HUBUNGI KAMI
MA’AHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN
KM 14, JALAN KELANTAN, KAMPUNG TOK JIRING
21060 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Telefon. : 096670102 / 096670103 Faks : 096674708
Email : mtt_trg@yahoo.com
Laman Web : http://mttdaruliman.edu.my/hubungi.php
Blog : https://mttdaruliman.wordpress.com
Facebook : https://facebook.com/mttdaruliman
asalamualaikum, nk tanya ank sy dh tingkatan 4 dia dh 10 juz , boleh ke sy nk daftar anak sy
Wslm.. maaf atas kelewatan maklumbalas. Dukacita dimaklumkan tiada kekosongan bagi Tingkatan 4 bagi tahun 2021.
Assalammualaikum, saya Muhammad Firdaus Hakim,
umur saya 16 tahun dripada sekolah smk biasa, bolehkah saya ingin mendaftar ke MTT DARUL IMAN?☺️ saya berminat sangat untuk menghafal al quran dan saya ingin ingin sangat nak berlajar agama dan nak ambil sijil tinggi agama malaysia.. bolehkah saya mendaftar ??🥺 saya nak jadi qari dan ustaz(pendakwah), In shaa Allah🤲🏻
Wslm… Pra syarat untuk kemasukan selain daripada aliran Tahfiz I’dadi dan Tingkatan 1 adalah ada pengajian Bahasa Arab daripada sekolah terdahulu. Aspek sama juga bagi pengajian STAM, dimana pelajar perlu mempunyai subjek Bahasa Arab Tinggi dalam SPM atau pernah menduduki aliran Bahasa Arab.
Assalamualaikum ada kelas separuh masa untuk pelajar yang berumur lebih 20 tahun?
wslm… mohon maaf atas respon yang lewat.
Hanya Pengajian Sepenuh Masa ditawarkan bermula usia 12 tahun hingga 18 tahun (Sijil Tinggi Agama Malaysia)
Saya masuk ini nak hafal al Quran
Untuk tenang kan hati saya dan mak ayah saya
Alhamdulillah…
Namun secara asasnya, pengambilan pelajar di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) adalah meliputi Tahfiz & Akademik, bukan Tahfiz Sepenuh Masa. 🙂
Salam, berapakah umur maximum utk menduduki peperiksaan Stam ???
Jazakumullahukhairan atas jawapan
Wslm.. Asasnya sistem pengajian adalah Tahfiz & Akademik.
Boleh kh memohon stam di mmt tanpa spm.. Sbelum ni sdah pernah belahar di pondok
Permohonan STAM di MTT hendaklah telah menduduki subjek pengajian Bahasa Arab Tinggi, dan sesi temuduga.
Assalamualaikum…
Maahad tahfiz masih terima lagi tak kemasukan pelajar tingkatan 5 dari SMKA pada sesi 2020..
Wslm. Maaf lewat memberi maklumbalas.
Asasnya, kemasukan dan permohonan 2020 sudah dibuka, boleh rujuk iklan di LAMAN WEB RASMI : http://mttdaruliman.edu.my.
Pra syarat bagi permohonan selain tingkatan 1, adalah mempunyai subjek BAHASA ARAB daripada pengajian terdahulu. Saya assume, SMKA telah mempelajari Subjek Bahasa Arab Tinggi.
Jadi, boleh isi borang pendaftaran, dan hadir pada salah satu tarikh temuduga yang disenaraikan.
Terima Kasih
Assalamualaikum..
Sayaa nur iqlima drpd maahad muhammadi perempuan..
Utk permohonan stam bgii lpsan spm2018 boleh lgii ke nak mohon sbb saya mohon utk ke smaasza tpi permohonan ditolak.. jdii besarla harapan saya kpd pihak tuan puan utk mempertimbangkannya krna sayaa benar ii ingin menyambung pengajian stam..
Wslm…
Mohon maaf atas kelewatan maklumbalas.
Adapun kemasukan ke STAM2019 telah dipenuhi seawal bulan 3.
Saudari boleh memohon untuk kemasukan 2020 menjelang akhir tahun nanti. InsyaAllah.
suka sangat
Assalaamualaikum. Keputusan pt3 baru keluar. Boleh tak anak saya drp sekolah imtiaz yayasan terengganu memohon utk masuk ke ting.4 di Ma’ahad ini. Rekod hafalan 30 juzuk.
