Di Sebalik Kejayaan Hari Ini….

Di sebalik kejayaan seseorang, pasti ada kisah disebaliknya. Mungkin kita sering merasakan bertuahnya hidup mereka, namun kita pernah tahu apa yang dilaluinya. Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Begitulah kejayaan yang tidak akan datang tanpa sebarang dugaan dan ujian.

Itulah yang terjadi pada Along (Afiq Syahmi) anak kepada Encik Zuraidi Che Nordin yang telah berjaya dalam SPM dengan mendapat keputusan yang cemerlang sebanyak 7A 3B 1C. Lebih mengejutkan Along juga adalah seorang tahfiz yang telah menghafaz Al-quran sebanyak 10 juzuk. Along juga telah dinobatkan kan sebagai pelajar cemerlang Tahfiz Sains Tulen SPM 2018 di sekolah Ma’ahad Al-Tahfiz Tarbiyyah Darul Iman di Kuala Terengganu.

Apa yang menarik disebalik kejayaannya ada sedikit kisah ataupun ujian yang telah dilalui kelurganya terutama Abah dan Ummi nya. Melalui posting yang telah dimuat naik oleh bapanya Encik Zuraidi Che Nordin mengenang kembali kisah menempatkan along di sekolah terbaik selepas mendapat keputusan UPSR kerana Keputusan UPSR yang kurang memuaskan. Berikut adalah statusnya.

Gembira hati Abah dan Ummi bila mendapat perkhabaran dari Along, mendapat tempat pertama dalam kelas.

Sungguh perancangan Allah maha terbaik untuk makhluknya.

4 tahun yang lepas, Abah masih ingat ketika mendapat keputusan UPSR. Along menangis teresak-esak semasa menelefon Abah kerana tidak mendapat keputusan semua A. Along beritahu tiada peluang Along nak masuk SAM Bestari.

Hari yang sama, Abah minta mak sedara Along, mak sedara telefon untuk memujuk Along. Kedua2 mak sedara Along pun menangis bila dengar Along bersedih.

Alhamdulillah, dalam masa sama, Along berjaya mendapat keputusan Mumtaz untuk peperiksaan sek rendah agama. Abah dan Ummi pun google senarai sekolah tahfiz di Malaysia sebab Abah dan Ummi nampak potensi Along. Dan kami terjumpalah nama Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman.

Terima kasih kepada Datok Afiq yang sanggup memandu dari Tanah Merah Kelantan ke Tok Jiring, Terengganu untuk bawa Along ke sessi temuduga kemasukan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman.

Hari pertama hantar Along ke Maahad, amat terkejut bila melihat kemudahan terutamanya asrama yang amat daif dibandingkan sekolah asrama kerajaan. Maklumla Maahad Tahfiz kebanyakkannya mendapat bantuan dari sumbangan orang ramai.

Selepas menghantar Along, Abah dan Ummi selalu berfikir betul ke keputusan menghantar Along di Maahad yang lebih 400km jauhnya dari Abah dan Ummi. Ummi dekat sebulan tiada selera makan bila pertama kali berjauhan dengan Along. Terima kasih tak terhingga buat mak sedara Along, Nadya Nordin dan Azmi Muhammad yang banyak membantu / menolong Along di Terengganu.

Alangkah beruntungnya Along di Maahad. Setiap hari Along memperuntukkan masa 4 ke 5 jam untuk menghafaz Al Quran. Setiap hari Along dapat mendengar kuliah Subuh dan Maghrib di masjid Maahad. Along dapat peluang untuk belajar ilmu hadis, belajar cara pengurusan jenazah, cara untuk umrah dan haji dan bermacam macam cabang ilmu agama.

Setelah 3 tahun, Along berjaya mendapat keputusan ke 2 terbaik dalam PT3. Seterusnya Along memilih untuk belajar dalam aliran Maahad Tahfiz Sains yang mana hanya ada satu kelas di Maahad dan pelajar hanyalah 8 orang.

Abah dan Ummi bersyukur sebab kami tahu, cikgu pastinya akan memberikan tumpuan sebaik mungkin apabila tidak ramai pelajar di dalam kelas.

Abah amat terharu bila Along berani untuk membaca khutbah semasa solat hari raya Aidil Adha di surau kat kampung pada ketika umur Along 15 tahun. Dan Along juga dapat memimpin solat terawih di surau yang sama ketika usia Along 16 tahun baru baru ni.

Semoga Along terus berjaya dalam kehidupan. Semoga Along terus bersemangat dan istiqamah.

Harapan Abah dan Ummi, Along dapat berada dihadapan untuk memimpin makmum untuk solat kali terakhir buat Abah dan Ummi dan juga memandikan badan Abah buat kali terakhir bila sampai masanya. Syukur pada mu ya Allah.

Begitulah setatus bapanya yang mengenang kembali saat kejayaan anaknya. Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat kejayaan anak sendiri yang ditatanh seperti minyak yang penuh sejak kecil lagi.

Inilah liku-liku ujian dan kenangan yang dilalui sebelum berjaya dalam SPM. Dengan pasarana sekolah tahfiz dan tenaga guru yang kurang lengkap bukan menjadi penghalang bagi seseorang itu untuk berjaya.

Alhamdulillah tahniah kami ucapkan kepada keluarga dan adik Afiq Syahmi atas kejayan dalam SPM 2018. Semoga terus success dan istiqamah dalam segala apa yang di lakukan kelak.

“Jika kau kejar akhirat pasti dunia juga akan kau dapatkan. Jika kau kejar dunia belum tentu akhirat kau dapat.” Apa kata anda. Jika bermanfaat silakan share.

Kredit : Zuraidi Che Nordin