Iftar Amal & Infaq MTT 2019

Alhamdulillah… Usai sudah program Iftar Amal & Infaq Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) sempena Ramadhan Al Mubarak 1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi. Antara objektif program adalah mengumpulkan Dana Kebajikan Guru & Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) MTT dalam menghadapi persiapan bulan Ramadhan & Sambutan Aidilfitri. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengimarahkan majlis ilmu dan berinfaq terutamanya di bulan yang mulia ini. Disamping itu ia dapat memperkukuh jalinan ukhuwah antara MTT dan masyarakat yang sentiasa bersama-sama dalam program yang dianjurkan.

Iftar Amal & Infaq Bersama Ustaz Azhar Idrus telah berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam pada 21 Mei 2019 bersamaan 16 Ramadhan 1440H (Selasa). Program yang berkonsepkan jualan tiket bernilai RM100.00 tersebut telah mengumpulkan hampir 600 orang tetamu. Turut bersama-sama dalam majlis tersebut adalah Al-Fadhil Dr Mohd Hamdan bin Mohamad selaku Yang Dipertua Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar bin Abdullah juga Al Fadhil Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad.

Manakala, program kedua diadakan dengan kerjasama Masjid Jamek Tok Jiring dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jiring telah berlangsung pada 26 Mei 2019 bersamaan 21 Ramadhan 1440H (Ahad) bertempat di Masjid Jamek Tok Jiring. Al-Fadhil Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan Padang telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah sebelum berbuka pada hari tersebut. Sambutan baik diterima daripada masyarakat setempat yang bersama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ilmu tersebut disamping berukhuwah warga kerja MTT dan Masjid Jamek Tok Jiring.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan tetamu yang memberi sokongan terhadap program yang telah dianjurkan tersebut. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan mendapat keberkatan dan balasan yang berlipat kali ganda dari Allah SWT. InsyaAllah.

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s