Wslm. Tiga siri temuduga telah berakhir pada 11 Disember 2018 yang lalu. Jadi permohonan baharu ditutup selepas itu untuk memproses permohonan sedia ada. Terima kasih.
Assalam…sy pn ina dr trg..blhkah sy tau apakah syarat utk masuk ke maahad tuan..ank sy mndpt kptsn upsr yg amat lemah….blhkah pmohonan ank sy dpertimbngkan?
Wslm..
Secara asasnya, kemasukan ke Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) adalah melalui prosedur temuduga.
Temuduga meliputi aspek bacaan al-Quran, akademik, sahsiah diri dan yang berkaitan.
Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Sesi 2019.
1. Isi Borang Permohonan di :
http://emohon.mttdaruliman.edu.my
2. Cetak Slip Permohonan
3. Hadir Sesi Temuduga pada tarikh yang disenaraikan :
24 & 25 November 2018 (Sabtu & Ahad)
01 – 04 Disember 2018 (Sabtu – Selasa)
09 – 11 Disember 2018 (Ahad – Selasa)
Dan bawa bersama :
1. Salinan kad pengenalan pelajar
2. Salinan kad pengenalan penjaga
3. Salinan keputusan peperiksaan terakhir
4. Slip permohonan.
Media Kami :
http://mttdaruliman.edu.my
https://mttdaruliman.wordpress.com
http://facebook.com/mttdaruliman
http://instagram.com/mttdaruliman.edu.my
ASSALAM Umur 19 bleh x masuk MMT. Ape syarat2 nk masuk MMT ni
Wslm…. disarankan hubungi 09-667 0102 untuk penerangan yang lebih mudah.
Asasnya, kemasukan adalah melalui temuduga. Boleh rujuk iklan di : http://mttdaruliman.edu.my
Assalam.
yuran 2018 brape yang tinggal asrama
RM380.00 bagi pelajar asrama, 2018
Assalamualaikum
Nak tanya beberapa soalan:
1. apakah syarat kemasukan ke MTT ni?
2.Adakah pelajar perlu tinggal di asrama?
3. Berapakah yuran pengajian?
4. Bilakah tarikh permohonan untuk memasuki mtt ni dibuka untuk permohonan kemasukan tahun 2019?
Wslm wbt.
Jawapan :
1. Secara asasnya, kemasukan ke Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) adalah melalui proses temuduga. Proses ini meliputi beberapa aspek seperti bacaan al-Quran, ujian bertulis, akademik, sahsiah dan beberapa item yang berkaitan.
2.Adakah pelajar perlu tinggal di asrama?
Pelajar mempunyai pilihan untuk tinggal di asrama mahupun berulang.
3. Berapakah yuran pengajian?
Yuran pengajian dan bulanan adalah tertakluk kepada perubahan. Yuran Tahunan adalah termasuk yuran bulan pertama dan beberapa item lain yang dimasukkan dalam terma yuran tersebut. Untuk yuran semasa (2018) :
Yuran Tahunan Antara RM700.00 – RM1200.00 (Asrama atau Berulang).
4. Bilakah tarikh permohonan untuk memasuki mtt ni dibuka untuk permohonan kemasukan tahun 2019?
Tarikh temuduga dan permohonan kemasukan tahun baharu kebiasaannya akan di war-warkan melalui media kami pada suku terakhir setiap tahun (antara Oktober – Disember). Pemohon dikehendaki mengisi permohonan secara atas talian, cetak dan bawa ke sesi temuduga pada tarikh yang disenaraikan oleh pihak MTT.
Media Kami :
Laman Web Rasmi : http://mttdaruliman.edu.my
Portal Berita : https://mttdaruliman.wordpress.com
FB : https://facebook.com/mttdaruliman
IG : https://instagram.com/mttdaruliman.edu.my
Terima Kasih. Semoga menjawab persoalan yang diajukan.
Assalamu’alaikum. Ingin bertanya. Umur saya 25 tahun, bolehkah saya mengikuti kelas STAM di MTT dan menjadi calon STAM bwh MTT? jzkk…
Wslm wbt. Untuk lebih mudah untuk penjelasan, diharap pihak tuan dapat hubungi pejabat MTT di talian 09-667 0102
Assalamualaikum, ingin bertanya… bagaimana ye sy nk daftarkan adik sy ke mahad tahfiz ni?
