DULU & berdoa.
7. Sepanjang perjalanan ke sekolah, berterusan berzikir (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar) & membaca doa: Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi tammim bil khoir.
8. Masuk dewan pep dgn Basmallah & selawat & melangkah masuk dgn kaki KANAN DULU.
9. SENYUM & baca doa2 penerang hati termasuk surah Al Insyirah.
10. Bila terlupa atau “black out”, baca selawat byk2.
11. Jawab sebaik mungkin & bertawakkal kpd Allah.
Moga di rahmati Allah & cemerlang dlm exam. Aamiin.

:: USAHA :: DOA :: TAWAKKAL ::

Perkongsian 30 Oktober 2014.

Kisah 1 (Tahun 1977)
Kerana kesempitan hidup, saya hampir berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran tahunan yang berjumlah RM7.00. Namun, jasa baik seorang guru disitu telah membayar yuran pengajiannya dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Guru tersebut juga telah memberi bantuan alatan-alatan persekolahan. Alhamdulillah, kini saya telah menjadi seorang pendidik di sebuah IPT di negara kita.

Kisah 2 (Tahun 1994)
Saya telah menerima panggilan daripada seseorang yang bertanya “adakah saya berminat untuk menjadi guru”. Dan selepas saya memaklumkan berminat, beliau telah menghantar borang-borang maktab dan maklumat berkaitan. Alhamdulillah… Kini saya menjadi seorang guru di sebuah sekolah. Namun, hingga kini saya tidak mengetahui insan tersebut.

Perkongsian 19 Oktober 2014

Perkongsian 14 Oktober 2014

Perkongsian 12 Oktober 2014


Perkongsian 02 Oktober 2014

Perkongsian 24 September 2014

Perkongsian 17 September 2014

Perkongsian 20 Ogos 2014

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui,

Ya Allah, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..

Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..

Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian, berita dan pengalaman yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun

Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami, wujudkanlah harapan kami. Amin…

Perkongsian 14 Ogos 2014

Ya Allah Tuhan Seru Sekalian Alam..

Tiada henti mengucap syukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barkah yang telah Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah Ya Jaliilu,Tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yg Engkau halangi.

Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.

Ya Allah Ya Ghofur,Ampunilah kami, kasihanilah kami, luaskanlah kami dan angkatlah derajat kami, limpahkanlah rezeki kepada kami.Berilah kami petunjuk dan kesihatan, berilah keampunan kepada kami.
Ya Allah,

Hanya kepada-Mu kami berpasrah diri

Perkongsian 4 Ogos 2014

Hari ini….
Pabila tubuh badan terasa melekit dan berdaki…
Kita akan pergi mandi…
Dimana-mana yang disukai..
Dibilik air atau dikali…
Memakai pakaian yang digemari…
Memakai bau-bauan yang wangi….

Ingatlah…Tidak lama lagi…
Entahkan esok atau sebentar lagi…
Semua itu tidak lagi kita miliki…
Sekujur tubuh kaku terbaring sepi….
Disirami air dan haruman wangi…
Kafan putih pula menyelimuti diri…
Tiba masa untuk bersemadi…
Menghadap Ilahi….

