Penutup Kokurikulum MTT & #IhtifalMTT2015 Hari Pertama

Usai majlis perasmian #IhtifalMTT2015 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang sekitar jam 11.40 pagi, warga Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) bersedia pula untuk majlis perasmian penutup Kokurikulum MTT 2015 yang akan dilakukan oleh Tuan Sauji Rashid, Pengarah Jabatan Amal Terengganu di Padang MTT.

11796381_668312186637878_2558145040012011913_n

Majlis dimulakan dengan perbarisan dari Unit Amal & Nisa’ MTT dan penyerahan berisi kepingan puzzle kepada Penyelaras Kokurikulum MTT, Cikgu Mohd Azizan Mohamad Pawi. Beliau kemudiannya menyerahkan kotak berisi kepingan puzzle tersebut kepada Tuan Sauji Rashid sambil diperhatikan Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal untuk menyempurnakan gimik perasmian Penutup Kokurikulum MTT bagi tahun 2015. Gimik dilakukan dengan menampal kepingan puzzle di banting utama perasmian.

11817280_668313589971071_8335447381169523180_n

Selepas solat zohor, agenda #IhtifalMTT2015 diteruskan lagi dengan Pertandingan Hafazan Peringkat Kumpulan Ma’ahad Tahfiz Tarbiyyah Malaysia (KMTT) di Dewan Seminar, Masjid Jamek Tok Jiring. Pertandingan tersebut telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 30 Juzuk, 15 Juzuk dan 5 Juzuk yang menampilkan persaingan dari wakil KMTT yang turut bersama-sama dalam #IhtifalMTT2015. Pemenang bagi pertandingan tersebut akan dimaklumkan dalam ringkasan program seterusnya.

11825988_670348833100880_1649295851106035532_n

Agenda santai diteruskan pada sebelah petang dengan aktiviti Kereta Kuda yang telah disewa khas bagi program tersebut.  Anak-anak kecil mengambil peluang untuk bersama-sama ibu bapa merasai pengalaman menaiki kereta kuda dan bersiar-siar di sekitar tapak program #IhtifalMTT2015. Gerai-gerai jualan dan pameran dari pelajar juga masih berterusan pada petang tersebut.

11800376_669982216470875_2401745641560236671_n

Pada sebelah malam hari pertama #IhtifalMTT2015, dimanfaatkan lagi dengan program Mahabbah Ilmu (Cinta Ilmu), Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Nor Azariza Alawi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Jaa di Dewan Solat Masjid Jamek Tok Jiring.

11011999_669306213205142_3025346705566031050_n

Program pada malam tersebut bertambah serinya dengan persembahan istimewa Malam Mahrajan Soutul Amal yang turut menampilkan persembahan selingan Qasidah & Burdah dari MTT. Pada malam keseniaan tersebut, Soutul Amal telah menyampaikan beberapa buah lagu popular mereka disamping pelancaran album terbaru mereka iaitu berjudul “Raya & Usia”.

11836905_669310426538054_7729896744895244488_n