Wslm.. mohon maaf atas kelewatan maklumbalas kerana masalah akses ke portal berita.
permohonan adalah melalui temuduga yang telah berakhir pada 11 Disember 2017 yang lalu. adapun permohonan baru boleh dirujuk melalui 09-6670102 (pejabat)
Saya agak ketinggalan dlm membuat permohonan utk anak saya yg dpt keputusan upsr br ni.. ada peluang dok utk saya mohon atau membuat rayuan?
Pertamana, mohon maaf kerana lewat memberi maklumbalas ekoran masalah akses kepada portal berita.
Adapun permohonan selepas tarikh temuduga yang berakhir pada 11 Disember 2017 yang lalu boleh terus dirujuk melalui 09-6670102 (Pejabat)
assalamualaikum……
saya ingin tanya bagaimana dengan aktiviti kokurikulum di maahad ini?
Pertamanya, mohon maaf atas kelewatan memberi maklumbalas kerana masalah akses kepada portal berita.
Kokurikulum di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman termasuklah badan beruniform iaitu Briget Amal & Nisa’, Persatuan seperti Bahasa Arab, Melayu, Inggeris, Ilmuan Islam, Kelab, dan beberapa persatuan lain yang berkaitan. Boleh rujuk phamplet kami di laman web MTT di http://mttdaruliman.edu.my
Adakah maahad ini menyertai majlis sukan sekolah sekolah terengganu?
Tidak.
Assalamualaikum. Saya nak tya ank saya baru terima result upsr baru2 ni dan ingin mohon utk masuk tgktn satu di maahad ni. Bila tarihk tutup permohonan?
Wslm. mohon maaf atas kelewatan memberi maklumbalas kerana masalah akses ke portal berita MTT.
Asasnya permohonan telah ditutup pada 11 Disember 2017 (12 hari selepas soalan pihak puan di portal berita kami).
Namun untuk permohonan baharu boleh terus dirujuk melalui 09-6670102 (Pejabat)
Assalamualaikum
Saya berasal dari sekolah Menengah Atas kelas 11 di Indonesia , bisakah saya pindah ke Maafad Tahfiz sesuai dengan tingatan saya tetapi Nilai Akademik saya kurang dan ilmu pengetahuan agama saya pun kurang dan baca Al Qur’an saya belum fasih tapi saya berniat sungguh untuk belajar agama di Maafad Tahfidz
Terima kasih kerna berminat untuk menjadi pelajar Ma’ahad Tahfiz ini. Ringkasnya :
– Pengambilan bermula usia 11 tahun.
– Pemohon harus menduduki sesi temuduga (bacaan al Quran, ujian bertulis dan yang berkaitan)
Assalammualaikum.. saya nak tanya ada kemasukan lagi x untuk 2021 tapi tingkatan 4.. sebelum ni sekolah menengah biasa saja tiada subjek bahasa Arab.. jadi bolehkah untuk masuk tahfiz ini? Tingkatan 5 saya nak menduduki spm juga..
Wslm wbt… pertamanya mohon kemaafan kerana lambat memberi maklum balas atas faktor teknikal yang tidak dapat dielak.
Asasnya Kemasukan bagi selain TINGKATAN 1 mempunyai Pra Syarat bahawa telah menduduki subjek Bahasa Arab/Bahasa Arab Tinggi (bagi Tingkatan 4 & 5).
Kt sana.. ambil x budak perempuan umur 18 tahun ke atas? Sye berminat dan nk pegi kt sana tpi sye xpandai al quran,jawi,arab.. boleh ke sye masuk.. tujuan nk berubah?
Wslm… berkenaan soalan tersebut, buat masa ini pengajian adalah berdasarkan sistem kementerian pendidikan iaitu pt3, spm & stam..
Salam….kalau umur berusia 17-18 tahun boleh daftar ke MTT x…?
Atau boleh bgitahu ciri2i pelajar yg boleh daftar kan ke MTT..?
Wslm wbt… pertanyaan tersebut memerlukan maklumat yang lebih jelas mengenai kemasukan ke MTT. Adalah disarankan untuk terus hubungi pejabat MTT ditalian 09-667 0102 untuk lebih penjelasan.
Terima Kasih.
Boleh ke saya masuk maahad tahfiz jika saya kurang pengetahuan tentang pelajaran islam seperti Arab dan sebagainya. Saya juga tidak fasih dalam membaca Al-Quran..Akademik kurang baik tetapi saya berminat untuk masuk ke sekolah tahfiz dan ingin meningkatkan pelajaran islam saya. Bolehkah?