Perkongsian 17 Julai 2014

Ujian, Pensyarah & Pelajar

Ujian mid-term bakal menjelang tiba…
Seperti biasa, pelajar pun bertanya kepada pensyarah: “Encik, ada tips untuk soalan ujian tak?”
Pensyarah: “Ada, baca 10 muka surat terakhir nota yang saya bagi.”
Kurang puas hati dengan jawapan pensyarah, pelajar terus bertanya: “Boleh Encik spesifik sikit lagi tak?”
Pensyarah: “Bacalah 10 muka surat terakhir dan tumpukan pada muka surat yang bernombor ganjil. Kalau lulus ujian ini, saya akan bagi markah bonus 10 markah.”
Berbekalkan jawapan yang diberi, pelajar pun balik dan membuat persiapan ujian masing-masing. Pelajar A tidak ambil kisah, sama ada ada tips ataupun tidak, dia tetap tidak membuat persiapan. Pelajar B terus fokus 5 muka surat yang bernombor ganjil sahaja. Pelajar C betul-betul membuat persiapan dengan membaca kesemua 10 muka surat terakhir.
Pelajar A, B dan C, mana satukah kita?
Ramai antara kita yang seronok dapat tips dari pensyarah. Kita memang percaya 100% kepada tips itu dan akan membuat persiapan bersungguh-sungguh semata-mata untuk mendapat Gred A.
Sesunggunya, tips yang terang benderang telahpun diberi oleh Nabi Muhammad s.a.w:
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil. (Riwayat Muslim)
Sesunggunya, ia bukan hanya markah bonus 10 markah. Allah berfirman: “Malam kemuliaan ini lebih baik dari seribu bulan” (Terjemahan surah Al Qadr 97:3)
Berbekalkan Al-Quran & hadith yang sama, respon kita pun berbeza-beza. Hamba A terus buat tak tahu. Hamba B fokuskan ibadah pada 10 malam-malam yang ganjil sahaja manakala Hamba C memanfaatkan 10 malam terakhir dengan beribadah bersungguh-sungguh.
Hamba A, B dan C, mana satukah kita?
Apakah usaha kita untuk mendapat Gred A di dunia? Dan apakah pula usaha kita untuk mendapat Gred A di akhirat?
Selamat Memburu Malam Lailatul Qadar!


Kami mohon keberkatan, kerahmatan, keredhaan dan keampunan-Mu ya Allah.
p/s: jangan henti untuk sampaikan sesuatu yang baik dik kerana kita masih belum baik. Moga-moga kita dapat menjadi baik dengan menyampaikan sesuatu yang baik. InsyaAllah.

Perkongsian 12 Julai 2014

Sabda Rasulullah S.A.W.;

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرَبِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Ertinya: “Sesiapa yang melepaskan seseorang mukmin dari kesusahan dunia yang menimpanya, Allah akan melepaskannya dari kesusahan di hari kiamat.”

Perkongsian 7 Julai 2014

Perkongsian 26 Jun 2014

Puasa Minda adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dibulan Ramadhan. Seawal jam 1 tengahari sudah berimaginasi juadah berbuka pada petangnya. Tidak terkecuali berimaginasi perkara melalaikan hingga lupa tanggungjawab kita.

INGAT! PUASA BUKAN SETAKAT MENAHAN DIRI DARIPADA MAKAN & MINUM DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PASA DARI TERBIT FAJAR HINGGA TERBENAM MATAHARI!

MARILAH BERAKHLAK ISLAM; JANGAN SANGKA BURUK, JANGAN MENGINTIP & JANGAN MENGUMPAT

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim.” (Surah al-Hujuraat ayat 12).

A. MUQADDIMAH

Orang yang sebenar-benar beriman mempunyai akhlak yang sangat mulia lagi terpuji. Antara akhlak terpuji ialah tidak berburuk sangka dan mencurigai seseorang, jangan mengintai dan mencari kesalahan dan keburukan seseorang dan jangan mengumpat seseorang.

B. PRASANGKA BURUK ADALAH HARAM

1. Sangkaan buruk adalah kecurigaan dan tohmahan yang terdetik di hati terhadap seseorang pada bukan tempatnya tanpa sebarang bukti dan petanda yang jelas.

2. Menurut Umar bin al-Khattab; janganlah kamu bersangka buruk dengan satu ungkapan yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu masih menemui ruang untuk bersangka baik.

3. Sangkaan adalah sebohong-bohong bicara. Ia ditegaskan oleh Nabi saw dalam Hadis Sahih Muslim yang bermaksud: “jauhilah sangkaan kerana sangkaan itu adalah sebohong-bohong percakapan“. Hal ini kerana sangkaan adalah satu tohmahan dan tuduhan yang berkeberangkalian betul dan salah.

