Guru Inspirasi, Mencorak Generasi – Hari Guru 2013 MTT
Alhamdulillah, pada hari ini (16 Mei 2013), Satu majlis “Sambutan Hari Guru” Peringkat Sekolah telah selamat dilaksanakan. Majlis yang diserikan dengan kehadiran Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Wakil Rakyat DUN Tepoh) itu diisi dengan pelbagai acara. Antaranya :
– Sukaneka Guru
– Persembahan Silat Oleh Pelajar
– Gimik PerasmianPemotongan Kek MTT
– Tayangan Video
– Persembahan Guru & Pelajar
– Ucapan Dari Perantauan
– Cabutan Bertuah
Majlis tamat kira-kira jam 1.00 Tengahari. Semua pelajar dan kakitangan disediakan jamuan tengahari.