Perasmian Pejabat JPP & Jamuan Kesyukuran

Jabatan Pengorganisasian Pelajar atau ringkasnya JPP merupakan satu cetusan idea daripada Al-marhum Ustaz Haji Abu Bakar bin Chik selepas program Lawatan Pengurusan Ke Gontor (Klik) pada awal bulan Februari yang lalu.

Kaedah yang diamalkan di Gontor adalah, pelajar tahun 5 dan tahun 6 akan diberi tanggungjawab sebagai satu unit penggerak untuk sesuatu program atau acara yang dijalankan. Ini sebagai latihan kepimpinan dan latihan dalam organisasi. Di Malaysia, amalan sebegini biasanya dapat dilihat di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dimana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Di MTT, pelajar-pelajar akan bertindak sebagai pelaksana sesuatu program dibawah pemantauan dan tunjuk ajar guru-guru (mentor) dalam bidang berkaitan.  Ustaz Wan Mohd Shamsuddin telah diberi tanggungjawab selaku Ketua Jabatan Pengorganisasian Pelajar.  Beberapa program yang melibatkan JPP adalah seperti Program Kuasai Dwi Bahasa, Sambutan Hari Guru, Majlis Berbuka Puasa dan beberapa program lagi.

Perasmian Pejabat JPP telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT iaitu Cikgu Safinah Jusoh pada 28 Ogos 2014 yang lalu. Serentak dengan itu, turut diadakan Jamuan Hari Raya dan Kesyukuran atas kejayaan penubuhan Jabatan Pengorganisasian Pelajar. Turut hadir dalam jamuan tersebut adalah Mas’ul Akademik baru MTT iaitu Cikgu Mahamud bin Omar.

Moga dengan penubuhan JPP ini akan membentuk daya kepimpinan dan jati diri dikalangan pelajar MTT untuk bersaing dengan pelajar dari sekolah-sekolah lain untuk mengetuai sesuatu organisasi apabila melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti.

 

GAMBAR-GAMBAR LAIN PERASMIAN & JAMUAN KESYUKURAN