Alhamdulillah… Tahniah Semua Lepasan PT3 MTT 2018

Subhanallah.. Alhamdulillah… Allahuakbar…

Ucapan puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas setiap nikmat yang dikurniakan. Alhamdulillah, ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018, para pendidik, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik, hafazan dan sahsiah para pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).

Alhamdulillah, majlis penyampaian keputusan peperiksaan yang berlangsung pada 13 Disember 2018 yang lalu menyaksikan pelajar Nukman Hanifah bin Bukhari, pelajar kelas 3 Imam Ibnu A’amir telah mencatat keputusan 10A dan dalam PT3 2018. Disamping itu, beliau telah menghafaz 5 juzuk ayat suci al-Quran sepanjang pengajian beliau di MTT.  Semoga ia membuka lembaran yang lebih luas dimasa akan datang yang pastinya lebih mencabar.

NUKMAN HANIFAH BIN BUKHARI
10A 1B, 5 JUZU’

HUSNA NAZIHAH BINTI ZAKARIA
9A 2B, 6 JUZU’

SHOLEHAH BINTI ABDULLAH KAMAL
8A 2B 1D , 5 JUZU’

NUR IREENA MAISARA BINTI JUHARI
7A 2B 2D, 9 JUZU’

MUHAMMAD ADIB ARHAM BIN HAMIDI
7A 1B 2C 1E, 4 JUZU’

MUHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN ROSDI
6A 4B 1C, 5 JUZU’

AINA NABILAH BINTI MOHD AZMI
6A 4B 1D, 8 JUZU’

NUR MUHAMMAD ALAMIN BIN AZIZUL NAZRI
6A, 2B, 2C 1D, 5 JUZU’

HAJAR WADHIHAH BINTI HALMI
6A 1B 2C 1F, 8 JUZU’

NUR ALIA BINTI ANUAR
6A 1B 3D 1E, 4 JUZU’