Kemasukan ke Maahad Tahfiz ini adalah melalui proses temuduga yang meliputi aspek ujian bertulis dan juga bacaan al-Quran, jika menunjukkan kesungguhan dan ada keupayaan dalam sesi temuduga, potensi untuk masuk ke MTT tetap ada.
Terima Kasih.
Assalam, boleh saya dapatkan nombor pendaftaran dgn Jabatan Agama Islam Terengganu utk tujuan menyalurkan dana hibah
Wslm… Maklumat selanjutnya akan diuruskan pihaka pengurusan MTT melalui email mtt_trg@yahoo.com
assalam…boleh tak nak daftar pelajar tingkatan 2 bagi sesi 2017?
Wslm. Maaf lewat memberi maklumbalas, boleh terus hubungi 09-667 0102 untuk maklumat permohonan.
Assalamualaikum…boleh saya tau syarat kelayakn masuk bg yg berumur 13 thn pd 2017?
dan sekiranye tiada Upsr blh ke?
Wslm… boleh rujuk iklan yang kami lampirkan :
Untuk makluman, kemasukan ke MTT adalah melalui proses temuduga. Namun, buat masa ini, sessi temuduga & pengambilan ditutup untuk memberi tumpuan kepada kemasukan bagi sessi 2017.
Terima Kasih. 🙂
salam bolah taye nk daftar 2 org tingkatan 5 2017 blh
Soalan :
1. Permohonan untuk 2 orang murid tingkatan 5 2017 masih ada tak?
2. salam bolah taye nk daftar 2 org tingkatan 5 2017 blh
Jawapan :
Permohonan ke tingkatan selain daripada tingkatan 1 adalah tertakluk kepada kuota kekosongan yang ada. Tuan boleh rujuk iklan yang kami lampirkan.
Tuan boleh mengisi permohonan secara online melalui :
http://mttdaruliman.edu.my
Seterusnya hadir ke sessi temuduga berdasarkan tarikh yang dipilih oleh pihak tuan.
terima kasih.
Permohonan untuk 2 orang murid tingkatan 5 2017 masih ada tak?
Soalan :
1. Permohonan untuk 2 orang murid tingkatan 5 2017 masih ada tak?
2. salam bolah taye nk daftar 2 org tingkatan 5 2017 blh
Jawapan :
Permohonan ke tingkatan selain daripada tingkatan 1 adalah tertakluk kepada kuota kekosongan yang ada. Tuan boleh rujuk iklan yang kami lampirkan.
Tuan boleh mengisi permohonan secara online melalui :
http://mttdaruliman.edu.my
Seterusnya hadir ke sessi temuduga berdasarkan tarikh yang dipilih oleh pihak tuan.
terima kasih.
Permohonan untuk tingkatan 5 2017 ada tak? Sila beri penjelasan dengan cepat.
Wslm… , maaf sedikit lewat memberi respon.. tuan boleh rujuk iklan yang kami lampirkan di laman web rasmi kami :
http://mttdaruliman.edu.my
Kemasukan ke tingkatan selain tingkatan 1 adalah tertakluk kepada kuota kekosongan.
Terima kasih. 🙂
aslm…blh tk daftar lewaat sikit….sbb nk msk bln 6…
aslm…..nk tanye ….blh tk pusat pengajian ini untuk umur 12 thn ke bwh……dan berapa ringgit yg perlu dibayar
assalamualaikum…saya nk tnye ade jwtan kosong tak tuk fresh gradate diploma…sy amik course syariah dan undng-undang..tq
Wslm… maaf atas kelewatan memberi maklum balas, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan yang ditawarkan untuk bahagian akademik, namun, boleh menghantar resume ke mtt_trg@yahoo.com untuk rujukan pihak kami.
Terima Kasih. 🙂
Salam..sy ingin mengambil STAM di MTT dan sy tiada spm..umur sy 20 ..nk tanya bila tarikh tutup pendaftaran STAM bagi sesi 2016..syukran..
wslm… bagi yang ingin memohon STAM di MTT (pada tarikh soalan diajukan), tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STAM di MTT telah berakhir. Namun, jika telah membuat pendaftaran secara persendirian, boleh terus hubungi 09-667 0102 untuk maklumat dan pertanyaan lanjutan.
