Kursus ‘Team Building’ Guru & Kakitangan

1

InsyaAllah, sessi persekolahan bagi tahun 2015 akan bermula tidak lama lagi. Dalam usaha memastikan gerak kerja dan persediaan sessi 2015 dapat dijalankan dalam suasana ukhuwah dan kerjasama sepasukan yang erat, pihak pengurusan telah tampil dengan inisiatif menganjurkan kursus Guru & Kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Berbeza dengan siri kursus pada tahun terdahulu, kursus pada kali ini tertumpu kearah memupuk dan mengukuhkan kerjasama sepasukan.

2

Kursus selama dua hari itu telah dikendalikan oleh konsultan dari Akademi Sinergi iaitu Encik Fazrul Ismail sambil dibantu tiga rakan yang lain. Sedikit pengenalan, Encik Fazrul merupakan lulusan dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Amerika Syarikat. Beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang Bahasa Arab. Selain memfokuskan kepada team-building. sessi dua hari tersebut telah memberi sudut pandang berbeza kepada warga MTT dalam menghadapi situasi sebagai seorang pendidik yang mencabar dari tahun ke tahun.

3

Terkadang kita terlepas pandang unsur-unsur dan hubungan kita dengan Maha Berkuasa apabila kita terlalu bergantung harap kepada diri dan orang lain berbanding kepada Allah SWT. Konsep Pendidik A+ atau lebih tepat lagi Pendidik yang bersifat dengan Ibadur-rahman juga diterapkan. Beberapa surah dari al-Quran telah dipetik sebagai peringatan dan panduan kepada semua bahawa semua yang berlaku ada hujah dan alasan yang telah dinyatakan didalam al-Quran. Antaranya, Surah Ar-Ra’du ayat ke 27 dan 28 yang menceritakan tentang kejayaan dan petunjuk kearah mencapai kejayaan. Selain itu, surah-surah lain yang berkaitan seperti surah al-Furqan, surah al-Mukminun dan surah al-Alaq.

4

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih bersifat interaksi dengan al-Quran dimana peserta akan berfikir mengenai keagungan dan “rahsia” yang dinyatakan Allah SWT didalam al-Quran yang berkait dengan perkara dalam kehidupan seharian.

IMG_20141215_163309[1]

Alhamdulillah, kursus selama dua hari tersebut telah memberi respon positif kepada peserta apabila mereka mampu menganalisa dan membuat penilaian dengan lebih baik terhadap sesuatu perkara. Sessi diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sessi bergambar kenangan bersama semuua yang terlibat. InsyaAllah, ukhuwah dan hubungan erat mampu diperkukuh selagimana kita menjaga hubungan dengan Allah SWT.