Biiznillah… Khatam 30 Juzuk Hafazan 2018

Subhanallah… Maha Suci Allah, pentadbir sekalian alam dan makhlukNya. Puji-pujian yang dipanjatkan atas keesaan dan nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya.

Alhamdulillah, kesyukuran yang dipanjatkan kepada sang pencipta atas izinNya memberi kelapangan dan kejayaan kepada tiga huffaz ini menjelang permulaan 2019. Tempoh dua tahun dimanfaatkan sebaiknya oleh ketiga-tiga pelajar ini untuk menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Subhanallah… Semoga ia menjadi pemangkin untuk terus berusaha menjadi seorang hafiz dan hafizah yang cemerlang di dunia dan diakhirat. InsyaAllah….

Kami warga Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mendoakan agar para huffaz ini sentiasa komited dalam menghafaz agar kekal di hati dan sanubari mereka. Ucapan tahniah juga kepada para pendidik dikalangan hafazan dan juga akademik kerana membimbing para huffaz ini tidak hanya dalam bidang hafazan, tetapi juga dalam bidang akademik.

InsyaAllah, semoga suatu hari nanti para huffaz ini akan berbakti kepada agamaNya dengan sebaiknya. Amin.