Assalamualaikum..sy seorg gadis yg berusia 15 tahun.. sy berminat utk belajar di MTT.. sy hanya pelajar dri sekolah harian biase.. adakah sy layak utk msuk ke MTT ini? Sy aktif dlm bidang kokurikulum dan keputusan peperiksaan tahunan sy agak baik.. sy berharap sangat yg sy boleh belajar di MTT
Wslm wbt… Terima kasih atas minat yang ditunjukkan dan mohon maaf kerana lambat memberi maklumbalas.
Permohonan & Kemasukan ke MTT adalah melalui proses temuduga yang dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan. Kebiasannya, tarikh temuduga bagi pengambilan tahunan akan dilangsungkan pada suku terakhir tahun dengan beberapa tarikh yang ditetapkan. Kemasukan bermula seawal usia 11 tahun.
Namun, bagi kemasukan ke tingkatan dua keatas tanpa asas bahasa arab mungkin akan mengalami sedikit kesukaran.
Maklumat lanjut boleh terus hubungi 09-667 0102 (8.00pg – 5.00ptg, Ahad hingga Khamis).
Terima Kasih. 🙂
Kak menetap d sandakan sabah.Anak kak bminat unk mengikuti pemgajian d sk bkenaaan tp keputusan upsrnya cuma mdapat 1a 3b 1c n kputusan sru cuma mdapat makbul.Adakah anak kak layak mengikuti pengajian d sk tsebut n memandangkan tarikh temuduga telah pun berakhir.?Adakah perlu kak kena tunggu unk pdaftaran tahun hadapan lagi 2017 jika d panjangkan umur.Amin..
Ya, asasnya tarikh temuduga telah berakhir dan kuota kekosongan juga telah mencapai tahap yang diperlukan. Tiada tarikh tambahan ditetapkan untuk pengambilan 2016. InsyaAllah, kami mengalu-alukan kehadiran puan untuk sessi 2017. InsyaAllah….
Salam .. Anak saya baru saja temuduga MTT pada 8 Dec 2015. Yang berumur 13th layak ke MTT tapi yang berumur 15th masih lagi KIV. Saya nak tanya bilakan KIV itu tamat.
Wslm… hari ni kita baru selesai sessi terakhir temuduga. InsyaAllah, keputusan KIV akan dimaklumkan seberapa segera. Kelewatan atas beberapa faktor seperti kuota dan hasil temuduga. InsyaAllah, apa-apa maklumat LULUS/KIV/GAGAL akan kami maklumkan. 🙂
Berapakah jumlah keseluruhan yuran yg perlu dibayar pada masa pendaftaran sekiranya anak saya diterima masuk ke mtt…syukran.
Wslm… maklumat yuran adalah seperti berikut :
Pelajar Berulang : RM150.00
Pelajar Asrama : RM310.00
Yuran Pendaftaran akan dimaklumkan menerusi surat yang akan dihantar kepada pelajar yang lulus.
🙂
Assalamualaikum….layak tak untuk memohon mtt ni dgn pencapaian 2A 1B 2C dlm UPSR 2015..
Wslm… InsyaAllah ada rezeki. Kelayakan :
Boleh Membaca Al-Quran Dengan Baik & Menulis Jawi
Telah Menduduki Sekurang-Kurangnya 5 Tahun Pengajian (Pra Sekolah + Sekolah rendah)
Lulus Temuduga (WAJIB Menduduki Sessi Temuduga).
UPSR 4A Dan Keatas Layak Ditempatkan Dalam Kelas Elit
Borang Permohonan boleh dilengkapkan di http://mttdaruliman.edu.my dan seterusnya hadir untuk sessi temuduga pada salah satu daripada tarikh berikut.
21//11/2015 – 25/11/2015
05//12/2015 – 07/12/2015
13//12/2015 – 14/12/2015
**8.30pg – 2.30ptg
Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan keputusan peperiksaan terakhir pemohon.
Terima Kasih.
Assalamualaikum, saya pelajar pt3 tahun 2015 dan saya amat berminat untuk ke sekolah yang mempunyai aliran agama.Bolehkah saya memohon untuk ke sekolah maahad tahfiz wal tarbiyyah ini walaupun saya dari sekolah menengah kebangsaan biasa sebelum ini? Mohon penjelasan.Selain itu,bolehkah memakai niqab jika bersekolah di maahad ini?
Wslm.. maaf kerana lambat memberi maklumbalas.