4. Sekiranya sangkaan itu adalah salah dan tidak menepati realiti sebenar maka ia menjadi satu pembohongan.

5. Apabila sangkaan tersebut tersebar dalam masyarakat ia menjadi satu pembohongan dan fitnah yang merosakkan reputasi orang yang disangka. </P

6. Sekiranya sangkaan itu adalah benar dan menepati realiti ia tetap menjadisatu pembohongan kerana di saat sangkaan itu berlaku dan terdetik di hati atau dilafazkan dengan lidah ia masih lagi berstatus tohmahan dan agak-agakkan tanpa bukti. Seorang mukmin hanya berbicara sesuatu yang pasti dan terbukti benar bukannya sesuatu yang belum dapat dipastikan kebenarannya.

7. Banyak orang suka menyebarkan berita yang tidak pasti dan hanya bersifat sangkaan. Sebagai contoh seseorang mungkin berbicara: “Saya dengar si fulan makan harta haram“. Jika ungkapan itu dibicarakan di hadapan seseorang dengan tujuan menjadi bahan perbualan maka hukumnya adalah haram. Dia telah menyebarkan satu berita yang belum pasti tetapi berpotensi merosakkan reputasi dan nama baik seseorang.

 

C. SANGKAAN MENDORONG KEPADA MENGINTAI KESALAHAN

1. Sangkaan terhadap seseorang akan mendorong seseorang untuk mengintai-ngintai dan mencari-cari kesalahannya.

2. Setiap mukmin diajar untuk menilai seseorang pada zahir penampilannya. Adapun hakikat sebenar dirinya di luar pandangan mata manusia atau dosa-dosa tersembunyi dirinya dengan Allah perlulah diserahkan kepada Allah. Bukanlah akhlak Islam mencari dan mengintai kesalahan mereka yang tersembunyi.

3. Malah apabila dosa tersembunyi itu sampai ke pengetahuan seseorang maka menjadi kewajipannya untuk menegur dan menasihati seterusnya menyembunyikannya dari pengetahuan manusia lain dan tidak menyebarkannya tanpa sebarang sebab .

Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih yang bermaksud : “Sesiapa yang menutup aib seorang mukmin maka Allah tutup aibnya di hari Qiamat.

 

D. JANGAN MENGUMPAT

1. Manusia tidak sempurna. Setiap orang mempunyai kelemahan dan keburukan diri yang berbeza. Setiap orang tidak suka kelemahan dirinya menjadi bahan bicara orang lain.

2. Menjadi kewajipan setiap muslim untuk menasihati saudaranya muslim yang melakukan kesalahan dan menutup keburukan serta keaiban dirinya. Sesiapa yang menutup aib saudaranya pasti Allah tutup pula keaiban dan keburukan dirinya sebagaimana sabit dalam banyak hadis Nabi saw.

3. Keburukan diri seseorang sekiranya diketahui tidak sewajarnya disebarkan dan dijadikan bahan perbualan. Itulah umpatan yang diharamkan. Kewajipan saudara muslim terhadap saudaranya ialah menasihati bukan menyebarkan keburukan seseorang.

 

4. Untuk sekadar menjadi bahan perbualan sama ada di kedai kopi atau terkini di aplikasi whatsApp maka ia adalah haram dan membawa kepada umpatan yang diharamkan.

