Usai Kem Tahfiz Anak Soleh Edisi Ke 10.

Alhamdulillah…. Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Kem Tahfiz Anak Soleh (KEMTAS 2014) yang berlangsung selama 7 hari di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah melabuhkan tirainya pada hari sabtu yang lalu bersamaan 29 November 2014. KEMTAS edisi ke-10 ini telah berjaya menarik jumlah peserta sekitar 170 orang yang berusia antara 10 hingga 14 tahun. Majoriti peserta berasal dari negeri Terengganu dan sebilangan kecil dari yang lain datang dari pelbagai negeri lain di Malaysia.

Bersama Kumpulan Usrah

Pendaftaran peserta dibuat pada 23 November 2014 di ruang terbuka Masjid Jamek Tok Jiring. Setelah sessi pendaftaran diselesaikan, peserta dibawa ke ruang masjid untuk menunaikan solat asar secara berjemaah dan taklimat awal mengenai kem yang akan mereka lalui sepanjang seminggu. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan usrah. Kumpulan usrah ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan peserta sepanjang program. Sessi taaruf turut dijalankan selepas pembahagian kumpulan bagi memperkenalkan barisan fasilitator dan peserta kem. Pada sebelah malamnya, peserta didedahkan dengan slot Teknik Hafazan dan dibahagikan kepada beberapa kelas untuk agenda harian mereka sepanjang kem.

Sessi Kelas Hafazan

Sessi Kelas Hafazan

Setiap pagi, peserta akan solat subuh secara berjemaah di Masjid Jamek Tok Jiring dan mendengar tazkirah subuh. Selepas selesai sarapan pagi, mereka akan terlibat dengan kelas hafazan yang dibahagikan kepada dua sessi iaitu 8.00 hingga 10.00 pagi dan 10.30 hingga 12.00 tengahari. Itu merupakan rutin harian peserta KEMTAS yang salah satunya bermatlamatkan kelas “Intensif Hafazan Al-Quran”. Pada sebelah malam pula, mereka akan mengikuti kelas hafazan antara waktu Maghrib dan Isyak.

10806222_887933367884857_4324974664391728595_n

Slot “Kembara di Bumi Anbiya'” menyusul selepas solat Zohor. Slot ini akan membawa peserta mengenali dan mendalami suasana di negara-negara yang dikenali sebagai Bumi Anbiya’. Tiga buah negara Anbiya’ yang dipilih pada KEMTAS 2014 ini adalah Syria (Isnin), Yaman (Selasa), Palestin (Rabu). Elemen multimedia turut digunakan bagi menarik minat peserta yang rata-rata masih berusia awal belasan tahun. Pada hari Khamis, program Kembara Desa akan mengambil tempat. Peserta akan melalui kawasan disekitar dengan pemantauan fasilitator bertugas. Mereka dikehendaki menyelesaikan tugasan di checkpoint-checkpoint tertentu. Aktiviti team-building mengambil tempat pada hari jumaat yang dikendalikan oleh fasilitator bertugas. Turut berlangsung pada hari Jumaat adalah Bersama Imam Muda Fakhrurazi.

DSC_0260

DSC_0496

DSC_0688

Aktiviti berkuda, berkereta kuda dan memancing dimulakan sebagai riadah selepas solat Asar. Alhamdulillah, cuaca yang baik memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menaiki kuda dan memancing.  Manakala pada waktu malam pula, satu lagi acara dewan mengambil tempat. Slot yang bertemakan kerohanian, kehidupan dan keajaiban Allah SWT ini disampaikan dengan penuh hikmah oleh fasilitator bertugas. Slot tersebut adalah Mukjizat Al-Quran (Ustaz Manan), Kealam Baligh (Ustaz Nafizul dan Ustazah Sakinah, Quran dan Sains (CIkgu Nadzirah). Manakala pada hari terakhir pula diisi dengan slot Sentuhan Qalbu.

Kem Tahfiz Anak Soleh (2)

Sebagai mengakhiri program, ibu bapa dijemput untuk bersama-sama dalam slot Motivasi bersama Ibu Bapa pada hari Sabtu, 29 November 2014. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat pada tahun ini. Alhamdulillah… ada antara mereka yang mampu menghafaz beberapa surah selain daripada ayat lazim.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah terlibat dalam KEMTAS pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan fasilitator yang bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program. InsyaAllah. berjumpa lagi ditahun 2015.

Gambar-Gambar