Motivasi Kerjaya Bersama Lepasan Pelajar MTT

Alhamdulillah…. Pada 19 Februari 2018 yang lalu, pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah berjaya menganjurkan program Motivasi Kerjaya Bersama Lepasan Pelajar MTT. Program yang melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 ini telah dilangsungkan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Beberapa objektif untuk program ini adalah :

  1. Berkongsi teknik belajar dalam menghadapi SPM
  2. Berkongsi pengalaman semasa menjadi pelajar di MTT
  3. Menerangkan peluang untuk menyambung pengajian selepas berakhirnya SPM.
  4. Membuat perancangan bidang yang akan diceburi selepas berakhirnya SPM
  5. Berkongsi pengalaman sebagai seorang siswa/i di Pusat Pengajian Tinggi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada lepasan pelajar ini atas kesudian meluangkan masa untuk memberi suntikan motivasi dan tunjuk ajar kepada para pelajar yang bakal menduduki SPM pada hujung tahun nanti. Mereka adalah :

  1. Alumni Pelajar Cemerlang Tahfiz Sains : Saudara Aliff Aiman bin Yussof
  2. Alumni Pelajar Cemerlang Tahfiz Perakaunan : Saudari Nor Intan Baizura binti Zulkifli
  3. Alumni Pelajar Cemerlang Tahfiz Pengajian Islam : Abdul Aziz bin Othman yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Tahfiz dan Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Yusof yang turut bersama-sama dalam program ini.

Kami dipihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada lepasan pelajar yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Semoga kalian semua terus berjaya dalam bidang pengajian masing-masing. Kami juga berharap program ini dapat meningkatkan prestasi akademik dan keputusan SPM 2018. Ia juga adalah sebagai persediaan awal dan pendedahan kepada para pelajar tentang peluang pengajian selepas berakhirnya SPM nanti.</p?

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s