Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru MTT
Syukur kehadrat Allah dengan limpah kurnia dan izinnya, majlis Perasmian dan Pecah Tanah untuk PEMBINAAN BANGUNAN BLOK PENTADBIRAN DAN KEDAI MTT berjaya dilaksanakan.
Majlis ringkas tersebut dibuat pada tanggal 1 Ramadhan 1434H bersamaan 10 Julai 2013 bertempat di MTT Darul Iman. Majlis dimulakan sekitar jam 3 petang dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari Ustaz Abdullah Basri. Majlis diteruskan dengan ucapan dan penerangan ringkas dari Ustaz Abu Bakar Chik mengenai perancangan pembinaan dan kos yang terlibat itu.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Ustaz Abu Bakar bin Abdullah selaku pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Simbolik pecah tanah telah dilakukan bersama oleh Shaikh Abdul Ghani bin Shaikh As-Syahid Ahmad Yassin, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal bulldozer sambil diperhatikan semua pelajar, guru dan kakitangan di MTT. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kami.
Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui :
1. Akaun Maybank 5630 6412 7667 atas nama Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah
2. Cikgu Abdullah Embong : 013 9898267, atau emel ke abdi_em@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.