Gotong Royong Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Sesi 2021

Alhamdulillah….
Setelah merujuk kepada Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin dan Taklimat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) berhubung Pembukaan Semula Sesi Persekolahan 2021, Pengurusan Korporat Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah memutuskan untuk sesi pembukaan secara berperingkat seperti berikut :

Tingkatan 5 (Dalam Terengganu) : 28 Februari 2021 (Ahad)
Tahfiz Idadi (12 Tahun) & Tingkatan 1 (Dalam Terengganu) : 01 Mac 2021 (Isnin).


Dalam masa yang sama, sesi PdPR bagi lain-lain tingkatan dan pelajar dari Luar Terengganu masih diteruskan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran.


Rentetan daripada keputusan tersebut, satu Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 25 Februari 2021 dalam memastikan kelancaran pembukaan semula sesi persekolahan.