ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KUALA NERUS

Alhamdulillah… thumma Alhamdulillah…

Puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas limpahan nikmat yang diberikan kepada hambaNya. Institusi kami, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menerima penganugerahan sempena SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS 20221 yang telah berlangsung pada 15 November 2021 di Dewan Marina Duyong & Resort.

Empat penganugerahan yang telah diterima adalah :

ANUGERAH TOKOH MUALLIM

ANUGERAH TOKOH MUALLIM – ALMARHUM USTAZ DR ABU BAKAR BIN ABDULLAH

Anugerah ini telah diberikan kepada Almarhum Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah yang merupakan salah seorang daripada lima pengasas awal penubuhan Institut Berakan (IB) atau kini dikenali Ma‘ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT). Perjuangan almarhum bersama rakan pengasas lain dalam meningkatkan martabat insitusi pendidikan terutamanya di Negeri Terengganu sangat bernilai. Almarhum telah menghembuskan nafas terakhir pada 09 September 2021 kira-kira jam 11.28malam. Semoga roh almarhum ditempat bersama para solihin.

Manakala bagi penganugerahan Kategori Sekolah Menengah Agama Rakyat pula adalah :


ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

Ustaz Dr Mohd Hamdan bin Mohamed, Yang Dipertua Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) adalah penerima bagi anugerah tersebut. YAKEP merupakan penaung kepada Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dan beberapa institusi lain termasuk Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (MTOKUMP), Pusat Tahfiz Itqan Darul Iman (PTI) dan beberapa organisasi lain dibawahnya. Dr Hamdan juga banyak menulis bahan bacaan ilmiah dan diterbitkan oleh Pustaka Damai. Antara karya beliau termasuklah Menjejaki Insan Pilihan, Membuka Rahsia Ayat Qursi, Mencari Syafaat Rasulullah dan beberapa lagi judul lain.

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN – USTAZ DR MOHD HAMDAN BIN MOHAMAD

ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH / MADRASAH CEMERLANG

Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) atau dahulunya dikenali Institut Berakan (IB) telah dipilih bagi kategori Anugerah Pengurusan Sekolah / Madrasah Cemerlang dalam majlis tersebut. Institusi yang bemula tahun 1977 ini telah diasaskan oleh lima sekawan iaitu Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, Almarhum Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah, Almarhum Ustaz Abdul Rasyid Omar, Almarhuman Cikgu Safinah binti Jusoh dan Cikgu Raja Endun binti Raja Abd Rahman. Pengiktirafan ini pastinya memberi pemangkin kepada keseluruhan warga kerja MTT dalam mencapai visi yang telah digarap KEARAH PUSAT PENGAJIAN MENENGAH BERSEPADU PILIHAN ASIA MENJELANG 2027.

ANUGERAH PENGURUSAN SEKOLAH / MADRASAH CEMERLANG – MA’AHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN (MTT)

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN.

Anugerah ini telah diberikan kepada CEO/Mudir Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Ustaz Tuan Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.

ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KUALA NERUS
ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN – USTAZ TUAN HAJI MUZAIHAR KAMAL BIN MUSTAPA KAMAL

Kami seluruh warga kerja MTT mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penghargaan yang telah diberikan. Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Kuala Nerus atas penganjuran program tersebut. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima yang lain yang turut bersama-sama dalam majlis tersebut.

Semoga ia menjadi pendorong untuk kita semua terus memperbaiki diri dalam menjadi pendidik generasi anak bangsa khasnya.