Generasi Huffaz 2021

Alhamdulillah… walaupun seluruh dunia sedang berhadapan dengan pandemik Covid19, tidak terkecuali negara kita, Malaysia, ia bukanlah suatu halangan bagi anak-anak muda ini untuk terus komited dalam mendalami dan meneruskan sesi hafazan al-Quran dalam norma baharu.

Mereka telah mengikuti pengajian secara dalam talian sejak awal tahun 2020 apabila pandemik dan beberapa sekatan aktiviti mula dilaksanakan yang menjejaskan sesi pembelajaran secara bersemuka. Namun, atas semangat dan dorongan daripada ibubapa, penjaga dan para pendidik, mereka terus mempamerkan kesungguhan untuk mencapai khatam hafazan al-Quran dalam usia seawal 12 tahun hingga 17 tahun.

Semoga kesungguhan mereka mendapat keredhaan daripada Allah SWT dan diberi kemudahan dalam apa jua urusan yang dihadapi. InsyaAllah