Secara asasnya, boleh untuk memohon memasuki MTT Darul Iman. Dijemput untuk menghadiri sessi temuduga yang dijalankan pada salah satu daripada tarikh berikut :
21//11/2015 – 25/11/2015
05//12/2015 – 07/12/2015
13//12/2015 – 14/12/2015
**8.30pg – 2.30ptg
Sila bawa bersama dokumen berkaitan seperti Salinan Kad Pengenalan dan Dokumen Akademik Lain.
Soalan Kedua, ya. Dibenarkan memakai Niqab.
Assalamualaikum….saya ingin bertanya, adakah pihak mtt akan memaklumkan secara bertulis samada permohonan ke mtt diterima dan blh menghadiri temuduga. Atau terus sahaja pergi untuk temuduga dengan membawa salinan permohonan dan dokumen lain yg dinyatakan sblm ini.
Wslm.. ribuan kemaafan kerana lambat memberi maklumbalas. Pemohon hanya perlu hadir ke MTT untuk sessi temuduga pada tarikh yang dinyatakan pada iklan.
13 & 14 Disember 2015.
Sila bawa bersama :
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
Salinan Keputusan Peperiksaan Terakhir Pemohon
Salinan Slip Permohonan.
Terima Kasih. Sekali lagi kemaafan.
untuk melanjutkan ke tingkatan 4 pd tahun hadapan, harus kah pelajar datang dari sekolah aliran agama shaja? Jika tiada asas bagaimana?
Wslm.. Maaf kerana lewat memberi maklumbalas., Asasnya, Tingkatan 4, kami ada menawarkan 3 aliran iaitu :
Tahfiz Pengajian Islam
Tahfiz Sains Tulen
Tahfiz Perakaunan.
Kemasukan ke MTT juga adalah melalui proses temuduga yang akan dijalankan pada bulan Oktober, November & Disember pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Harap menjawab soalan yang diutarakan
Assalamualaikum. thun ni sy pt3. Contoh berdasarkan result pt3 nanti…. sy hnya layak ambik accound. Klu dkt sana nanti sy kene ambik aliran tu lh
Wslm wbt…
Secara asasnya, ya, berdasarkan keputusan peperiksaan PT3 dan menunjukkan kelayakan untuk mengikuti aliran akaun, maka pelajar akan diletakkan dalam aliran tersebut. Namun, pelajar boleh memohon untuk menukar ke aliran lain berdasarkan minat dan perbincangan dengan pihak akademik.
Terima Kasih. 🙂
assalamualaikum ade kekosongan lgy tk?sye berumur 15…..
Wslm… memandangkan kemasukan ke tingkatan melibatkan peperiksaan (PT3), sila hubungi pejabat MTT di 09-6670102 untuk lebih penjelasan. Terima kasih.
Assalamualaikum.. sy ingin brtanya.. adakah mahaad nie kne lncar al quran.. dan ad kosong lg tak.. sy umur 16.. jika ad kosong sy brminat nak msuk mahaad nie..
Wslm wbt.
Secara asasnya, kemasukan ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman adalah melalui proses temuduga yang meliputi aspek bacaan al-Quran, akademik dan beberapa aspek lain. Kemasukan juga adalah tertakluk kepada kuota kekosongan bagi tingkatan yang akan dimasuki. Untuk lebih maklumat mengenai kekosongan dan temuduga, boleh terus rujuk melalui talian pejabat MTT : 09-667 0102
Terima Kasih.
assalamualaikum….saya berminat utk menghantar anak saya belajar di sini…
apakah pelajar yg berumur 13tahun masih boleh mengikuti kelas tahfiz?
andai boleh apakah syaratnya…spt.jumlah juz yg tlh dihafal…
tk
Wslm wbt. Pertamanya, saya memohon maaf kerana terlewat membalas pertanyaan puan menerusi Portal Berita MTT. Medium pertanyaan utama yang boleh digunakan adalah pada pautan berikut – mttdaruliman.edu.my/hubungi.php
Berbalik kepada soalan puan, MTT merupakan sebuah insitusi yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu yang menggabungkan aliran tahfiz dan akademik. MTT bukanlah institusi tahfiz sepenuh masa. Pengambilan pelajar bermula seawal usia 11 tahun untuk aliran TAHFIZ KHAS yang lebih memfokuskan hafazan Al-Quran dan ditambah dengan subjek akademik lain sebagai persediaan memasuki peringkat menengah.
