Futsal MTT 2013

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Allah s.w.t dengan izinNya, satu pertandingan Futsal MTT untuk tahun 2013 telah berjaya dijalankan pada 29 Jun 2013 bertempat di HAZLAN FUTSAL seawal jam 8 pagi dan berakhir pada waktu petang hari yang sama.

Semua pemain bermain dengan penuh semangat kesukanan sekaligus menjalin ukhuwah yang erat sesama pelajar dan juga beberapa guru pengiring seperti Cikgu Azrul, Cikgu Ishamuddin, Cikgu Azizan, Ustaz Hadie, Che Firdaus dan Ajmain disamping Ustaz Nafizul.

Sejumlah 32 pasukan telah mengambil bahagian yang dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu 4 kumpulan untuk kategori Menengah Rendah dan 4 kumpulan bagi kategori Menengah Atas. Senarai pasukan bertanding adalah seperti berikut :

Pasukan dalam Kategori Menengah Bawah FUTSAL MTT

Pasukan dalam Kategori Menengah Bawah FUTSAL MTT

Pasukan dalam Kategori Menengah Atas FUTSAL MTT

Pasukan dalam Kategori Menengah Atas FUTSAL MTT

Juara bagi kategori Menengah bawah menjadi milik pasukan dari Kumpulan C iaitu Under Fifteen FC. Manakala juara bagi kategori Menengah atas menjadi milik Berserk FC.  Dibawah merupakan wajah juara bagi setiap kategori. Gambar-gambar lain boleh dilihat di ALBUM FUTSAL MTT 2013 [Album 1] atau di ALBUM FUTSAL MTT 2013 [Album 2]

Berserk FC (Juara Menengah Atas)

Berserk FC (Juara Menengah Atas)

Under Fifteen FC (Juara Menengah Bawah)

Under Fifteen FC (Juara Menengah Bawah)

“Akal yang cerdas bermula dari badan yang sihat…”