Majlis Haflah At-Takrim Huffaz Raikan 13 Hafiz/Hafizah

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat, Senator Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas kesudian untuk bersama-sama hadir bagi merasmikan majlis Haflah at-Takrim Huffaz yang berlangsung di Dewan Auditorium Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Chendering yang bermula pada jam 2.00 petang.

Para huffaz yang diraikan pada Majlis Haflah At-Takrim HUffaz

Alhamdulillah…. Setinggi-tinggi puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas perkenanNya untuk kami menganjurkan Majlis Haflah At-Takrim Huffaz bagi meraikan 13 orang al-Hafiz dan al-Hafizah seawal usia 12 tahun yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk al-Quran. Mereka terdiri daripada para pelajar di tiga buah Institusi yang dinaungi oleh Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) iaitu Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (MTOKUMP) dan Pusat Tahfiz al-Itqan Darul Iman (PTI).

Ucapan Perasmian Oleh YB Senator Haji Idris bin Ahmad

Walaupun negara kita dan seluruh dunia masih berperang dengan pandemik Covid19 dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh masa yang panjang, ia nyata tidak mematahkan semangat dan iltizam setiap pelajar untuk mendalami ilmu al-Quran dan sentiasa berhubung dengan para asatizah untuk sesi memperdengarkan bacaan (tasmik). Kecanggihan teknologi masa kini secara tidak langsung memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka berinisiatif dalam usaha mencapai matlamat khatam 30 Juzuk al-Quran dalam silibus yang telah dirangka di setiap institusi.

Majlis Khatam al-Quran

Berikut disertakan nama-nama mereka yang diraikan pada majlis tersebut mengikut institusi

8 Daripada 9 Hafiz dan Hafizah bersama Mudir Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal
  1. Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT)
    1. Muhammad Husain Nusayr bin Azhari (1 Imam Ibnu A’amir / 13 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 2 Tahun dan 7 Bulan
      • Guru Tasmik : Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi al-Hafiz
    2. Muhammad Shamirul Hakim bin Mohd Nazri (1 Imam Ibnu A’amir / 13 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 2 Tahun 8 Bulan
      • Guru Tasmik : Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi al-Hafiz
    3. Roudhatul Mukminah binti Aminuddin (1 Imam ‘Asim / 13 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 3 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustazah Nurfarah Insyirah binti Embong al-Hafizah
    4. Tengku Nur Suraya Hani binti Tengku Halim (3 Imam ‘Asim / 15 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 3 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustazah Siti Solehah binti Harun
    5. Aisyah Rodhiah binti Aminuddin (3 Imam ‘Asim / 15 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 3 Tahun dan 5 Bulan
      • Guru Tasmik : Ustazah Siti Solehah binti Harun
    6. Qurrotul Aien binti Sukri (3 Imam ‘Asim / 15 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 5 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustazah Siti Solehah binti Harun
    7. Amni Asilah binti Asmadi (4 Imam Ibnu A’amir – Tahfiz Perakaunan / 16 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 4 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustazah Robiatul Adawiyyah binti Yakari al-Hafizah
    8. Muhammad Faris Aqil bin Muhammad Fadzli (4 Imam Ibnu A’amir – Tahfiz Pengajian Islam / 16 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 6 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustazah Robiatul Adawiyyah binti Yakari al-Hafizah
    9. Waffa Nurul ‘Athirah bintI Mohd Nor (5 Imam ‘Asim / 17 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 5 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustazah Ummu Nurul Aiman bintI Mat Jamil
Muhammad Ifram bin Abdul Rahman bersama-sama para pelajar Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (MTOKUMP), Pengarah MTOKUMP (Cikgu Haji Razali bin Mat Yunos) dan Mudir MTOKUMP (Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa)
  • Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (MTOKUMP)
    1. Muhammad Ifram bin Abdul Rahman (21 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 3 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar al-Hafiz
Para huffaz daripada Institusi Pusat Tahfiz Al-Itqan Darul Iman yang berusia 12 tahun bersama Mudirah, Ustazah Norfaizan binti Nordin al-Hafizah
  • Pusat Tahfiz al-Itqan Darul Iman (PTI)
    1. Nur Aliyullah bin Azizul Nazri (12 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 1 Tahun 3 Bulan
      • Guru Tasmik : Ustazah Zakirah Huwaina binti Zulkifli al-Hafizah
    2. Ahmad Danial Afiq bin Mazlan (12 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 1 Tahun 8 Bulan
      • Guru Tasmik : Ustazah Zakirah Huwaina binti Zulkifli al-Hafizah
    3. Aisyah Nadhirah binti Muzaihar Kamal (13 Tahun)
      • Tempoh Hafalan : 1 Tahun
      • Guru Tasmik : Ustazah Zakirah Huwaina binti Zulkifli al-Hafizah

Antara ketiga-tiga institusi yang bernaung dibawah YAKEP tersebut, Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) merupakan institusi yang paling lama berkhidmat dalam melahirkan generasi ilmuan sejak dari tahun 1977 yang dikenali sebagai Institut Berakan. Tahun silih berganti, walaupun berstatus Sekolah Agama Rakyat (SAR), MTT masih kekal relevan dan mampu melahirkan graduan yang huffaz profesional dalam pelbagai bidang. Pada hari ini, MTT menawarkan kurikulum Tahfiz & Akademik yang membimbing para pelajar dari usia 12 hingga peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Manakala, MTOKUMP pula sudah menginjak tahun keempat dengan pengambilan pelajar pertama pada Februari 2018 dan pengambilan kedua pada November 2021 yang lalu. Jumlah semasa pelajar pada ketika ini adalah 7 orang. Pusat Tahfiz al-Itqan Darul Iman (PTI) pula mensasarkan pelajar antara usia 10 hingga 12 tahun dengan matlamat melahirkan para huffaz sebelum menginjak ke Tingkatan Satu. Institusi ini masih baharu, namun dengan kesungguhan para pentadbir dan guru, beberapa orang pelajar telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran dan menyambung pengajian ke peringkat menengah.

Sekali lagi ucapan tahniah dan kalungan penghargaan diucapkan kepada penerima dan tenaga belakang tabir yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis tersebut. Semoga usaha yang dilakukan dalam melahirkan generasi pelapis masa depan ini dipermudahkan dan mendapat redha Allah SWT.