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, mereka juga turut terlibat dengan Hafazan. Kelas hafazan bagi tingkatan 1 hingga 5 bermula dari jam 8.00 hingga 10 pagi. Kelas akademik akan mengambil tempat sehingga jam 4.00 petang.
Pemohon akan melalui proses temuduga yang meliputi aspek bacaan al-quran, akademik dan sahsiah. Puan boleh hubungi 09-6670102 untuk mendapatkan lebih penjelasan mengenai sessi temuduga dan pertanyaan lain.
Terima Kasih.
Assalamualaikum, ada kekosongan guru x di maahad ?
Wslm… Kekosongan guru di MTT boleh dirujuk di Laman Web Rasmi MTT iaitu :
http://mttdaruliman.edu.my
Kami juga akan membuat hebahan melalui Mudah.my. Buat masa ini, Saudari boleh menghantar resume ke mtt_trg@yahoo.com untuk kekosongan Guru Bahasa Inggeris. Rujuk iklan di laman web yang dinyatakan untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
assalamualaikum….blh x nk msk maahad ni lps result pt3? ataupun blh x nk msk maahad ni bg yg berumur 14?
Wslm wbt. Terima kasih atas pertanyaan dan minat yang ditunjukkan dari pihak tuan/puan. Kemasukan ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman bermula dari umur 11 hingga 17 tahun. Kami juga menerima pelajar untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada usia 18 tahun dan keatas.
Bagi kemasukan umur 11 dan 12 tahun, ia dikenali dengan TAHFIZ KHAS yang mana memberi tumpuan dan fokus kepada bacaan dan hafazan al-Quran. Ia juga disertakan dengan subjek-subjek akademik lain sebagai persediaan untuk ke peringkat menengah. Pelajar-pelajar Tahfiz Khas akan terus ke Tingkatan Dua. Kemasukan juga bergantung kepada kuota yang ada untuk mengelakkan kepadatan didalam kelas yang secara tidak langsung mengganggu keselesaan dalam menuntut ilmu. Tiga aliran ditawarkan untuk Tingkatan 4 di MTT iaitu (i) Tahfiz Pengajian Islam (ii) Tahfiz Sains Tulen (iii) Tahfiz Perakaunan.
Kemasukan ke MTT adalah melalui sistem temuduga yang diadakan pada tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan (kebiasaannya pada suku terakhir setiap tahun, iaitu September hingga Disember). Adapun untuk kemasukan pada tahun ini (2015), tuan/puan boleh hubungi pejabat MTT untuk lebih penjelasan terutamanya mengenai kekosongan kuota bagi tingkatan yang dipohon.
Nombor Telefon Pejabat MTT : 09-667 0102
assalamualaikum..blh dk klu sye nk msk maahad ni smase berumur 14 thn
?
Wslm wbt..
Terima kasih atas minat yang ditunjukkan.
Secara asasnya boleh. Namun ia tertakluk kepada kekosongan kuota bagi Tingkatan Dua (14 tahun). Nantikan iklan temuduga pengambilan pelajar sessi akan datang. Kebiasaannya, hebahan akan dibuat antara bulan SEPTEMBER hingga DISEMBER setiap tahun.
Assalamualaikum..
saya nk tanya, Maahad tahfiz wal tarbiyyah ada persatuan qasidah kan?
saya ingin mengadakan kenduri kesyukuran/cukur jambul anak lelaki saya pada hari sabtu ni, 23/8/2014 dan berniat utk menjemput kumpulan qasidah maahad tuan..dengan siapa saya boleh hubungi yer?
Wslm… Ribuan kemaafan dipinta kerana lambat memberi maklum balas. Dimasa akan datang, urusan boleh dibuat melalui Ustaz Nafizul di talian 019-9312096 atau talian pejabat di 09-6670102. Maaf sekali lagi.. Jika tiada maklumbalas di Portal Berita MTT, boleh lanjutkan soalan melalui
http://mttdaruliman.edu.my/hubungi.php
Assalamualaikum..saya berminat untuk hntr ank lelaki 13 umur saya katsini..adakah saya dah lambat atau mungkin kne tnggu tahun depan?sekian..harap balas
Wslm.. Maaf lambat beri maklum balas…. Terima kasih atas minat yang ditunjukkan tuan, namun, dukacita dimaklumkan, kemasukan bagi tahun 2014 telah ditutup. Tuan boleh membawa anak untuk menghadiri beberapa sessi temuduga yang akan dibuat pada bulan Oktober, November dan Disember 2014. Tarikh spesifik akan diwar-warkan tidak lama lagi melalui media-media Facebook, laman web dan juga akhbar. InsyaAllah.
salam..saya nk tny jawatan setiausaha masih kosong lg ke? mcm mna saya nk mohon jawatan tersebut?