5. Kerana itu Allah berfirman lagi yang memberi maksud: “Dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain“.

6. Mengumpat adalah haram dengan dalil ayat ini dan banyak lagi hadis-hadis yang Sahih. Mazhab Maliki mengkategorikannya sebagai dosa besar manakala mazhab Syafie menilainya sebagai dosa kecil.
Mengumpat ialah “kamu menyebut berkaitan saudaramu tentang sesuatu yang tidak disukai oleh dirinya

7. Menurut Ibnu Asyur mengumpat adalah haram kerana ia mengandungi kerosakan lemahnya persaudaraan Islam. Boleh jadi umpatan itu sampai kepada orang yang diumpat lalu terbentuk dalam dirinya rasa permusuhan terhadap orang yang mengumpatnya maka rapuhlah binaan persaudaraan. Juga kerana mengumpat itu bererti menyibukkan diri dengan hal ehwal manusia lain yang melekakan dirinya daripada melakukan perkara-perkara penting dan melekakan dirinya daripada meninggalkan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan dirinya.

 

8. Saudaramu tentu tidak menyukai keburukan dan kelemahan dirinya menjadi perbualan orang lain. Dia mungkin seorang yang kasar dan mudah marah. Namun tentu sahaja dia tidak suka akhlak buruknya itu menjadi bahan perbualan. Maka kewajipan kita sebagai saudara muslim ialah menasihatinya untuk meninggalkan akhlak buruknya dan tidak menjadikannya bahan perbualan.

9. Ada yang berhujah: “saya tidak mengumpat kerana memang sebetulnya dia berakhlak buruk“. Inilah salah faham. Kerana dia sememangnya berakhlak buruk maka haram kita berbicara tentang dirinya sebagai bahan perbualan tetapi wajib atas kita menasihatinya. Sekiranya sebaliknya dia tidak berakhlak buruk sepertimana diperkatakan maka ia tidak dipanggil umpatan tetapi dipanggil berbohong dan mereka-reka cerita. Berbohong dan mereka cipta cerita yang buruk dan tidak sebenar adalah satu lagi dosa dan akhlak yang terburuk.

10. Namun, Islam memberi kelonggaran, sekiranya bicara tentang kesalahan seseorang yang dilakukan secara terang-terangan adalah dengan tujuan untuk memperingatkan orang Islam agar berhati-hati apatah lagi jika melibatkan maslahah umat Islam maka ia dibenarkan dengan syarat tidak dalam bentuk merendah-rendahkan atau menghina si fulan tersebut.

E. PENUTUP

Inilah keindahan akhlak Islam. Sekiranya ia menjadi hiasan anggota sesebuah masyarakat akan harmonilah kehidupan bermasyarakat. Sudah tentu rahmat Allah akan turun kepada mereka.

Tazkirah 19 Mei 2014

After Today Ends,..
Even If There’s No Tomorrow…
There’s Still Yesterday….

“Masih adakah “esok” (sesaat selepas ini) untuk kita?… Hargailah denting waktu ini yang dikurniakan dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Jadikan apa yang telah terjadi semalam (detik sebelumnya) kenangan dan titik tanda untuk sentiasa berubah menjadi lebih baik”.

Tazkirah 18 Mei 2014

10 ciri kepimpinan ideal menurut Imam As-Syahid Hassan Al-Banna :
– Mencari Keredhaan Allah
– Ibadat yang kuat
– Berakhlak baik
– Berjihad melawan nafsu
– Berfikiran intelektual
– Sihat & Kuat mental & fizikal
– Memberi manfaat kepada orang lain
– Mampu berdikari
– Menjaga & Menepati waktu
– Hidup yang tersusun dan teratur

Tazkirah 16 Mei 2014

1) Mu’alim bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal dan nilai-nilai murni.

2) Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental murid.

3) Mudarris adalah pengajar yang berperanan memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan fahami.

4) Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu memupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu?addib menyiapkan mu’addab, kerana guru bukan sahaja perlu mengajar adab tetapi mesti beradab.

5) Mursyid bermaksud seseorang yang memberi tunjuk ajar dalam bidang kerohanian. Bertanggungjawab membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah SWT dengan ikhlas.

Tazkirah 14 Mei 2014

 

Tiada yang kekal abadi..
Semua perkara berubah bila berlalunya waktu..
Individu berubah. .
Suasana berubah. .
Perasaan berubah.

