Agenda MTT 02 Mac 2015 hingga 04 Mac 2015

Alhamdulillah… beberapa program yang melibatkan warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah berlangsung pada pada 02 Mac 2015 hingga 04 Mac 2015 yang lalu.

Bijak Jauhi Zina 5 (03032015)

Pertamanya, pada 2 Mac 2015, Bicara Wara bersama Ustazah Syadiya Abbas (Personaliti TV9) yang bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina selesai dilangsungkan. Program yang melibatkan pelajar dan guru Muslimat MTT ini telah diadakan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Pada sebelah petang pula, satu ceramah Cabaran Keluarga Di Era Siber mengambil tempat dengan dua orang moderator undangan iaitu Ustazah Syadiya Abbas dan suami Ustaz Khairul Azman. Program ini adalah anjuran sebuah NGO Muslimat Kuala Terengganu.

Bijak Jauhi Zina 9

Majlis penyampaian slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 telah berlangsung pada 3 Mac 2015. di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Alhamdulillah, pencapaian yang baik dari calon-calon Tahfiz Sains dan Tahfiz Pengajian Islam MTT 2014. Pelajar Terbaik bagi Tahfiz Pengajian Islam adalah Nurusy Syuhada binti Ibrahim dan bagi Tahfiz Pengajian Islam menjadi milik Nurul Aida Najihah Che Alwi. InsyaAllah, pada tahun 2015 merupakan calon sulung Tahfiz Perakaunan MTT dalam peperiksaan SPM.

Saringan Debat Daie Muda (03032015) 4

Peringkat saringan Daie Muda mengambil tempat pada sebelah petang dengan peringkat saringan bagi acara Debat yang telah menampilkan beberapa kumpulan. Pasukan terbaik akan dipilih untuk peringkat akhir Daie Muda yang akan berlangsung pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Program Hijaukan Asrama (04032015) 1

Di peringkat asrama pula, program Hijaukan Asrama telah berlangsung pada hari Rabu, 4 Mac 2015. Semua pelajar asrama bergotong-royong membersihkan asrama dan mengindahkan landskap di asrama (muslimin dan muslimat). Sebahagian yang lain pula terlibat dengan Raptai Perbarisan Ijtima’ Alami di Rusila. Pada hari yang sama juga telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan YAKEP kali ke 15 di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring.

GALERI GAMBAR