Wslm… Maaf, jawatan tersebut sudah diisi.
assalamualaikum..
saya berminat utk. menghantar anak saya di sek ini.masih boleh ke untuk mendaftar sekarang atau kena tunggu tahun depan?saya berharap sgt dpt menghantarnya secepat yg mungkin,t.kasih
Wslm… Cuba hubungi pihak petadbiran di 09-6670102 untuk maklumat lanjut.
Saya ingin menghantar anak saya ke sekolah ini namun, mungkin sudah agak terlewat memandang sessi temuduga telahpu lama berlalu. Namun begitu saya ingin juga mengetahui akan yuran pengajian bagi pelajar berumur 13 tahun untuk menyambung pengajian disana, kelayakkan minima dan keperluan untuk temuduga..sekian.
Terima kasih atas minat yang ditunjukkan, Secara ringkas, maklumat yuran adalah seperti berikut :
Berulang : RM150
Asrama : RM310
Kelayakan minima sekurangnya 1A dan boleh mengaji dengan baik. Maklumat lebih jelas boleh hubungi pejabat MTT ditalian :
09-6660102 / 09-6660103 / 09-6669550
salam..pluang utk mtt msih trbuke ke?aliran sains tpi sye bukn ijazah pndidikn. teknologi makanan..syukran
Boleh cuba hantar email ke mtt_trg@yahoo.com terlebih dahulu, andai ada kekosongan, akan disemak resume itu.
salam…
Saya ingin menghantar adik saya pada 7hb ini untuk temuduga di sekolah tahfiz wal tarbiyyah, jika tidak sempat mukin 8hb sbb saya dari johor bahru.Memandangkan keadaan sekarang yang tidak menentu cuacanye…adakah jalan dikawasan sekolah tersebut mengalami banjir? Saya berharap sangat adik saya dapat belajar disekolah tersebut.
Wslm.. maaf sebab lambat balas pertanyaan…. Mungkin mengalami sedikit masalah di kemaman, di kawasan kami belum terjejas dengan banjir. InsyaAllah, temuduga masih terbuka hingga 11 Disember 2013. Sama2 berharap rakan2 yang jauh dimudahkan perjalanan.
assalamualaikum..ada jawatan untuk guru bahasa inggeris lagi tak?
Wslm.. jutaan maaf kerana lambat membalas pertanyaan anda, boleh email resume ke mtt_trg@yahoo.com, tetapi buat masa ini, belum ada kekosongan secara rasmi.
assalamualaikum,saya shahida azwar,nak nombor tel.tv alhijrah…,dan siapa yang telefon tv alhijrah
Wslm…
Boleh rujuk laman web TV Al-Hijrah…
http://www.tvalhijrah.com/Hubungi-Kami/Peta.aspx
maaf saya dah pergi dekat laman web tu tapi saya tak faham nombor dia sebab ada tanda tambah kat depan nombor
AsSalam, saya pelajar tingkatan 3. sedang menduduki PMR 2013. saya sangat-sangat berminat untuk mendaftarkan diri. bolehkahb saya mendaftarkan diri? dan bagaimanakah caranya? mohon penjelasan.
Wslm wbt…
Terima kasih dan tahniah atas minat yang ditunjukkan oleh saudari.Pihak MTT telah menyusun beberapa tarikh temuduga untuk pelajar sessi 2014. Dijemput hadir pada salah satu tarikh tersebut mengikut kelapangan masa saudari. Akan bermula seawal 8.00pagi – 2.00 petang.
26 Oktober 2013 (Sabtu)
18-21 November 2013 (Isnin – Khamis)
23-24 November 2013 (Sabtu – Ahad)
7-11 Disember 2013 (Sabtu – Rabu).
Terima Kasih.
assalamualaikum..ade lowongan kerje guru fiqah x?klu ade blh x ana nk daftar sebagai guru
Wslm… setakat ni takde lagi kekosongan… blh email resume ke mtt_trg@yahoo.com untuk simpanan andai ada kekosongan.
Salam..saya nak isi borang pendaftaran untuk adik saya secara online.Mcm mana ye?