Iftar Jamaie Bersama YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Ahamdulillah,.. Program Iftar Jamaie Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) & Masjid Jamek Tok Jiring berlangsung dengan meriah pada 30 Mei 2018 yang lalu. Turut sama hadir pada majlis tersebut adalah Adun Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Yang Dipertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), Dr Mohd Hamdan bin Mohamad. 

Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran dan tazkirah ringkas Ramadhan oleh Ustaz Najmuddin Ulwan bin Mohd Hamdan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, YB Tuan Haji Hanafiah Mat (Adun Cukai). Beliau mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama hadir dalam majlis tersebut atas kekangan urusan rasmi yang perlu dihadiri.

Antara intipati teks ucapan beliau, “Institusi Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah SWT, untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerajaan Negeri Terengganu akan terus membawa agenda perjuangan ini terutama dalam pendidikan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan”.

“Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan institusi pendidikan yang berperanan terhadap pembangunan modal insan dan intelektual dalam sesebuah masyarakat. Kerajaan melalui manifesto berjanji akan menambahkan sekolah menengah agama dan sekolah rendah agama serta memberi geran tahunan keapda sekolah agama rakyat. katanya lagi dalam teks ucapan tersebut.”

Dalam teks ucapan itu juga, beliau melahirkan harapan agar Ma’ahad Tahfiz dapat terus melahirkan lebih ramai para huffaz al-Quran dan terus memainkan peranan sebagai mercu tanda rakyat Terengganu, negeri yang ‘Maju, Berkat dan Sejahtera’.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis Iftar dan solat maghrib berjemaah.  Solat tarawih pada malam tersebut telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Akharri bin Ghazali, Imam 2 Masjid Negeri.

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s