Ya Allah, Kami Berlindung Denganmu Daripada Ditimpa Kematian Yang Mengejut Dalam Keadaan Lalai Mengingatimu

Tazkirah 8 Mei 2014 : Siapakah Orang Yang Bijak??

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi Muhammad SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”

Huraian :

  1. Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.
  2. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.
  3. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.
  4. Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.

Tazkirah 4 Mei 2014 : Membalas Celaan Seseorang

Rasulullah S.A.W bersabda, “Dan apabila ada seseorang memaki dan mencela kamu dengan apa yang ia ketahui tentang dirimu, maka janganlah kamu mencelanya dengan apa yang kamu ketahui tentang dirinya. Kerana sesungguhnya, akibat dari caci maki itu akan kembali padanya.

[HR : Abu Daud dan At-Tirmizi]

Renungan 28 April 2014 :

Kadangkala, kita sukar untuk meminta izin keluar dari sesuatu perjumpaan untuk menunaikan solat walaupun waktu solat hampir habis. Tapi kita mampu meminta izin untuk keluar ke bilik air.

Kita juga disaran untuk bersangka baik, InsyaAllah, mereka keluar ke tandas dan terus menunaikan solat.

Tazkirah 21 April 2014

“In every crisis, there is opportunity”. Allah tidak menghantar ujian (crisis) kepada hambaNya tanpa sebab. Pasti ada sesuatu peluang dan hikmah (opportunity) yang perlu dirungkai. Lapangkan hati, tenangkan fikiran dan mohon pertolongan dariNya.

 

Tazkirah 17 April 2014

Dia meminta duit derma daripada anda tetapi badannya sihat sambil dipimpin seseorang sambil menadah tangan.

Anda sedekah atau tidak kepadanya? Kalau anda beri duit kepadanya sama ada ikhlas atau pun sebab malu pada orang di sekeliling yang melihat anda? Selepas anda menderma apakah perasaan anda? Seronok atau berasa rugi?

Kalau berasa menyesal itu memang kedekut jawabnya. Alhamdulillah orang kita suka menderma, suka membantu dan menolong, mungkin kerana roh iman dan Islam yang menyala di dalam hati dan sanubari.

Tazkirah 16 April 2014 :
Ramadhan sudah semakin hampir. Moga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu bulan Ramadhan pada kali ini. Namun sebelum itu, sudahkah kita mengingatkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan tentang qada’ puasa yang lalu? Sudah berganti atau belum? Sekiranya sehingga melepasi bulan puasa tahun ini sudah melebihi setahun maka wajib qada’ puasa dan membayar fidyah.

Begitu juga kepada mereka yang telah ‘merosakkan’ ibadat puasanya sudah tentu dikenakan ‘kaffarah’ sebagai denda di atas kerosakan tersebut. Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan berpuasa dengan syarat-syarat tertentu.

Tazkirah 15 April 2014 :

Tazkirah 14 April 2014 :

You did not come to this life with your own will.
Also you will not leave this world with your own will.
Then why live this life according to your own will ?
A muslim is he who submits himself to the will of Allah !!

Kamu tidak datang ke dunia ini dengan kehendak kamu sendiri….
Dan, kamu tidak akan meninggalkan dunia ini dengan kehendak kamu sendiri…
Justeru, mengapa hidup.di dunia ini berlandaskan kepada kehendak kamu sendiri?
Seorang muslim adalah siapa yang berserah diri kepada kehendak Allah !!

Tazkirah 13 April 2014 :

Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan. Suburkanlah ia dengan siraman zikrullah. Pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman. Usah biarkan ianya layu dengan racun dunia. Pagarilah ianya dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu serta mendidik jiwa.

Tazkirah 10 April 2014 :

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Denga
n bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

 Terima Kasih kepada penulis asal Tazkirah yang dikongsikan menerusi WhatsApp. Doakan beliau terus memberi peringatan dan tazkirah untuk kebaikan bersama.